Thursday, June 14, 2007

TENTANG LIA


Assalamualaikum semua, Nat mulanya nak sambung cerita pasal zaman sekolah semalam tu... tapi macam takde mood plak. Hati Nat terusik oleh berita yang Nat terima semalam. Semalam Nat tiba-tiba teringat dan terlintas untuk telefon Lia kawan Uitm pangkat adik. Selalunyer dia akan berYM dengan Nat bila ada kesempatan. Dah beberapa hari dia seperti hilang tanpa kesan. Bila Nat call office dia, Lia cuti!. Then call handphone pulak, pompuan simpanan dia lak yang jawab-answering machine la...

Nat try call lagi sekali selang 20 minit kemudian, seb baik Lia jawab. Dimulakan dengan salam dan bertanya khabar. Khabar tidak baik yang diterima. Lia ni mengandung anak sulung 5 bulan dah. Dia memang ada masalah dengan kandungannya. Lia dengan suara sebak bercerita yang dia sudah bersalin Jumaat yang lepas. Nat terkejut lah, sebab belum waktu lagi dia bersalin. Lia kata hari Rabu lepas adalah kali terakhir Lia rasa dia bergerak. Pergi check up, Dr kata, tak dengar nadi baby. Lia pulak dua kali pemeriksaan ibu mengandung berat badan dia tak naik. Pergi buat scan ultra sound, cek nadi bayi, rujuk kepada 3 pakar semua membuat kesimpulan yang sama iaitu baby dah meninggal. Lia kata Dr. cuba cari mana kedudukan baby tapi tak jumpa. Hancur nye hati. Lia kata dia redha. Dr. suh dia masuk wad untuk keluarkan baby tu. Yang menjadi masalah Lia ialah suaminya, yang seakan tak boleh menerima dugaan Tuhan yang satu ini. Lia minta masa dengan Dr. untuk berbincang dengan suaminya.

Dipendekkan cerita, hari Jumaat lepas, baby Lia berjaya dikeluarkan. Lia minta izin Dr untuk melihat bentuk rupa anaknya yang dah meninggal tu. Dr macam terkejut je Lia kata. Kemudian suami Lia pula. Dalam pada itu yang sedihnya sekali lagi Lia diduga, uri Lia tak berjaya ditarik keluar kerana tali pusat putus. Setelah dirawat oleh pakar, Dr itu membuat keputusan untuk operate pula. Lia terpaksa bersetujulah untuk kebaikan diri Lia jua. Sementara menunggu bilik OT free, Lia dibenarkan semula makan kerana sepatutnya Lia kena puasa sebelum operation.

Selepas minum air, Lia muntah dan kemudian pitam dua kali. Tiba ketika Lia rasa sakit lebih sakit dari proses mengeluarkan bayi tadi. Lia rasa hendak terkencing, Lia dibantu emaknya untuk ke bilik air. Tiba-tiba seketul darah keluar, Lia kata dia rasa lega sangat. Lia yakin yang keluar itu adalah urinya. Lia kutip uri tu.

Hari yang sama bila sampai masa untuk pembedahan. Lia pun beritahu Dr. yang dia rasa uri dia dah keluar tadi. Dr mintak tengok mana urinya, Lia pun tunjuk. Dr. buat keputusan tak jadi untuk operate Lia! Alhamdulillah. Rahim Lia pun Dr. sahkan tiada masalah. Nat pon lega dengar cerita Lia nih!.

Anak Lia dikebumikan pada hari Jumaat juga. Anak Lia sudah cukup sifat cuma size je kecil. Jantinanya lelaki! Nat rasa sedih sebab Nat adalah orang pertama Lia bagitahu berita gembira yang dia mangandung. Nat sebagai seorang emak dapat memahami perasaan Lia yang kehilangan anak yang dikandung. Pergi hilang meninggal tiba-tiba dalam kandungan setelah 5 lima bulan bersama. Pilu dan hiba...

Nat harap Lia dan suami tabah dan bersabar atas dugaan yang melanda. Sudah Qada dan Qadar Allah, kita harus terima dengan terbuka. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan? Lepas relax 3 bulan mintak2 Lia boleh conceive balik. Semoga dapat baby boy juga.

Sekian.







1 comment:

Jie said...

Moga Lia dan suaminya bersabar. Masih muda lagi..Insyaallah...ada rezeki utk dia org...

kakjie pun pernah keguguran sekali...