Friday, June 29, 2007

29 JUNE YANG BERSEJARAH!!!

Hari ini 2 entry yer... harini spesel sket sebab harini ialah......

NATASHA ADILLA's

HAPPY 1ST BIRTHDAY.




Setahun yang lepas pada pukul 7:05 petang Natasha Adilla dilahirkan di Hospital Selayang!. Harini dia genap setahun. Sudah pandai jalan belum pandai minta adik. hehehe.. selamat! Nat rasa macam tak percaya, rasa sekejap jer masa berlalu. Ternampak2 dan teringat waktu dalam bilik operation, missy tu tunjuk Natasha Adilla kat Nat. Time tu mata Tasha dah bulat pandang kiri kanan. Missy tu kata "Tahniah, puan dapat anak perempuan!" Nat angguk jer senyum. Syukur kami berdua selamat. Natasha lahir waktu musim Piala Dunia dah nak final time tu. Mungkin sebab tulah dia suka tengok bola juga. Ahaks. Sekarang ni dia kalau nampak permainan kat shopping complex tu, dia usha lama jer kat benda yg dia berkenan. Seb baik lom pandai cakap lagi. Kalau tak, confirm melalak kat situ nak toy!. Nat bersyukur dan berdoa semoga Natasha Adilla sihat selalu, menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan segala yang terbaik untuk dia.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Tarikh lahir Islam & Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam.


http://www.islam.com/islamicdates.asp

klik kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam bulan islam

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...


Sekiranya korang dah tahu pada bulan Hijrah korang dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Bacalah untuk menambahkan pengetahuan sahaja. Wallahualam.

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

4 comments:

Mouriey said...

heppi besday tasha...semoga panjang umur, murah rejeki, jadi anak yang solehah, jgn susahkan umi...hikss!!comelnya dia...anak saper laa ni?kidnap baru tau.hehehe...

Tolhah said...

Mana sumber yang mengatakan begini, adakah ia bersumberkan hadith, kata2 sahabat, ulama...rasanya benda ni perlu dirujuk kepada ustaz dan alim ulama dulu sebelum disiar atau disebar..

Anonymous said...

vab банк
vab банк
[url=http://globalist.org.ua/?p=19244]vab банк[/url]
http://globalist.org.ua/?p=19244 - vab банк

Anonymous said...

Upper smooth, soft, fine workmanship, very good care for children's delicate skin . At the beginning, they were considered as "unfashionable" or "uncool" for its ugly and big look . Step [url=http://www.cheapuggtobuy.co.uk]ugg boots sale[/url] 2 . [url=http://www.uggbootssalehots.co.uk]cheap ugg boots[/url] ladyluxuryshoes . Twentieth [url=http://www.cheapuggtobuy.co.uk]cheap ugg boots uk[/url] a century thirties, david acquired endto cork about boot, acceptable for more than a few years . Meimei Beine dicker Winter-Auswahl an Stiefel, Anmerkung 3 einen einzigartigen Ort: eines ist das Material, die zweite ist vielf?ltig und die dritte ist . nobody knew or predicted the progress with this producer at this kind of the quick [url=http://www.uggbootssalehots.co.uk]ugg boots sale[/url] pace.[/p][p]The women's classic tall Ugg Boots are the perfect pair to give your look a heritage feel . initially the name came in . Women's Classic Mini 5854 of different styles, [url=http://www.cheapuggsbootsinuksale.co.uk]ugg boots uk sale[/url] sizes and colours are available . Work or maybe Function: this sort of isabel marant basket have to be compelled to be cozy ample for those day time placed on however to boot stylish furthermore as trendy . A actual physical treatment system for a rotator cuff repair is based on particular internal and external rotational workout routines for the shoulder joint to be done regularly for very best outcomes, not just at the therapist surgical procedure . Plus continue I actually [url=http://www.cheapuggsbootsinuksale.co.uk]ugg boots on sale[/url] inspected,ugg classic grey, anticipation will not be your negotiable foreign money your budget knows . How to Verify That UGG Boots Are the Genuine ArticleHow to Verify That UGG Boots Are the Genuine Article UGG boots are a very popular brand of fashionable footwear.[/p]
[p]You can get hold of Ugg boots with savings utilizing UGG Australia cheap code at checkout . ?