Friday, November 30, 2007

PENING

aku tak baper sihat ah... blog aku ni pon gantung dirik...

blah dulu lah...

Ops lupa... AngelFish aku ok je sihat.. Tak gaduh ngan Tiger!

Ikan Kelah Sham yg melompat kene makan ngan kucing...

Jgn lepas ni Sham bunuh kucing aku plak dah la... huhuhu

Aku ada 3 akuarium kat umah..

AngelFish duk serumah ngan Tiger

Sabarau 2 ekor satu akuarium (patutnya ada 3 ekor Kelah)

Oscar n Kaloi satu akuarium...

Till then... have a nice weekend fwens....muahhzzz

Wednesday, November 28, 2007

Job Vacancy

Immediate Vacancy


Admin Clerk~Shah Alam,Female 20-25, 1-2 years working experience. SPM or with relevant qualifications. Computer literate. Excellent typing & Communication skills. Good written & spoken Eng. & BM. Accounts knowledge is advantages. Fast learner, able to work under pressure & can cope with deadlines. Independent & pleasant personality. Can start immediately. Call or fax resume to

Ms. Fiza, tel : 03-55101900 or fax 03-55102900 or email to fiza_dz@yahoo.co.uk before 7th December 2007.


Nota: Ini Lia mintak tulun aku jek...

SLEEPY...


Junk, mung jgn nak speku yg bukan2 ok... ini sleepy sebab aku makan ubat yang nyebabkan ngantuk... huwa... aircond sojuk lak tu... huk huk huk...huwa...

TIGER: Tiger Fish jer...



Semalam kan.. Sham belikan aku ikan ni..Tiger Fish..

Plan nyer nak letak sesama ngan sekali ngan Angel Fish aku tu... tapi aku baca Profile si Tiger ni kat sini ... ini yang aku dapat...

"Regardless of the numbers kept, it is never advisable to keep Tigers in the same tank with docile, slow moving, or long finned fish such as Angelfish or Bettas."

Camne ni?

Adakah Sham sengaja nak bunuh Angel Fish ku... sebab dia tak puas hati aku tak suka ngan Oscar dia yg anti sosial itew...

atau

Dia bengang sebab ikan kelah dia lompat pastu Chipmuk makan.. ekekek ..

Ikan aku tak lompat.. ikan aku brenang je..

huk huk huk... kita tengok la balik kerja nih.. kalu Angel Fish aku ekor nyer cacat.. conpem aku bunuh Tiger Fish tuh... huh!!!..bisik (letak anti klorin lelebih)

Chow!

"Taumatawhakatangihangakoauauotama....

wakakkaaa.... jenuh sebut... nak oksigen ker?

ok, aku tahu dah nama tempat ni katner...

Azra,
entry spesel nak kasi u puas hati.. ekekek..

"Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu" nama satu bukit kat New Zealand. 85 huruf semuanya...

Tak cayer? korang kira sendirik..

Maksud nama tempat tu kalau di translate kan ke English inilah bunyi nyer...

"The summit where Tamatea, the man with the big knees, the climber of mountains, the land-swallower who travelled about, played his flute to his loved one."

Nak tahu selebihnya baca kat sini yer.. klik ajer...



Tuesday, November 27, 2007

Cuba korang sebut...

Try ah sebut... klik kat gambau tu...view gambau besau... ekekek



The Longest Place Name in The World

Monday, November 26, 2007

TASHA: Fun @ SOGO

Hai... nama saya Natasha Adilla Hishamsuri!!

Ok.. ini kisah terbaru ... gambau terbaru Tasha... hari Sabtu lepas.. kat Sogo.. tingkat atas sekali tu... aku lupa apa nama fun zone tu..

Korang tengok jela ek.. gambau kalau blur tu harap mahap layer... henpon cap ayam je aku pakai... ada sesaper nak hadiahkan boleh ler...

Adib Saiful lu kasi akak hadiah birthday la ok ker? ekekeke.. ;p

Tasha drive mama duk blakang jer...


Pandang ayah Tasha.... (anak aku ni susah tul nak suh senyum)




Pose yang aku suka... hai baru 1 tahun 4 bulan...

LOVE: If U Love Someone...


Original Version

If you love someone,
Set her free...
If she comes back, she's yours,
If she doesn't, she's never was....

The New Versions.... .

Pessimist:
If you love someone,
Set her free ...
If she ever comes back, she's yours,
If she doesn't, as expected, she never was ...

Optimist:
If you love someone,
Set her free ...
Don't worry, she will come back.

Suspicious:
(1) If you love someone,
Set her free ...
If she ever comes back, ask her why.
(2) If you love someone,
Set her free ... but get someone to follow her
(3) If you love someone,
.... are you sure you love that someone?

Go-getter:
If you love someone,
Set her free ...
If she comes back, she's yours,
If she doesn't, go get her !

Hunter:
If you love someone,
Set her free ...
Don't even wait whether she comes back, go hunt her down!

Impatient:
If you love someone,
Set her free ...
If she doesn't comes back within some time forget her.

Patient:
If you love someone,
Set her free ...
If she doesn't come back, continue to wait until she comes back ...

Playful:
If you love someone,
Set her free ...
* If she comes back, and if you love her still, set her free again,
repeat *

C++ Programmer:
if(you-love( m_she))
m_she-free() ;
if(m_she == NULL)
m_she= new CShe;

A Friend's View:
If you love someone,
Set her free...
If she comes back, then she's a FOOL

A Second Girlfriend's Advice:
If you had loved someone,
Set her free...
If she comes back, well, I will take care of her...

Technically Speaking:
If you love someone,
Set her memory free...
If she comes back, - memory corrupted
If she doesn't, - Limited memory



nota: macam2 ek? ekekeke...

YAHOOO: Cat rumah baru...

Selamat pagi semua.. Assalamualaikum..

Aku rasa sangat happy tengok rumah ku dengan cat baru nih...

Ok tak? Cun tak? ekekekek...

TERIMA KASIH BUAT UJANGMD.

Aku dulu suka melepak kat umah UjangMD ni.. sesama ngan Junkopile, Kak Mayang, Khairi budak Nakal, Mourieys awek Ganu

Nat tersesat kat sana sebab suka cari lagu, download n upload mp3 kat umah UjangMD. Selain dari sesi kutuk mengutuk secara maya....

Then UjangMD encourage aku buat blog sendiri... sesajer sesuka..

Hingga ke hari ini inilah cat ke-3 blog ku rumah ku...ekekeek

Aku sangat suka?

UjangMD tanya, BETUL KE SUKE?


SUKA HAMAT DEK OOIIII.....

Friday, November 23, 2007

MIMPI : Bilakah?

BILAKAH BLOG KU RUMAH KU INI AKAN BERUBAH RUPA?

hanya UjangMD yang tahu...

ekkeekke...

babai semua... have a nice weekend... muahzzz!

Thursday, November 22, 2007

WEB MASTER's baby: Nur Ameera Zuhayra

TAHNIAH RIZAL....

Welcome to papa ranggi club... ekekekke psst... tak cukup tido ker?



Comel kan anak Mohd Rizal Abdul Hamid Web Master's opis aku ni... Nur Ameera Zuhayra nama dia. Lahir kat University Hospital Hari Isnin baru ni 9 Zulkaedah 1428 bersamaan dengan 19 November 2007.
p/s: harini kan Rizal masuk opis dengan baju tak ber iron plus dia pakai kasut abah dia.. eekekeee... muka cam tak cukup tido jek... cian...

MY NATASHA ADILLA


Salam semua.. hehhehe...



Dah berapa hari tak update blog. Malas..



Aritu si Junkopile tanya apa kabau dengan Natasha... ni nak cerita nih.



Tasha harini kan umurnya 1 Tahun 3 minggu 3 hari.



Dah pandai jalan tentunya.. umur 11 bulan dah start menapak dah.



Gigi susu ada 8, empat atas empat bawah... gigi geraham ada satu batang belah bawah.



Suka makan nasi kosong..suka cheese slices... suka mee..



Suka Winnie The Pooh. Suka gigit hidung n telinga Pooh tu sampai bau masam Pooh tu.. ekekkek



Semalam dia suruh aku buka almari ais .. bila tanya Tasha nak apa? Dia tunjuk lah cheese slice tu. Habis dia makan sorang 1 slice cheese tu..



Tasha suka KUCING!! kat umah aku ada 3 ekor kucing... semua jantan. Chipmuk, Simba dan Cicik (2 ekor ni anak Chipmuk)



Tasha dah pandai sebut mama, ayah, nenek, nanak (taknak), Muk (Chipmuk), Ok o..., macam2 lagi lah yg 2 patah perkataan.



Dia dah pandai gaduh ngan sepupu dia.



Tasha tido tak pakai buai. So style terbaru nak tidurkan dia.. buat susu satu botol.. kokok (puting) mesti ada dengan bantal Pooh dia. Masuk bilik tutup lampu pasang lampu tidur yg malap tu.. then golek-golek ngan dia... sambil dia minum susu.. pastu dia mesti lena sendiri..

Kalau aku buat2 tido.. dia mesti korek mata aku la... korek hidung aku la... sabau jela aku ngan kerenah dia... ekekekek.. kalau tetiba aku bukak mata.. terkekek dia ketawa..



Dia ada basikal kecik.. tak pandai kayuh lagi pon.. kitorang la jd tukang tolak basikal dia.



Dia ada kuda mainan yg sepupu dia bagi... Tasha suka panjat atas kuda tu then lompat!



Nenek dia (mak tiri aku ler) ada belikan dia gelang kristal... dah selamat putus pon gelang tu.. puas la aku kutip kristal tu takut dia telan plak kan.



Tasha baru baik batuk n selsema... lega aku rasa..



Hari Jumaat lepas baru timbang berat dia.. 10.6Kg



Tasha ni leh jadi kitorang nyer jam untuk bangun pagi.. sebab kul 5.30 pagi adalah waktu dia minum susu... kalau tak dapat dia akan membebel.. tatatataaa da adratataa... entah paper ah...

maknanya.. baik cepat bangun buat susu sebelum dia nangis dengan lebih dahsyat lagi... ekekekeke...



Ahad lepas kat RnR hentian Seremban.. dia naik lah kereta yang letak syiling tu.. ala mainan budak2 tu... Main 2 kali..



Pastu bila ajak balik... 'nanak' plak... bantai menangis kuar air mata duyung segala.. alahai....



Pandai ngamuk dah anak aku...



Dia suka handphone Ciklong dia... plus kunci keter... dia tekan2.. sambil tunggu alarm kereta bunyi... bila alarm kereta bunyi dia puas hati lah.. sengih... pastu dia gaduh ngan Ciklong dia..

ekekek...



Pantang jumpa duit syiling... musti dia lari masuk bilik isi dlm tabung dia... duit satu sen dia belasah je.



Suka main air... aku paling takut kalau senyap2 dia masuk bilik air mandi sendiri.. huwa... so far masih terkawal.



wuihhh... letih aku menaip. Tu jelah kisah nyer...



Yang penting... dia lom pandai mintak adik lagi... ekekeke...

Friday, November 16, 2007

RAHSIA: Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.

Sebar2kan kepada kekawan yer.

LAWAK: Burung Kakak Tua Gatal

Salam semua. Entry spesel untuk cikgu-cikgu yang nak bercuti sakan lah... nak kawen lah... ekekek (ada sesaper terasa ker?). Yang bukan cikgu pon leh baca jugak... yang bujang pon leh baca gak... dozo...

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu...)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi.... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat....

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.....

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." .

Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer..... tak pe, kita tengok besok pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah........"Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua..." dan seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun tengok.... dia jerit lagi..

"KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set!!!!!" balas depa.....

Keesokan harinya......sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi...

"HITAM!!HITAM!!!HITAM!!!!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.... cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent..." . Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....". Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama...cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow......sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.....dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia cekak pinggang..... dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....
nota: seb baik ikan belaan nat tak reti cakap.. jgn tetiba ikan nat kelip mata idah.. ekekek!!

Thursday, November 15, 2007

LAWAK: Bedah Redah

Pagi ni memang aku malas jek... cek email... dak Liza antau aku nih.. best! aku suka hamat!

Korang pon baca lah yer dgn penuh perasaan...


Kat bawah nii ada satu kisah kelakor yang diciterkan oleh seorang perempuan yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Bedah Redah! Cerita dia gini...

Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat saja aku suka balik rumah.. pasal masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan dengan lebatnya...
So, Aku tumpang officemate aku sampai depan rumah. Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak ambil aku pukul 2.30 petang...

Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. aku mandi dan sembahyang.... lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang ambil aku. Jam dah pukul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak sampai-sampai lagi...office masuk pukul 2.45 petang.

Tunggu punya tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! kereta proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan punyerlah lebat... so aku ambil surat kabo lipat tebal tebal takut tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun...pasal rumah aku berbukit.. aku kena berlari hati hati..

Sampai saja kat kereta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi .. Kenapa akak tu tak jalan. Aku toleh kat sebelah...

Lah... rupanya orang lain!!!!

Aku tengok orang tu.. orang tu tengok aku.... Mulut orang tu siap ternganga lagi...

Ish... siapa ni?! bagaimana aku boleh silap ni... habis tu.. kat luar hhujan lebat.. takkan aku nak keluar..

Aku dengan muka macam kerang busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?"

Abang tu pun... tak jawap apa-apa agaknya pasal masih tergamam lagi..terus angguk.

Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam... masing masing masih gabra lagi.. Aku lagi lah gabra. EnTah kereta sapa saja aku main redah. Aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek dengan taik... Aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku tak pengsan pun.

Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap terima kasih. Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya ambil aku. Bila kakak tu sampai dia tanya aku,

"Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?"

Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak gila kat aku... Ishhh!!! Sungguh memalukan.

Tapi itu cerita 3 tahun lepas...

sekarang ni...

Abang yang aku tumpang tu.. dah jadi suami aku He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he..he.he.he. Aku pun tanya; Kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata dia nak ambil beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau tau aku pulak yang masuk..... He..he..he.. sampai sekarang ni.. dia masih ejek aku lagi pasal perisitwa kurang tu...

Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami aku yang sowang ini? ihiks!!

So, moral daripada cerita ni : tumpang saja mana-mana balak yang ada kereta untung2 boleh buat laki.... muahahaaa ...


nota: aku ketawa sensorang cam orang gila tadik..malu..

BEKPES: Pacman?

Saper tahu kueh pacman... angkat tangan!

ekekek... sebenau nyer aku makan kueh burger malaysia.. ala yang mcm donut belah tengah.

kat tengah dia ada telur, timun n sambal.

sedaaaappppppp.......

aku bli on the way nak gi opis tadi... kat kedai basikal eh salah! Kat gerai nasi lemak ler..

Aku makan 3 ketul pacman.. huhuhu...

Wednesday, November 14, 2007

INFO ATM : Sekiranya anda dirompak!!!

Nat dapat email dari PM Haslina, lecturer Nat kat Uitm Shah Alam...

Rasanya kengkawan semua perlu tahu ni...

Bacalah yer...

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap denganmemasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.

Mesin ATM akan mengenal pasti nombor tersebut adalah nombor ygditerbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkankedalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.

Sebar-sebarkan ya...

nota: sempat ke ek polis nak sampai tolong kita sblm perampok tu cabut...hm???

SAKIT KAPLA: Contact Lens??

Aku sakit paler la..

Adakah sebab harini aku pakai contact lens pagi ni. Aku ni rabun jauh. Selama ni aku mmg tak suka pakai spec or contact lens terutamanya lah.

Pagi ni terpaksa pakai atas sebab TERPAKSA pakai. ekekke.. kalu tak haremmm ler aku nak pakai...

Sebab contact lens ker or sebab aku mkn laksa utara pepagi tadi kat La Cucur ni ker?

Tak pon aku terlebih kafein.. ekekek..

Hmmm????

Dapat pejam-pejam kan mata sekejap best nih! ekekek...

Aduh sakit kapla... huk huk huk...tulun.. tulun... saya bang brahim.....

erk???!!

Tuesday, November 13, 2007

NEW BORN: Zana dapat baby boy!

Tahniah ShaZana...

Setelah dapat nombor tepon
Zana dari Fozalin semlm.. aku terus tepon ler member satu sekolah satu kelas aku nih... (jumpa dia waktu aku merayap dr satu blog ke satu blog- cam jejak kasih)

Dengar suara dia sihat jek... alhamdulillah. Aku tanya dia camne? Dia jawab.. huwa... rasa mcm lepas ni kene tunggu 3-4 tahun baru leh beranak lagi... ekekeke..

Aku biasa dengar dialog nih. Tapi kaum ibu ni tak pernah serik sebenarnya mengharungi saat melahirkan anak.

Zana selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg kul 2.51 petang pada hari Jumaat lepas 9 Nov 2007 bersamaan 28 Syawal 1428 kat Selangor Medical Centre.

Aku pun nak gak baby boy... huk huk huk...


Terima kasih kat Elin sebab bg pinjam gambau... ekekekeke... (jgn mare ah...).

Nama baby Zana? hmm... as at yesterday afternoon.. lom dpat nama yang sesuai lagi. ekekeek..

nota: semalam kisah kawen.. harini kisah beranak plak.. hehehe..

Monday, November 12, 2007

WEDDING: My Sister In Law Che Mas Ayu & Zairul Man

Salam semua... korang layan jelah gambar-gambar ni yer...


Upacara akad nikah di surau PPR Intan Baiduri Kepong.

Adik ipar aku, Che mas Ayu selamat dinikahkan pada 7 Julai 2007 dengan kekasih hati dia Zairul Man yang berasal dari Pontian, Johor.









Ni time malam berinai ...

Si Ayu ni Nurse, yang Zairul plak keje kat Klinik Kesihatan Pontian.... sesuai lah tu...










Ni satu je gambar kitorang sekeluarga.

Tu... nampak tak Tasha tu... mama dia dokong..







Kalau tengok gambar ni macam-macam rasa ada. Rasa happy ada, sebak pon ada.

Nampak tak Tasha duduk atas meja tu. Atuk dia (arwah abah Nat) peluk dia...

Yang pakai tudung coklat tu.. Cik Ta.. arwah Achik (pakcik Sham) yang meninggal sebab kanser.












Ni gambar Ayu yang aku paling suka. Ayu nampak ayu jek.. ekekek...














Hah! ini gambau adik ipar ngan kakak ipar.












Ni gambau Aku, Sham n Tasha ngan pasangan merpati dua sejoli.... ;P









Semoga Ayu dan Zairul bahagia selamanya... Aminnnn.....

Friday, November 9, 2007

SAJAK: Ciptaan Sara

ANGIN BULAN RINDU DAN CINTA

Angin,
dimanakah kau bawa rinduku,
kemanakah hilangnya cintaku,
membuatku terkapai,
mencari arah tanpa tuju...

Rindu,
mengapa sering datang bertemu,
sedangkan ia sudah berlalu,
meninggalkan episod luka dalam hidupku..

Bulan,
dirimu dijadikan puisi cinta,
antara dara dan sang arjuna,
engkau diibaratkan peneman setia,
sedangkan kau muncul tika malam menjelma,

Cinta,
apakah definisi cinta,
indahkah pada pandangannya,
atau sekadar penghias cerita,
antara aku kau dan dia,

Sayang,
rindu,bulan , angin dan cinta,
semuanya bersatu sehati sejiwa,
menunjukkan pelbagai rasa,
antara kasih sesama kita....


luahan hati sara

SEJUK: Kene keje gak...

Salam Jumaat semua...

Pagi ni Malaysia sangat sejuk...(as in Klang Valley lor)

Aku keje ...

Korang keje ker?

or

Masih dalam simut...


nota: MC banyak lagi kan? ekekekke ;P

My best Fwen Wedding: Siti Fatimah Ismail...

Siti Fatimah ni lagi sorang gang aku time sekolah. Masih berhubung hingga kini...

On her wedding day je kitorang ber 6 berjaya jumpa. Ocassion lain ada jela yg tak de.

Ima mmg bertuah la.. lagipun dia yang berani tamatkan zaman dara awal dari kitorang.

Kalau korang nak tahu kisah.. baca ni dengan ni and last part ni .


Ni gambau kitorang... thn 2002 on Ima's Wedding Day.
Dari kiri: Aku, Ima (pengantin la), Leen, Halina, Raja Safura dan Diana (yang ayu bersimpuh).




Ni Gambar Imah kat Kg Bendahara.. Selayang.
Nikah pada 14 September 2002.
Mau si Kerol ni pakai baju Pink ek? ekekeke
;p jgn mare ah Ima.



Ni gambar Ima kat Kelantan...

nota: Ima sekarang dah ada 2 orang anak... sepasang lak tu.. dua dua ikut muka kerol... ekekke! Semoga Ima bahagia hingga ke hujung nyawa. Remember.. aku ada. OK!! ;p

Wednesday, November 7, 2007

Shocked: Hari Ini Dalam Sejarah


Tadi aku gi tandas... kat opis ni ler... nak 'melakukan' la kan... beraper byk kan da...
Aku tengok semua tandas tutup. Ada 5 cubicles.. semua pintu tutup...
Aku tetap try tandas faberet aku... 2nd from left, tandas duduk nyer style.
Aku tgk kat pintu tu free.. aku tolak la sekuat hati...(sebab aku tahu pintu tu ketat sket)
Sekali aku nampak ponggong... huwa.... ADA OWANG RUPERNYER....
I wonder... naper dia ber position begitu di tandas duduk tu? apa sedang dia lakukan? Erk???!!
Pastu apa lagi... aku dengan segera blah dari tandas tu...
Hish hilang ilmu aku... seb baik aku dah habis exam... ekekekkeek...
Mesti korang pon penah ada pengalaman camni kan? kan? kan? kan?...
nota: rezeki masing-masing.

Tahi Lalat: Sham n Nat

Nat : Abang, tgk ni ha ayang ada tahi lalat baru kat tangan!

Sham: Tulah, mandi tak bersih... kan lalat dah berakkan.

Nat : Erk????


p/s: camne ek leh buat lawak tp muka sewies jek... muka brutal hati kuntum!! ekekekek...

RAYA: Happy Deevali....



Salam semua..

Sebagai rakyat Malaysia...aku nak wish epi DEEPAVALI buat semua kengkawan... terutama yang duduk Selayang... ekekekke.. saper ek?

Dont worry.. Deepavali jln tak jam... Thaipusam yer...

Semoga mereka yg menyambut Deevali ni gumbira selalu... kalu balik kampung.. berhati-hati..ingat orang yg tersayang...dont mabuk n drive...ok!!

Tuesday, November 6, 2007

EXAM: yahoooo...cuti dah!!

Salam semua... ini mama Tasha..

Mama Tasha baru je balik dari Uitm di hatiku..

Baru lepas amek exam... paper yang paling tidak digemari... MAT 112 business math!!

Aku sampai KL Sentral ni kul 1.45pm. Lapau tahap gaban..

Terus gi tapau kat McD, masuk opis makan kat pantry dengan nyamannyer..

Bukan itew ajer.. siap dengan Mc Flurry Oreo... ekekek

Selera AUM....


LAPAR SEH...


dan sekarang plak rasa ngantuk... ekekekek..

camno tu?


yang pentingnya... exam tadi adalah yg last untuk semester nih!

Doa kan aku lah yer... tadi akku berjuang tanpa senjata...Erk??? huwa...:((

Monday, November 5, 2007

Erk: IKAN lagi?


Just nak bagi tahu... Aku ngan Sham sekarang ni tengah mabuk... MABUK!!..ngandung ker?

ekekekeke... tak ah...

MABUK BELA IKAN.

Kat gumah plak..

Aku ada koleksi ikan Kaloi, 2 ekor Ikan Kelah, 2 ekor AngelFish, Sekor Oscar, lagi 2 ekor aku tak tahu ikan apa? ekekekkee...

Angel Fish je ada nama... sekor tu Norma... Sekor lagi tu Suri... ekekeke..

Ada dialog tersembunyi...anak buah aku yg Yaya tu bersuara...dia baru darjah satu.

Yaya: Acu... ikan tiga segi ni (angelfish) asyik rapat-rapat jer... berdua je?

Aku (Acu): Haah la... ok lah.. Yang Silver tu Acu... nama dia Norma. Yang Hitam tu Acu Sham... nama dia Suri...ekekek..

Yaya: ?????? (confused)

HAHAHAHHAAA.....

Weekend: Open House jer..

Salam Isnin semua...

Harini dah 24 Syawal dah...huhuhu... dah nak Deepavali dah ek.

Hari Sabtu aku, Sham n Tasha gi open house je kejenyer... Dari Ukay Perdana gi Ampang then gi Cheras Perdana.

Cheras Perdana ni umah budak bola kawan Sham MAA fc. Pasangan Kahar n Eifa n new baby gurl Qistina Laila.

Mereka kaum adam beramai-ramai nengok bola. MU vs Arsenal. Seri 2-2. Coach MAA pon ada Abang Jeffry and family.

Aku n kaum2 hawa pon nengok bola gak ler... sambil jaga anak... cis! Habis bola baru balik umah. (mcm lah kat umah sendiri xde Astro).

Tasha tidor atas ribaanku tak sedau diri... dah tengah malam pon jln jam lagik. Aku pon tak paham la...

Hari Ahad... aku lepak rumah je... basuh baju... masak... balik Kepong.

Sampai Kepong.. masak lagi... ekekeke... untuk mak mertua da...

Kul 5 ptg Sham gi main bola liga haram kat Jln Ipoh, Sekolah Thandayu Tappani.. (betul ke aku eja nih.. belasah la ek)

Sham balik dari main bola... kitorang makan malam reramai... then balik Selayang balik... almaklumlah Kampung jauh... ekekekek

Friday, November 2, 2007

GUPPY: Nak bagi nama apa ek?

Saper suka bela ikan angkat tangan.!
Guppy... sejak 31 October aritu... aku bela ikan guppy ni kat opis. 9 ekor semua nya. Aku letak dalam 2 balang. Satu balang 5 ekor. Satu balang lagi 4 ekor.

Tapi semlm bila aku sampai opis je.. sekor mati.. tinggal lah lagi 8 ekor. Aku rasa dia mati sebab terlebih makan. ekekekke...

Sham yang belikan aku ikan tu semua... bli kat Jln Pasar.. Pasar Pudu.

Sham kata ikan ni spesis ikan longkang.. cis! Tak payah letak blurp blurp oksigen tu.

Tapi aku letak pokok kangkung kacuk... ekekek (betul ke ek... belasah la ek...) Janji pokok ni hidup float dalam balang ikan aku. huhuhu...

Dah ada boss yang bagi nama kat ikan-ikan aku nih... Rafique, Samad, Azlan, Halwah... ekekek..

Nak bg nama apa ek kat ikan aku ni? Ikan laga aku dulu nama dia Razak. Dah arwah dah.

hm... letak nama Junkopile ok ker? hehehehe... ! larikkkkkkkkk.............. ;D

Renungan buat kita...

Salam semua...

This is from my e-mail inbox.


Renungkanlah kwn2…


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu


Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.