Wednesday, June 13, 2007

ZAMAN SEKOLAH...

Ha... harini kisah zaman sekolah Nat... yang telah bertahun ditinggalkan tapi masih segar dalam ingatan.

Nat waktu tingkatan 3 sekolah kat Gemas, Negeri Sembilan. Kenapa sekolah situ plak ek? Mungkinkah kerana diriku begitu berharga!. Waktu abah suh sekolah sana, Nat macam blur je. Tapi Nat ikut jer, sebab duduk ngan makcik kat Taman Sentosa, Gemas. Makcik Nat plak cikgu, lom kawen lagi time tu. huhuhu... So, kami berdua jela kat umah teres tu. Nat ni bukan fikir apa pun, cuma rasa adventure gak duk jauh dari parents. Anak bongsu lah katakan. Manja teramat, so belasah jelah. Selebihnyer Nat rasa abah n mak Nat risau ke Nat sebab ramai sangat pakwe yang tepon umah. Ahaks!

Hari pertama kat Sek Men Gemas ni Nat dengan bangga nye datang sekolah satu kereta dengan cikgu sekolah tu. Nat lupa nama dia sebab.. Nat dah delete sebenarnyer nama dia dari memory Nat. Maklong Nat minta tolong dia bawak Nat, kebetulan lak jiran then satu sekolah. Nat turun kereta je, ramai lah usha. Buat tak tahu jela kan... SMG ni atas bukit, sejuk gak la. Hari pertama Nat jejak sekolah tu, Nat siap cakap la," banyak nyer habuk kat sini! lemas rasa!". Sekali member yang Nat baru kenal ni kata apa tau! "itu kabus la... apo la!" kuang kuang kuang! basuh muko den!

Sekolah tu mmg waktu paginyer berkabus. Malu jer Nat time tu. Kemudian baru Nat tahu penyanyi Siti Haida tu asal dr sekolah ni. Penyanyi tu pon dah quit nyanyi kot! huahahahaa.


Nat punyer Cikgu Matematik adalah cikgu yang paling menggerunkan. Namanya, Cikgu Hashim! Garang gilers sebab dia merangkap cikgu disiplin juga. Gi memana mesti dia bawak rotan tebal dia. Nat penah kene sekali. Sakit wo.. Tapi Nat dengan 4 lagi member menjadi anak angkatnyer. Kenapa? adakah kerana diriku begitu berharga? Ahaks. Bukan. Sebab di sekolah itu ada sistem Mentor. Cikgu Hashim kami pilih jadi Mentor. Semenjak dari ketika itu, bilik disiplin adalah bilik favorite Nat n gang.

Kat sekolah tu Nat geng dengan budak dari KL 2 orang, budak Gemas 2 orang. Nama dia Umi Farziah, Nelly Azieda dan Reduan dengan Saiful (budak londah) hehehehe... Duan ni sebenarnyer minat kat Umi. Anak Cikgu Hashim plak minat kat Nat. Hafiz dgn Duan ni Pemain Bola Tampar Negeri Sembilan. Kira player dari sekolah SMG ni wakil SUKMA waktu tu la kan. Seperti biasa lah, Nat berkawan lah dengan Hafiz ni. Dia ni sporty tapi education pon ok gak!.

Sekolah kat Gemas ni lah Nat kenal budak2 felda. Felda Sungai Kelamah, Felda Palong 2, Felda Pasir Besar. Bagi Nat, keadaan remaja di sana waktu Nat sekolah sana lebih menakutkan! Sebab Nat bergaul dengan Cikgu Disiplin, so macam hal yg Nat tahu. Hidu gam, ponteng sekolah pegi kerja kilang, lari ikut boypren, projek blakang tandas!. Pergh.... cukup! Scary movie beb. Tapi yang paling Nat ingat ialah nama penuh Nat, seb baik takde binti sekali tempampang dlm bas. Budak yang tulis macam2 pasal Nat (pakai liquid paper) tu rasanyer, sawan jeles kot!. Nat abaikan jer. Apa kes ek?

Bila dah ada kawan, ada gak musuh. Seronoknyer ialah kitorang kan anak angkat cikgu disiplin saper berani lebih2! huhuhu! Pernah Nat bengang dengan sorang mamat ni, dia main2kan nama abah Nat!. Hape lagi... Nat gi amek kertas kotor, ponyok penyekkan jd ball. Nat pon cakap " Ni kepala bapak kau!" then Nat pijak paper ball tu! Buang dlm tong sampah!. AHaks! Kejam kah Nat waktu itu... kelas agama plak time tu!. Saper suruh bikin Nat paneh!

Kat umah maklong Nat ada telepon. Apa guna ada telefon kalau tak guna kan? Habes la Geng Nat yang 4 orang tu tepon! Yang paling rajin tepon Nat ialah Duan. Sebab Duan nak 'ejah' Umi! Maklong plak jenis yang tak berapa sporting bab-bab berkawan ni! Selalu je Nat kene sekolah ngan Maklong tapi Nat buat dek je sebab bukannyer Nat bercinta asyik masyuk ponG. Duan, Hafiz dan Saiful tu pon bukan nyer budak jahat, pengawas sekolah tu...

Nat pernah gi Sekolah Menengah Tampin, sebab ada perlawanan bola tampar dengan SMG. Nat pernah gi Felda Palong 2 sebab maklong Nat cikgu situ. Felda Sungai Kelamah pon ada pergi gak.

Lagi satu kan, pekan yang paling best kat situ kononnyer Gemas la. Pasar pagi Gemas tu best la. Macam-macam ada. Ada satu kedai makan, still ada jukebox yang letak duit singgit pilih 3 lagu. Nat selalu lepak situ. Budak-budak sekolah selalu lepak kat KTM. nguah nguah nguah!. Tengok orang gila nyanyi! ahaks!

Kalau nak best lagi gi Segamat. Tu pon kene naik bas kecik yang tua nampak nazak. Kebas lah segala-gala baru leh sampai Segamat. Tempat shopping paling grant kat situ, ketika itu ialah pasaraya Great Wall! huhuhu... Selain dari merayap kat Tampin or Soromban la kan...

Nat kene buat kajian tempatan merangkumi Felda-felda yang Nat sebut kat atas tu ler... for Geography. Tapi Nat ada out source, kami tiru jela.. edit and improvise la mana-mana yang patut kanG! huhuhu... Nat paling suka study dengan geng Nat kat tepi padang SMG. Banyak angin.. nyaman je rasa. Lepas tu tak jadi study, tapi tidur... ZZzzzz...

Kalau nak tahu, Nat setiap minggu balik KL. Naik bas ekpress SRT. Sampai Puduraya jalan gi Bangkok Bank ambil bas mini hala ke rumah Nat. Bukannya apa, boring ah duk umah maklong sensorang. Baik balik umah jumpa mak abah, leh makan sedap2 mak masak. huhuhu...



nanti Nat sambung kisah ni lagi yer.... sebab form 4 Nat sekolah Selayang plak.

~ mengenangkan kisah lalu ni... terpikir plak Nat, camne la Natasha bila sekolah nanti. Terpengaruh ke idak dia dengan budaya kuning yang menular sedari dulu. Takoot...

No comments: