Hai wassup.. wassup... Malaysia Brunei Rusia (hai zeleo)! ahaks. Ops, silap! Assalamualaikum wbt. semua kengkawan. Hari ni Nat ada doa-doa untuk dikongsi bersama. Mungkin ada yang dah tahu, takpe Nat bagitahu lagi! huhuhu! Semoga ia dapat diamalkan oleh kita walaupun di mana jua kita berada. Nak berhijrah ke mana sekalipun kan? kan? Ujang? ingin bersamamu.. walaupun di mana jua... iklan DIGI! Ahaks! Sesiapa yang senasib ngan Nat, yang dah kehilangan emak atau ayah tetiba ingat kat E-jard. Hanya doa je dapat menjadi hadiah terindah untuk mereka di alam sana. Sebagai tanda kita ingat kat dia dan a way of balas jasa dia melahirkan dan membesarkan kita. Insyaallah...
Doa Untuk Ibubapa
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Doa Kebahagiaan Sekeluarga
Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
Doa Mendapat Keturunan Yang Baik
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.
Doa Untuk Mendapat Anak
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris.
~ ini doa Nabi Zakaria a.s yg tiada anak selama 10 tahun. Berkat doa ini isterinya mengandung. Sesuai untuk mereka yg jodoh lambat juga.
Doa Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan Solat dan begitu juga anak cucuku. Wahai Tuhan kami! Terimalah doaku, Wahai Tuhan kami! Ampunilah akan daku dan dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari tegaknya hisab.
~ selamat berdoa yer...Wassalam.
No comments:
Post a Comment