Tuesday, June 26, 2007

ALFATIHAH BUAT ACHIK

Salam..

Isnin

Seawal lebih kurang 2 pagi handphone Sham berbunyi. Nat tengok kat screen handphone tu nama "Abah" yang naik. So Nat terus jawab. Hati ni berdebar lah. Mesti ada emergency nih!. Memang betul pon. Achik dah meninggal dunia. Abah dengan mak mertua Nat akan ke Ipoh pagi ni gak. Sham terjaga, Nat pon bagitahu yang Achik dah meninggal. Sham terdiam dan termenung. Nat pon sama. Macam tak percaya je. Siapa Achik? Achik ni adik lelaki mak mertua Nat yang bongsu. Pakcik kitorang, tokcik Natasha lah kiranya.

Achik baru berumur 38 tahun. Achik mengidap penyakit kanser paru-paru. Achik meninggalkan anak perempuan 2 orang yang masih bersekolah dan seorang isteri.

Terkedip-kedip, akhirnya Sham kata kat Nat, kita balik Ipoh jugaklah. So, kami bertiga menghala ke Gopeng sebab Achik meninggal di sana dan akan dikebumikan di Gopeng juga, Kampung Sg. Itek.

Sham dengan Achik memang rapat sebab umur Achik dengan cuma beza 7 tahun. Sham plak takde abang or adik lelaki. So, dengan Achik lah dia gang. Sham cerita, waktu dia kecik, Achik dating dengan Cik Ta (wife achik) Sham mengekor jugak. Macam tu lah rapatnya diorang.

Semoga Achik aman di sana.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Selasa

Nat baru masuk opis, lambat sebab bawak Natasha gi check up setahun. Imunisasi untuk setahun. Menangis kene cucuk kat bahu. Tapi bila keluar je dari bilik Dr. dia buat muka cool. Cover ayu! huhuhu... Sham tak kerja harini, Nat je keje.

Itu lah kisahnya untuk semalam dan hari ini.


No comments: