Friday, June 22, 2007

LAWAK DI PAGI JUMAAT


~~Muahz... entry ini khas untuk mourieys, ujangmd, khairi yg runsing,
junkopile. kak jie dan tak lupa jugak Cikgu Mayang n Gurl!
^(_|_)^


Soal Jawab Guru dan Sin Chan...


Guru : Kenapa awak lambat?

Sin Chan : Kerana sebuah papan tanda.


Guru : Papan tanda mana ?


Sin Chan : Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan,
jalan pelahan."



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru     : Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?

Sin Chan : "B-O-O-W-A-Y-A"

Guru : Bukan, Salah tu.

Sin Chan : Mungkin itu salah, tapi Cikgu tanya saya macam
mana saya mengejanya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru     : Apakah formula untuk air?

Sin Chan : "HIJKLMNO"!!

Guru : Apa yang awak cakap tu?

Sin Chan : Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*--*

Guru : Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan
tunjuk mana Amerika Utara.

Sin Chan : Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat
kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!

Guru : Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa
yang jumpa Amerika Utara?

Kelas : Sin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


Guru : Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang
kita tak ada 10 tahun dulu.

Sin Chan : Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru : Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang
di sebabkan oleh gigitan serangga?

Sin Chan : Jangan kena gigit serangga.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang
kamu tahu berlaku secara kebetulan?

Sin Chan : Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada
hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai
ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi
berwarna merah berbintik biru!

Sin Chan : Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan
kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya
dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?

Sin Chan : Tidak Cikgu, Saya tak perlu buat begitu, kerana
saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah
sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak
meniru kerja dia?

Sin Chan : Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru  : Siapakah orang yang kita panggil, yang tak
henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?

Sin Chan : Seorang Guru, Cikgu!


KUANG KUANG KUANG

No comments: