Tuesday, January 8, 2008

PADAH MENIPU ISTERI!!!


MUADZAM SHAH: Mungkin sudah ditakdirkan, hasrat anggota polis bantuan, Wan Romlee Wan Mustapha, 41, berpoligami dengan janda anak satu bukan saja tidak kesampaian, malah dia bersama bakal isteri kedua dan empat ahli keluarga wanita itu menemui ajal dalam nahas ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 53, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan, kelmarin.

Rahsia Wan Romlee yang merancang berkahwin de- ngan wanita berkenaan tanpa pengetahuan isterinya didedahkan abang tiri bakal pengantin perempuan, Ishak Hamzah, 48, semalam.
Ketika ditemui di rumahnya di sini, Ishak berkata, adiknya, Siti Mariam, 26, yang bekerja sebagai pembantu kedai serbaneka bercerai dengan bekas suaminya enam bulan lalu. Selepas perceraian itu, katanya, Siti Mariam berkenalan dengan Wan Romlee dari Kuantan dan tidak lama kemudian mereka merancang mendirikan rumah tangga.

Katanya, sebelum kemalangan itu, Siti Mariam dijemput Wan Romlee di rumahnya di Desa Jati di sini, kira-kira jam 3 petang untuk ke Tanjung Medang, Pekan, bagi menempah pakaian pengantin .
Katanya, adiknya itu turut membawa anak lelaki tung- galnya, Azrul Imran Hisham, 6, anak angkatnya, Hasnawi Ahmad, 6, ibu, Che Siti Che Dan, 55, serta dua adiknya, Jamilah, 20, dan Mohd Hasbullah, 21.
“Ketika kejadian, mereka baru pulang dari rumah ibu kandung Hasnawi selepas menyerahkan dua pasang kain hijau untuk dijahit bagi dibuat baju pada majlis akad nikah,” katanya yang masih sugul berikutan kemalangan itu.

Bagaimanapun, Ishak berkata, tarikh sebenar pernikahan Siti Mariam yang bekerja di pekan Muadzam Shah dengan Wan Romlee masih belum ditetapkan.
“Keluarga kami memang sedia maklum status Wan Romlee yang sudah beristeri dan mempunyai tujuh anak.
Namun, kami tidak kisah.

“Malah, kami juga dimaklumkan isteri Wan Romlee tidak tahu hasrat suaminya mahu berkahwin lagi. Justeru, majlis pernikahan itu terpaksa dirancang secara senyap supaya tidak mengguris hati pihak sebelah sana.
“Namun, kini semuanya sudah terbongkar dan apa yang berlaku tinggal kenangan.
“Jadi, saya begitu berharap perkara ini tidak diperbesarkan kerana kedua-duanya sudah tiada. Malah, saya juga kehilangan ibu, dua adik dan anak saudara,” katanya yang menyifatkan kejadian itu sebagai suratan takdir.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Wan Romlee bersama lima sekeluarga yang lain mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan tercampak keluar dalam nahas membabitkan tiga kenderaan itu.
Ketika kejadian, Proton Iswara dipandu Wan Romlee bersama enam penumpang lain dari Pekan menuju Segamat dan sebaik keluar dari simpang Paloh Hinai, kenderaannya dilanggar Hyundai Trajet dari Kuantan menuju arah sama.

Berikutan pelanggaran kuat itu, kereta Wan Romlee melambung sebelum menghempap bahagian depan sebuah pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Segamat menuju Kuantan.

Selain Wan Romlee, semua penumpang kecuali Mohd Hasbulah terbunuh dalam kejadian terbabit.
Mohd Hasbulah cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Terdahulu, jenazah lima mangsa sekeluarga itu dibawa ke Masjid Muadzam Shah untuk dimandi, dikapan dan disembahyangkan selepas dibedah siasat di Hospital Pekan (HP).- HARIAN METRO.
Aduhai, kenapa harus menipu isteri. Memula tu kesian.. bila baca berita yang ni plak aku cakap padan muka!! (ops!! sorry) korang baca nih!! Tipu kata gi memancing!!

KITA HARUS INGAT.. ALLAH BAYAR CASH SEKARANG NI... ALLAH HU AKHBAR!!

4 comments:

Anonymous said...

malang tak berbau..hmm..

Redbloodsnow said...

errr...die tipu said g mancing ker kak nat...isskkk...mmg pdn pown muke...opssss!!! gulp..gulpp!!!

Unknown said...

sebab dia menipu tulah tak kesian kat dia... tapi kesian kat anak janda tu 2 orang...

jodoh, ajal, maut ditgn Allah...

Anonymous said...

pengajaran??

tak baik tipu bini.. :)