Wednesday, January 30, 2008

LOLOQ MENINGGAL DUNIA...

TAKZIAH...

AL-FATIHAH BUAT LOLOQ. NAT DPT INFO DR MEMBER OPIS YG LOLOQ MENINGGAL DUNIA. SEBAB JATUH ADA PENDARAHAN OTAK. MEMBER NAT SEDARA LOLOQ. WALLAHUALAM... KALAU INFO NI SALAH.. ABAIKAN KAN YER... TP SELALU NYA HAL KEMATIAN NI ORG TAK BUAT MAIN KAN?

SAYANG YER... KITA KEHILANGAN SEORANG LAGI KOMPOSER BERBAKAT.

AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN... MALANG TAK BERBAU...

Tuesday, January 29, 2008

My work station!!

SALAM SEMUA...
I'VE BEEN TAGGED BY MY DEARIE 'GRANNY' WALIZ... HOPE THESE, NOT ONE BUT 4 PICTURES WILL MAKE HER HAPPY N GLAD TO SEE IT... INI DIA DEATH SLAYER'S WORKING AREA. JGN KUTUK KALAU GAMBAR TAK CLEAR OK! CAMERA CAP PINGGU JEK. EKEKEKEK...




See my big full face mug- snoopy. They said my mug is really big, it can actually cover 50% of my face... (muka comel la tu kengkonon) ekekek!! Nescafe is a MUST. Kalu tak migrain!!



From different angle... same je tak lawa ek? gelap sebab tak on flash. Snap pepagi ni beb.. takde orang lagi.. opis sunyi jek.


See the differents. Ada ker? ekekek..


Lastly,
My precious thing... (baca style smeagol-LOTR)
Ini peneman Nat dah bertahun lamanya. Picture taken on 14 Oct 1999. Aku ngan mak n abah aku. Time ni abah terima pingat dari Sultan Selangor...bukan Dato' tau.. PJK je...



Ok.. thats all... da....

Monday, January 28, 2008

arrrgggggggggg!!!!

I took early lunch at 12pm just now... sekarang aku kenyang dan mengantuk... tolongggg...... YM aku buat perangai ni... takleh sign in plak nih!!!!

Tidak...

SABTU

Siang nya aku tak kemana-mana pon. Petang tu balik kampung Tasha.. Kepong! Intan Baiduri. Tido sana. Tengah malam tu aku, Sham, Tasha, Ayu(adik ipar) dengan Zairul (suami Ayu) plus Hakim (anak buah Sham umur 5 tahun) gi merayap kat Uptown Danau Kota. Kul 1.30 pagi baru gerak dari Danau Kota... tapi tak terus balik.. gi makan steamboat kat depan Medan Mara. ala.. yg kat traffic light tu... Tasha tak tido lagi korang nak tahu kenapa? sebab... kul 8 mlm dia dah lena.. kul 11 malam dia terjaga..segar bugar la plak kan.. pastu terpaksa lah kitorang bawak dia gak... Plan nyer nak tinggal kan je dia ngan MIL aku.. ekekekek...tapi bawak pon ok je.. bukan main seronok lagi dia.. makan fish ball. ekekeke!! On the way balik tak sempat sampai umah dia dah lena diulit mimpi dah..Hakim pon sama.

Apa yg kitorang pangkah (beli)! Aku tak pangkah paper pon.. Zairul je pangkah kasut futsal. Buat belasah...ekekek..

AHAD

Hm.. ingatkan semalam dah tidur lewat, Tasha nak lah bangun lewat sket dr biasa..ini tak.. dia bangun awal jugak. Tido turun katil sendiri.. FIL aku yg layan dia. Korang nak tahu apa kerja atuk n cucu tu? Diorang cuci aquarium. Ni kat Kepong tau.. bukan umah aku. FIL aku pon ada bela ikan gak. Ada 3 ekor ikan puyu. 2 ekor ikan Naga. Sedar-sedar tasha masuk bilik aku tak pakai baju.. roper-ropernya.. FIL aku dah siap mandikan dia dah... ekekekek.. aku terus bangun pakaikan Tasha baju lor. ekekkeke... FIL aku mmg best. FIL aku citer Tasha tolong dia basuh aquarium.. basuh bunga..(ala bunga plastik hiasan tu)..dia tak takut ikan..ekekeke.. (aku tau dah..) ekekeke...


Belah petang nyer kitorang merayap gi Tasik Perdana... bawak Tasha main kat playground. Suka hamat lah dia... Then benti sat kat tempat yg byk beruk tu.. suka sesangat lah dia.. siap bagi makan curly fries.. ekekeek...

Cukup masa jer.. kaki Sham mulalah gatal nak main bola. Kitorang pon gerak lah menghala ke Jln Ipoh. Gi mamak lol.. minum petang... nescafe ais dua. Tasha nak pisang.. hambek.. tengah relax tu hr hujan... ingatkan Sham tak jadi main bola.. ropernyer.. tak... TETAP main bola gak! ceh! lagi seronok ropernyer...ekekekek!!

Then kitorang menghala ker sekolah SRK (T) Tandayu Thapanni, Jln Ipoh. Sekolah Sham dulu.. ekekekkek.. (ini rahsia ni woi.. jgn sesekali kutuk sekolah dia nih! ekekek) Diorang semua bekas penduduk Kolam Air tempat Botak Chin duduk dulu... main bola liga haram kat situ.... player semua adalah bekas pemain kelab... ekekekek... taklah.. Sham je bekas pemain MAAfc.

Sham syok2 main bola, aku kene layan kerenah Tasha. Mang ai.. lasak siot.. lari laju... main bola ngan anak member aku Asyraf. huwa... anak dara aku!!! ada bakat main futsal la nanti ni! Pastu nampak plak anak kucing orang kantin sekolah tu... dia kejar anak kucing tu.. then kengkonon terror lah langkah longkang kecik keliling sekolah tu kan.. rupanyer tak terror... jatuh lah... huwa... seb baik takde paper... huwa...kalau aku tanya dia kan.. Tasha ni girl ke boy? Dia leh jawab Boy!!! huwa....

Azan maghrib baru kaum-kaum adam ni benti main bola... aku nih dah tak sabau nak balik.. nak tengok AJL22. Dengar dlm kereta je on the way balik Kepong.. jln jam. huk huk huk...

Friday, January 25, 2008

NAMA KU...

TARAAAAA........




What Normazliyana Means



N is for Normal



O is for Openhearted



R is for Refined



M is for Mushy



A is for Amazing



Z is for Zany



L is for Luxurious



I is for Impassioned



Y is for Young



A is for Abstract



N is for Nutty



A is for Abstract


Aku jumpa mende tempek menempek ni kat blog member sekolah aku.. zana. Hehehe time tacih yer Zana.

Pesan Roh Kepada Manusia...

Salam semua, kita disunatkan mengingati mati. Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan... Aku bukan org alim ... tapi cuma ingatkan diri sendiri yg selalu lalai dan leka lupa daratan..Bacalah artikel bawah ni. Dari inbox Nat.


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :


"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".



Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :



"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .




Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.



Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :




"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .




Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.



Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:




" Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".



Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.



Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:




"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".



Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:




"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."



Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:



"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:




"Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."




Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.




Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."




Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu."




Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."




Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."




Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Terima kasih kepada yg membaca sampai habis. Sekian untuk ingatan kita bersama. Kat manalah tempat kita ek? Berdoalah untuk ibu dan ayah kita tak kira lah yg sudah meninggal atau masih hidup.

Thursday, January 24, 2008

Demam....

Salam semua....

Aku menghilang bukan kerana aku pi cuci dosa or bayar nazar sempena Thaipusam. Aku demam lah! Sakit tekak hilang suara... MC 2 hari!!

Hari ni masuk kerja jer, masing-masing tegur aku kurus.. mana tak kurus, tekak aku sakit lol.. kurang selera makan lor.. tapikan KURUS TANG MANANYER? jari kelingking kot? ekekekek

UjangMD MUNG JGN NAK NGUTUK EK? TEMANG MC OK!!! Junkopile PON SAMA!!

>>> ni kerja melambak menanti aku niha... staff handphone exceed limit!! tolong dak Oshin!! ok Bye!!

Friday, January 18, 2008

ESOK 10 MUHARRAM

>>> Granny, junkopile, pezul, zana... NAT TERHAMAT BZ HARI NI LOR...
tapi jangan risaunat akan tetap update blog.. kalu tak ade la pakcik ganu tu bising... ekekek!
Semalam Sham sakit gigi. Cian dia pipi kanan dia bengkak dibuatnya. Kalu time sihat dia duk ngutuk orang yg makan bubur nasi.. semalam dia sampai tahap terpaksa makan bubur nasi.. (tu maknanya sakit tahap gaban lah tu..kan) Haruslah gi jumpa doktor gigi. Tapi Sham taknak gi pon. DEGIL.. aku tak tahu nak wat camne dah..

Ha! esok 10 Muharam...ini dpt dr inbox aku... mari kita cuba buat apa yg mampu...


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram 1429, bersamaan Sabtu, 19 Januari 2008)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri..(Blanje kengkwn pon ok...)
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah...(Jgn mrh2..buat keje dgn ikhlas..)
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut
yg di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak
terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu

lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak..(jgn tebal sgt kang mcm momok lak..)
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.

lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah
taala"

Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12.Membaca

"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali
syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga Bermanfaat kepada semua.. ok... nat nak siap gi kelas nih...bye..

Thursday, January 17, 2008

Ohama mean Family...

Salam sejahtera semua.. UjangMd sorry lah yer semlm tak terupdate sbb bz n malas.. ekkeke..

>>> kepada cik iron vampire yg minat ngan pak mertua Nat nyer kembar, harap mahap gambau dia takde dlm simpanan nat... ekekkeek... layan jela nengok rupa-rupa ahli keluarga Nat yer... Perkenalkan...


Ini my Along. Kakak sulong aku.. anak pertama emak aku.. ekekek..Nama dia Tilah. Dia nilah yg panggil aku Ucuk!! huhh!!

Ini plak Abang Ngah aku dengan family dia. Along aku sebok menempel jer... Along aku single!Nama abg aku Firdaus. Nama wife dia Yati. Abang aku ada 3 hero. Hero sulong yg belakang Along aku tu nama dia Mohd Zabir. Hero no 2 Mohd Zakhir, 'debok' aku panggil dia. Hero yg bongsu nama dia Mohd Zulfah. Zulfah dgn debok ni lah aku suka layan diorang nyer teka teki!

Ini sapa lagi? Aku la... (hai pipi saper lah yg tembam semacam tu..?) Tasha nyer baju tak sama ngan kitorang. Sebab dia je ada baju baru..aku ngan Sham tak de baju baru pon... plus bulan puasa aritu kan abah aku baru je meninggal dunia...

Aku suka gambar ni... Zulfah ngan Tasha cam adik beradik je.



Ni lak Abang Lang aku dengan wife baru dia. Nama Alang aku Khairi. Alang aku ni duda anak 4. Baru kawen buat kali kedua dengan orang Felda Kratong, Pahang. Isteri dia nama Siti. Siti ni lagi muda dari aku. Boleh? ekekek.. naper Alang aku pakai spec tu? sebab dia rabun sama cam aku jugek!! tapi Alang aku rabun sebab accident motor!!

Ini plak gambar Makcik aku, Tasha, 2 orang anak Alang aku dan Zulfah. Anak Alang aku yg senyum tayang gigi tu.. Yaya dan Aqila.

OK DAH HABIS.... chow.. nak wat keje ...

Tuesday, January 15, 2008

KASIHANILAH SHARLINIE...


Aku sebenarnya bukan taknak buat posting mencari Sharlinie ni. Tapi aku ni sedih! Kenapa lah jadi macam ni.. waktu aku form 5 dulu, sibuk bercerita tentang globalisasi, anjakan paradigma lah, dunia tiada sempadan dengan dunia IT!!

Kenapa jenayah mcm ni berlaku. Kenapa anak-anak kecil yg jadi mangsa. Adakah sebab globalisasi ni? Atau sebab MALAYSIA BOLEH tanpa had! Mungkin sebab ramai sangat warga asing kat Malaysia ni. Warga asing diberi kerja. Orang kita plak malas dan memilih kerja. Habis tu camne? apa aktiviti diorang ni kalu tak bekerja?

Tu yang jd kreatif tu agaknya. Culik budak lah, meragut lah. Entahlah...tu tak ambil kira yg black magic nye..

Tasha dah sekolah nanti ada yang aku benti kerja jaga dia. Hantar dia gi sekolah, jemput dia segala...

Lagi satukan, aku bila joint Tasha tengok Tom Tom Bak tu.. ada lah budak yg buat persembahan menari gelek inul tu... apasal la ajar anak bergelek camtu.. yg semestinya mcm tak sesuai budak budak membuat aksi sebegitu. Betul la budak tu tahu apa, tapi kan, orang gila di luar sana yg sex appeal nya ke budak-budak.. ghairah tgk budak-budak...tidak ker itu mengundang bahaya!! Bila kecil manis lah nampak nya... tapi dah besar nanti, nak marah pon tak guna sebab parent yg ajar dan didik dari kecil.

Tasha nanti aku tak tahu lah... yg dia minatnya Ball!! huwa...

AKU BERDOA SEMOGA MANUSIA YG MENCULIK SHARLINIE NI LEPASKANLAH DIA, JGNLAH DISEKSA DIA, SHARLINIE KAN ADA SAKIT ASMA.. DIA MASIH KECIL!! KASIHANILAH DIA!! INGATLAH BALASAN TUHAN!!

p/s: ha.. kan dah panjang lebar aku membebel.

Monday, January 14, 2008

gAmbAu Desktop nAt


hehehe... selepas merayap ke rumah kak jie.. them auntie combi.. then umah pu3nemo... maka
inilah hasil nyer... gambau desktop aku... tak tukau tukau... ekekek...

Ini gambau Tasha kat umah sewa aku dulu... Bangsar Utama 424. Tasha tengah kemas almari
kasut...

Friday, January 11, 2008

Apa ada pada nama? hmm?

Jumpa bebenda pelik ni kat blog Waliz.. dengan bangganya buat jugek dan tampal kat blog kesayangan aku ni.. hehehe...

Aku guna nama sebenar aku tau.. korang jgn ketawa ah.. nama sebenar aku dalam IC ialah.. mcm kat bawah ni lah... tengok sendirik... ok...

p/s: aku ada kuliah setiap rabu and jumaat... kul 5 ptg aku akan fly from work to Uitm Shah Alam...

Check this out ok...

What Normazliyana Means

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are well rounded, with a complete perspective on life.You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you.At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!

You are usually the best at everything ... you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive. You have the classic "Type A" personality.

You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.

You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.




My Monster Profile


Death Slayer

You Feast On: Starbucks

You Lurk Around In: The Empire State Building

You Especially Like to Torment: Crybabies




Wednesday, January 9, 2008

Selamat Datang Muharram 1429

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA....

Semoga Maal Hijrah 1429 ini lebih bermakna buat kita semua...

Ampunkan segala salah silap Nat yer...

Mari kita berHijrah dalam erti kata yang sebenar...

Cakap saje tara guna..

Action speaks louder than word kan?

Salam semua....

Nat nak bersiap ke Uitm ni.. kuliah start kul 6.15pm... akan fly ke Shah Alam kul 5 tajam...

My First Love Story...

My first love!!


'dia' itu berkahwin dengan orang lain... mengikut kehendak mak pak dia... dia tinggalkan aku tanpa kata putus.. aku dpt tahu dia kahwin pon dr orang lain... boleh?? kejam kan?
abg aku nyaris nak pi pukul 'dia' tu.. aku tak bagi... ekekek cam citer hindustan la plak kan?
yelar aku bercinta ngan dia 7 tahun tau! dari habis sekolah!!
Aku kesal 'dia' takde pendirian. Tak cukup kuat untuk pertahankan aku ni pada mak pak dia.
Dalam keadaan frust dulu kan... aku kurus jek.. ekekek.. time tu aku duk rumah sewa kat Bangsar serumah ngan Kak Min.
Dulu aku penah kene ragut sekali... sebab balik kerja memalam jln sensorang naik bas... yelar dah takde sesapa nak dating kerja lah sampai lewat malam. Tapi dengan kuasa Allah aku selamat.. hand bag aku pon selamat.
Peragut tu sorang je naik motor.. dia sentap bag aku.. aku jatuh kene seret.. aku berjaya bangun time tulah peragut tu merasa penerajang sulong aku, terus dia terhuyung hayang bawak motor.. then apa lagi aku lari lah... huwa.. pengalaman ngeri!!!
Then penah kene langgar ngan motor.. sebab budak mengong tu tak nampak aku yg memakai baju hitam motor dia takde lampu!! tempat aku kene langgar tu 200 meter je dr rumah 'dia'.
Aku tak cedera apa pon.. calar-calar sket jek. Bila aku cerita kat Sham kan, dia kata aku berangan! huwa...

Aku bersyukur aku takde jodoh dengan 'dia' yg takde pendirian dan bertemu dgn Sham yang boleh terima aku seadanya.. leh terima family aku yg gilers belaka and kengkawan aku yg biols belaka... ekekekek... Lagipun Sham pun sama pengalaman cinta nya ngan aku...Love u lah Cheeky..
Still aku dengar cerita lagi... 'dia' tu dah ada anak sorang... lelaki...
Along aku jumpa 'dia' tu kat Uptown Damansara jual casing handphone!!! ceh!! I dont wanna kno!!

Tuesday, January 8, 2008

EPI BIRTHDAY EJARD


dengan kuasa berus jamban PINK.. Jard, terimalah kek birthday ni.. wahai Ejard Tenuk!!

semoga panjang umur..

murah rezeki..

diberkati Allah...

hepi selalu ok...

cecepat amek anak angkat ok.. leh borak2 ngan dia..

PADAH MENIPU ISTERI!!!


MUADZAM SHAH: Mungkin sudah ditakdirkan, hasrat anggota polis bantuan, Wan Romlee Wan Mustapha, 41, berpoligami dengan janda anak satu bukan saja tidak kesampaian, malah dia bersama bakal isteri kedua dan empat ahli keluarga wanita itu menemui ajal dalam nahas ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 53, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan, kelmarin.

Rahsia Wan Romlee yang merancang berkahwin de- ngan wanita berkenaan tanpa pengetahuan isterinya didedahkan abang tiri bakal pengantin perempuan, Ishak Hamzah, 48, semalam.
Ketika ditemui di rumahnya di sini, Ishak berkata, adiknya, Siti Mariam, 26, yang bekerja sebagai pembantu kedai serbaneka bercerai dengan bekas suaminya enam bulan lalu. Selepas perceraian itu, katanya, Siti Mariam berkenalan dengan Wan Romlee dari Kuantan dan tidak lama kemudian mereka merancang mendirikan rumah tangga.

Katanya, sebelum kemalangan itu, Siti Mariam dijemput Wan Romlee di rumahnya di Desa Jati di sini, kira-kira jam 3 petang untuk ke Tanjung Medang, Pekan, bagi menempah pakaian pengantin .
Katanya, adiknya itu turut membawa anak lelaki tung- galnya, Azrul Imran Hisham, 6, anak angkatnya, Hasnawi Ahmad, 6, ibu, Che Siti Che Dan, 55, serta dua adiknya, Jamilah, 20, dan Mohd Hasbullah, 21.
“Ketika kejadian, mereka baru pulang dari rumah ibu kandung Hasnawi selepas menyerahkan dua pasang kain hijau untuk dijahit bagi dibuat baju pada majlis akad nikah,” katanya yang masih sugul berikutan kemalangan itu.

Bagaimanapun, Ishak berkata, tarikh sebenar pernikahan Siti Mariam yang bekerja di pekan Muadzam Shah dengan Wan Romlee masih belum ditetapkan.
“Keluarga kami memang sedia maklum status Wan Romlee yang sudah beristeri dan mempunyai tujuh anak.
Namun, kami tidak kisah.

“Malah, kami juga dimaklumkan isteri Wan Romlee tidak tahu hasrat suaminya mahu berkahwin lagi. Justeru, majlis pernikahan itu terpaksa dirancang secara senyap supaya tidak mengguris hati pihak sebelah sana.
“Namun, kini semuanya sudah terbongkar dan apa yang berlaku tinggal kenangan.
“Jadi, saya begitu berharap perkara ini tidak diperbesarkan kerana kedua-duanya sudah tiada. Malah, saya juga kehilangan ibu, dua adik dan anak saudara,” katanya yang menyifatkan kejadian itu sebagai suratan takdir.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Wan Romlee bersama lima sekeluarga yang lain mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan tercampak keluar dalam nahas membabitkan tiga kenderaan itu.
Ketika kejadian, Proton Iswara dipandu Wan Romlee bersama enam penumpang lain dari Pekan menuju Segamat dan sebaik keluar dari simpang Paloh Hinai, kenderaannya dilanggar Hyundai Trajet dari Kuantan menuju arah sama.

Berikutan pelanggaran kuat itu, kereta Wan Romlee melambung sebelum menghempap bahagian depan sebuah pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Segamat menuju Kuantan.

Selain Wan Romlee, semua penumpang kecuali Mohd Hasbulah terbunuh dalam kejadian terbabit.
Mohd Hasbulah cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Terdahulu, jenazah lima mangsa sekeluarga itu dibawa ke Masjid Muadzam Shah untuk dimandi, dikapan dan disembahyangkan selepas dibedah siasat di Hospital Pekan (HP).- HARIAN METRO.
Aduhai, kenapa harus menipu isteri. Memula tu kesian.. bila baca berita yang ni plak aku cakap padan muka!! (ops!! sorry) korang baca nih!! Tipu kata gi memancing!!

KITA HARUS INGAT.. ALLAH BAYAR CASH SEKARANG NI... ALLAH HU AKHBAR!!

Monday, January 7, 2008

MONDAY BLUES..


Di pagi Isnin yg buhsan...


Kul 9am dah meeting...


Tengok lah tips untuk survive ni yer...

Chow...

Friday, January 4, 2008

Lawak Bintang Capricorn!!

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:

" United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!!!"

ekekekkeeke!!! ok lah nak wat keje nih!!

Thursday, January 3, 2008

My Dak Jaja Wedding





Ni one of my adek angkat- geng satu kepala kat opis ... ala yg ni... cuba tgk ni..



Nama dia Norarliza Abusri.. aku panggil dia Dak Jaja.. org lain panggil dia Liza...Org Melaka lah katakan... Nikah pada hari Khamis 13 December 2007.. Majlis bersanding kedua-dua belah pihak dibuat di Dewan Felda pada 14 December 2007.

Aku dan Sham doakan dak Jaja bahagia ke hujung nyawa bersama Aidel. Semoga aman damai selalu.. cecepat dapat baby! ok? Amin.

New Born Baby - Guppy

Alhamdulillah...

Guppy aku yg nama dia Azlina, yg aku bela letak kat opis ni kan.. dah beranak...!!!! 5 ekor td aku kira..tapi aku musykil lah.. anak siapa ek?
Sebab yang lain semua dah mati!! Tinggal dia sekor je dlm balang aku tu hidup dgn aman! Mungkin bf dia sempat tinggalkan zuriat sebelum mati.. ekekek!
atau mungkin anak luar nikah? ekekekkeek...

Ia mengingatkan aku bahawa setiap ada kematian pasti ada jua kelahiran! vice versa!

Wednesday, January 2, 2008

Tasha @ Melaka on 22 Dec 2007

Apa aku buat?

Im back!!

Salam semua. Selamat tahun baru!!!

Lama aku coti ek. Sebenarnya aku amek cuti 3 hari je... 27, 28 & 31 selebihnya public holiday aku sambung je...

Cuti lelama aku kemana?

Aku kat rumah je.. jgn tak percaya ek!!

Aku jadi mama mithali... spend quality time ngan Tasha.

Bila dia bukak mata je... nampak aku ada, terus dia senyum lebar..then dia golek balik...

Syiok gilers takyah bangun pepagi gi kerja. 26 Dec haritu... ala..entry aku yg last thn 2007..haritu aku n Sham bwk Tasha gi klinik untuk imunisasi umur 1 tahun setengah. Demam lah anak aku tu sehari... cian dia.

27 Dec tu aku cuti. Memang sesuai lah dengan Tasha yg demam tu. Aku duk rumah ngan Tasha anak buah aku 3 orang.

Rutin nyer... terjaga kul 730a.m. Bg Tasha susu sebotol. Tasha tgk mama dia ada.. dia sambung tido.

Bangun kul 10a.m. Bukak tv. Channel 611 CERIA...

Salin diapers Tasha.. golek depan tv. Susu sebotol lagi...

Mandikan Tasha.. aku pon mandi sama... 2 in 1... boleh? BOLEH aje.. cepat sket. Lagipun kalau aku mandi nanti Tasha sure ketuk pintu bilik air.. mama! mama! panggil aku...

Baik aku mandi sekali ngan dia.. ekekeek...

Dah siap mandi...bagi Tasha makan.

Aku kejutkan anak-anak buah aku.. Diorang kene tolong aku layan Tasha sementara aku masak!

Korang jangan tak cayer ek.. aku masak tau! Masak nasik, masak air, masak sup sayur (Fav. Tasha nih) ekekek...

Tengahari pon tiba... makan lah kami anak beranak...

Nak bg Tasha makan.. aku kene follow je mana dia pegi.. makan sambil main. Dia tak reti duk dendiam kat meja then makan. Kat restoran mau pulak duduk diam... hm.. musykil..

Selalunya.. lepas Tasha makan... musti dia ngantuk.. meragam nak tido... buat susu sebotol lagi.. titun... dengan aku sekali titun...ekekekek... anak-anak buah aku.. merayap main entah memana.. lantaklah.. janji jgn tak reti nak balik sudah.. nak tengok acu dia bertukar jd otomen tiga.. cubalah buat...ekekeke

Bangun tido.. selalunya Tasha tido 3 jam je..

TV lagi.. Ceria.... 611.. Tom Tom Bak, Adi dan Ayah, Gerak Geri Gasing, Hikayat Putera Shazlan, Gang Bas Sekolah, Anak-anakku.. Kampung Boy, Ninja Boy.. Ultraman Tiga!!! ekekeke

Macam paham je ...

Selebihnya Tasha main je keje dia. Baca buku ABC dia tu.. conteng buku guna krayon.

Ada satu hari tu Tasha conteng kaki dia guna pen hitam. Habis dari betis sampai ke tapak kaki berceloreng. Aku biar tak cuci nak tunjuk kat Sham. Anak dia yg creative. ekekekek...anak ayah! manja ayah!

Petang tu bila ayah dia balik je.. tokojot tengok kaki anak dia berconteng.. ekekekek...

Buat nescafe untuk Sham dulu... (jangkit dengan aku lah ni)

After that baru aku mandikan Tasha.. ekekek..

Tasha dah lawa baru aku plak mandi.. Tasha pon mengada2 ngan ayah dia lah... tak heran aku dah kalau ayah dia ada... asyik panggil AYAH! AYAH! AYAH!

Pastu aku jenguk dapur lagi... ada ke lauk lagi ni. Anak-anak buah aku ni masak apa pon musti habis. Bagus! aku suka! Tak membazir. Janji ada telur.. pandailah diorang goreng sendirik!!

Malam plak... sesi lepak dirumah.. tak pon merayap tengah malam jalan-jalan carik makan ekekeke...

Harini aku gi kerja dengan lemah nye...

Sempat amek gambau Tasha pagi tadi.. nampak tak bantal Pooh dia tu? ekekek