Nat pun macam Mourieys. mengePau kawan-kawan tak kira kelas apa.. janji kenal. Brother senior pon kene gak lah. Cikgu je kitorang tak berani pau. Pau pun tak banyak 20 sen je!. Cukup rm2 stop la pau. Habis waktu sekolah, kitorang pon gi kantin makan nasi ayam. Nat dengan 5 lagi kawan Nat(leen, raja, ima, diana, lina)!. huhuhu... tapi tak buat setiap hari lah. Kadang-kadang Nat pon kene pau gak!. Give n take la kan.
Lepas makan kitorang tak terus balik rumah tapi singgah rumah Leen. Leen ni rumah dia dekat je ngan sekolah. Rumah kerajaan. Leen ni anak DO Gombak waktu tu.. kitorang lepak rumah Leen. Sepahkan bilik dia, karaoke, main kad (main tipu), tulis surat cinta plus makan kek coklat mak Leen buat. Macam2 lah. Tapi sebelum tu masing-masing call parent bgtahu lah balik lewat sket lepak umah leen. Kadang-kadang tu mak Leen hantar kitorang balik. hehehe... kalau tak, kitorang naik bas lah balik.
Waktu form 5, Nat dengan Leen dan Raja pisah kelas. Diorang amek lukisan kejuruteraan, Nat dengan Diana, Ima dan Lina amek prinsip akaun. Waktu rehat tetap bersama. hehehe. Beg sekolah Nat jarang lah berat sarat barat. Sebabnya ialah kitorang plan nak bawak buku apa. Selalunyer tukar-tukar dengan Leen n Raja lah. Pinjam meminjam. Tapi kalau cikgu tu loghat, particular pasal buku.. kitorang bawak lah jugak buku dia.
Nat dengan Diana jarang pakai stokin!. Dalam kelas, selalu bukak kasut!. Kasut Nat dan Diana selalu jadi mangsa kene sorok dengan budak-budak thamby kelas kitorang. Essembly setiap hari Isnin, so hari Isnin jelah kitorang pakai stokin! huhuhu... Ada suatu hari yang indah tu, hari hujan, kaki kain sekolah Diana basah la sikit, dia lak jalan laju sampai kain dia koyak. Ahak... jenuh la dia cover. Tengahari plak, tunggu bas bawah pokok. Sekali, ketepek kene taik burung sepelet kat tudung dia. Nat n gang ketawa sampai sakit perut n kluar airmata! huhuhu.. nasib Diana yang malang hari tu!.
Weekend plak, kitorang ada kalanyer merayap ke Star Hill, Bukit Bintang, Sg. Wang. Kalau nak carik benda pelik2 kitorang carik kat Central Market. Time tu tengah trend baju Maui& Sons , Billabong, Ocean Pacific, RIP curl selain Nike dan Adidas. kui kui kui! Kitorang merayap naik bas jela walaupun Leen ada supir.
Nat dengan kengkawan ada terlibat dalam pertandingan Dikir Barat. Menang lah nombor 3 je peringkat daerah Gombak. Nat lah tukang juara nyer. Tukang karut nyer kawan Nat, Ismarni Ramona aka Ramones. huhuhu..
Bila dah nak dekat SPM, masing2 insaf la. Berkelakuan baik. Terus involve dlm pameran sejarah, geng Nat semua jadi fasilitator. hik hik hik. Poyos.
Habis SPM, Nat keje NSTP. Leen further kat Uitm Melaka. Ima keje gak. Lina n Raja further kat Poli Perak. Yang belum kawen cuma Lina. Lina adalah yang paling skema n innocent dlm klik kitorang. Raja baru kawen bulan lepas. Leen kawen ngan sepupunya, Nizam, yang diminatinya sejak dari sekolah dulu. Sama cantik sama padan. Diana kat RHB KLCC anak sorang je baru-baby girl. Ima dah ada 2 orang anak- sepasang! Semoga diorang bahagia hendaknya...
-tamat-
No comments:
Post a Comment