Wednesday, October 31, 2007

RAYA: sambungan....

Salam semua...


okeh... ini dia gambau aku ngan bebudak hawau lagik... ekekekeke...ni bukan aku suh owang snap. Tapi photographer tu yg suka amek gambau kitorang.. ekekkeke...perasan habeh!

bebudak opis aku kata... mak bunga n mak buyung terselit tgh2 anak dara.. tak sedau diri!

well... kita kene bergaul dengan semua orang kan! kan!

aku suka ngan bebudak ni sebab.. diorang ni sama sewel cam aku gak. Bukan jenis yg proper propa, materialistik, cosmetic, plastik, pura-pura bagus depan orang.

Bukan jenis yg judge orang dengan cap apa baju yang dia pakai, laki dia keje apa..segala!

Tu yang aku suka berkawan ngan dak oshin, dak liza, dak ekin n dak farah.

Ok usha la ek.. kalau tak suka tutup mata.




Ni waktu baru sampai... Farah gak yang sambut aku n Ekin.











Aku lah yang paling rendah kan? Saje je nyorok sebelah Oshin. So nampak lah cam aku ni kecik sket! huhuhu..







Sama tapi tak serupa ngan gambau atas kanan ni...









Baca doa...








Dari kiri: Chairman, Director, CEO (berdiri) n Director









Oshin tepuk tangan layan live band.













Dona a.k.a Sis Joliekins kene nyanyi...


















Aku n gang tukang gelak jek...











Perasan tak yg kitorang ni tak bergerak pon?

hehehhee...










Ha.. alien dua orang tu... diperkenalkan..

Rizal - Web Master opis aku. Dia jadi driver kitorang waktu nak gi KLGCC nih.

Hady - Legal Exec kat opis aku.

Dua dua dah kawen. Si Rizal tu bini dia nak bersalin dah.. due minggu ni.. huhuhu...

Tuesday, October 30, 2007

RAYA: RMSB Raya Celebration @ KLGCC

Hari ni ada dua kisah..

1. Gambau kawen My best fwen Raja Safura Raja Ismail.
2. Gambau aku kat KLGCC semalam.


Korang tengok lah yer.... 2 gambau je dulu.. yang lain nanti aku download lah...



Dari kiri: Oshin, Nat, Ekin (mak buyung), Farah dan Liza


lalalaa... orang nyer sama, tempat nyer sama apa yang beza ek?
hahaha...


Dak Oshin dah tak sabAu nak kawen, aku sememangnyer dah kawen anak sowang,
Dak Ekin tengah mengandung 5 bulan (leh cover lagi tu..),
Dak Farah pon dah berpunya gak (bila nak kawen tak tahu),
Dak Liza nak kawen dah bulan 12 ni.

Diorang ni lah gang aku kat opis. Kalau diorang ni takde. Mati kutu aku dibuatnya...



Kitorang relax dulu tak amek makanan sebab nya... tu ha.. ramai yg tengah menyenduk.

cuba tengok niha..

senduk kak jgn tak senduk


tu yang kitorang bergambar je dulu... itew gambau sebelum makan. Nanti aku letak gambau tengah makan plak ok.! chow!

My Best Fwen Wedding Raja Safura Raja Ismail

Salam semua. Harini jom tengok gambau kawan Nat kawen niha... Member sekelas sesekolah yang best! Geng Nat!. Nama dia Raja Safura Raja Ismail n hubby. Majlis nikah 25 May 2007. Majlis belah perempuan plak 26 May 2007.



Ni majlis kat umah Raja.. Wira Damai.




Ni aku dengan Pengantin.

Yang kanan tu pon best fwen aku gak. Diana nama dia. Anak sorang je baru.











Ni lak time nikah nyer 25 May 2007




Majlis belah lelaki 3 Jun 2007. Kat Kelantan.




Eceh eceh..


Semoga Raja bahagia selamanya. Cepat-cepat sket timang anak. hehehhee... usaha tangga kejayaan.

p/s: Zana ko ingat Raja lagi tak?

Monday, October 29, 2007

Hari Isnin yang Nyaman....

Salam semua kengkawan...

Harini kan.. kat opis aku ada buat sambutan hari raya. Buat kat KLGCC KualaLumpur Golf & Country Club.

So, seawal pagi lagi masing-masing datang kerja dengan baju raya masing-masing.

Baju raya aku, yang tak siap tu... baru semalam siap. Akhirnya! Warna perfel! Huhuhu... So karang dlm kul 12.30 tgh aku akan segera gi ke KLGCC dengan adik-adik ku... Oshin, Liza, Ekin dan Farah. Farah drive... Majlis berakhir sampai petang. So terus balik aje nanti...

Tapi rasanya aku balik opis balik kot... paper pun aku kepilkan sesuatu untuk tatapan korang semua.


SILA SCROLL KE BAWAH...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Ni gambar aku ngan arwah mak aku.
Mak aku lepas buat satu major operation.. Coronary By-past.
Waktu ni aku masih sekolah lagi. Form 5 kalu tak silap aku...

Friday, October 26, 2007

LAWAK: Harimau Beriman...




Alkisah...

Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.


Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi ..

Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya,
sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku ya Allah.. makbulkan hajat ku ini.. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman.. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit ..

HARIMAU tersebut pun
berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!"

Wednesday, October 24, 2007

RALAT: Hari Yg Tunggang Langgang...

Salam semua.

PAGI TADI KAN.. AKU NI BACA PESANAN KAT CHAT BOX AKU TU HA... SEMALAM PON TGK GAK... adalah remarks kak red dengan julia dengan pu3nemo.

KATANYA... TEMPLATE AKU NIHA BERTERABUR... HUWA...

YEKER? ALAMAK?

PENING KEPALA NIHA..

DAH LAH BUTA IT BUTA CODING... huhuhu...


PEHTU AKU BELEK PUNYE BELEK... GUNA MOZILLA FIRE FOX OK LA PLAK.

TAPI

GUNA INTERNET EXPLORER.. HAMPEH... LARI LINTANG PUKANG!! TUNGGANG LANGGANG WEI... PONING ACIK!


SO AKU ANDAIKAN...


KAK RED, JULIA N PU3NEMO TU VISIT BLOG AKU NAIK KETER CAM INTERNET EXPLORER.NANTI NAIK KETER CAP MOZILLA FIREFOX YER... huwa...


nota: Sorry la kak red, julia n pu3nemo yer... Nat tak reti le nak repair template nih!.. Ujangmd takdek. Kalu tak mesti dia jadi mangsa! ekekek! Kalau akak tahu.. tulun le ajaukan saya yer... ok! Tq.


Tuesday, October 23, 2007

Tasha @ Work

Lambat gilers nak log in ke blogger hari ni..bikin panas satu badan!!

Hehehe.. kepada mereka yang mencari Nat hari Jumaat dan Isnin... mintak mahap yer... Nat MC. korang nak tahu kenapa?

Ada BISUL di pipi!... ekekeke... kenapa? tak percaya? tanya lah Oshin..

Sekarang dah ok. Letak kapur kat bisul.

Tamat kisah tu...

Ni dia Gambau latest anak dara ku... Natasha Adilla..

Gambar kat opis aku...

Sham datang jemput aku.. bwk Tasha sekali...

... Ok kak min n kak mayang.. suka tak? hehehhe...




Apa lah yang Tasha duk tenung...















Kat store pon leh pose...ekekek...



















Makan french fries....

Wednesday, October 17, 2007

BOKOJO SEKUEKNYO LAGI...



Harini semua geng aku kat opis ni dah ada... Oshin Hawau, Liza n Ekin. Tiada lagi rasa ngantuk. Tapi overall opis still lagi kosong.

Apa diorang ni lupa jalan balik umah ke?

Kat bawah ni ada kisah raya Nat yang tak seberapa. Almaklumlah.. takde kampung. IC tengah-tengah tu nombor 14...

Sudi-sudilah baca yer...

Nak gi lunch ngan budak-budak hawau ni... diorang tgh gaduh nak makan apa? kih kh kih..

Kisah Raya



Hari ni baru ada mood nak citer pasal raya...

Aku start dari hari Khamis 11 October 2007 ok!

Hari Khamis aku last kerja. Lepas bermaafan dengan memember n kekakak n adik-adik kat opis ni kul 4.30 tajam aku balik rumah a.k.a kampung ku di Selayang. Sekampung ngan si Zana Sadri tu.. hehehe...

Rumah aku masih sunyi lagi... abang-abang aku lom datang lagi dengan rakyat jelatanya.... huhuhu.. aku just bukak langsir jek... nanti nak suh anak buah aku Afiq lap cermin.


Hari Jumaat

Sham kerja. Aku tinggal kat umah ngan Tasha n 3 orang anak buah aku. Tasha bangun awal. Tak bagi chance mama dia tidur lebih sjet walaupun coti. 8:30 pagi dia dah sebok tunjuk pintu bilik nak kluar.

Kluar bilik la kami 2 beranak. Buka tv kasi tasha tgk Ceria. Aku salin pakai uniform.... t-shirt n suar bola laki aku... kihkihkih... (ini rahsia tau!)

Aku pun melakukan kerahan tenaga. Aku pon cergas suh Afiq cuci cermin. Sambil tu pasang la langsir. Ala pakai langsir tahun yang dulu jek. Aku memanjat, Tasha pon sebok gak nak memanjat... huhuhu... heroin ke hero ni? hhmm?


Tengah ralit tu.. abang Ngah aku sampai ngan wife n rakyat dia. Rakyat dia ada 3 orang hero. Mohd Zabir, Mohd Zakhir n Mohd Zulfar.

Anak abg Lang aku ada 4 orang. 3 heroin sorang hero. Yang hero tu Mohd Afiq. Heroinnyer Nor Amira Afiqa, Nor Aqila Afiqa n Nor Iliya Atikah.

Anak abg Lang aku ni duk skali ngan aku... abg Lang aku duda..
diorang lah yg selalu kena kerahan tenaga dgn aku... ACU dia.. muahahahha..

Rumah aku pun dah riuh... rakyat pon ramai... Tasha pon punye lah suka...lompat sana lompat sini.. main kejar-kejar ke depan ke belakang...dengan sepupu-sepipit dia...

Kerahan tenaga nombor 2!! Kalau Afiq dah cuci cermin. Aqila n Zakhir plak aku suh lap sofa. Kasi bersih berkilat! huhuhu...

Aku buat kerja kemas mengemas yang seterusnya lah...

Dalam kul 3 ptg tu kak Long aku bali dari kerja. Dia amek tugas kat dapur plak.

Siang itu... siang ini... rebus tu rebus ni..

Aku tolong potong bawang, serai n daun kunyit je...

Sham pun balik... dia jaga Tasha. Aku tolong Along. Sham ngan Tasha plak sibuk cuci aquarium.

Kitorang berbuka gaya koboi jek.. apa yang ada plus beli itu ini kat pasar ramadhan.

Hari hujan lebat petang tu. Buat keje rumah pon nyaman jek. Tapi anak dara ku itew tak reti nak tido! Walaupun hari hujan lebat. Gumbira sangat lah tu!

Rendang ayam - siap
Kuah Kacang Sotong - siap
Nasi Impit - siap
Rendang daging + paru + hati - siap

Tapi... rendang daging tu blom cukup kering gas plak habis....

Kedai sumer dah tutup...tunggu lah esok...petang!! itupun kalau ada kedai yang bukak...


Kerahan tenaga ke 3. Zabir plak ditugaskan mencuci semua pinggan mangkuk kotor yang ada.. termasuk periuk kuali segala. Musti clear sinki. Muahahaaaaa...

Aku plak isi kuih raya dalam balang...

Sham hubby ku plak dengan Zakhir n Afiq plak alihkan meja makan bulat letak depan. Alih sofa untuk bagi space orang takbir raya mlm nanti..

Hari hujan balik... kitorang lepak je kat rumah... kakak ipar aku.. sebok pakai inai (tube)... dengan si kenit2 yang lain. Termasuk lah aku... ekekekeekk..

Makcik aku a.k.a maktiri ku nak balik kg dia kat sungai siput. Anak buah dia jemput mlm tu.. Tasha kene tinggal... huhuhu...

Lepas salam raya bermaafan ngan makcik aku... aku teruskan tugas.. menggosok baju raya suamiku...

Buat pengetahuan... BAJU RAYA AKU SATU PON TAKDE... TAK SIAP!!! Kakak tukang jahit tu siap merayu kat aku... dia kata baju aku tak sempat siap... nanti dia charge 2 pasang je.. 1 pasang lagi free. muahahahaa... belasah la kak.

Aku pun bukannya nak beraya sakan!

So, kaedahnya aku gosok je baju baru yg lama.. seb baik sedondon ngan suami ku... tapi tidak anak ku.. aku n Sham warna coklat. Tetiba plak Tasha warna Lavendar.

Hantam sajalah....

Along aku plak aku ada belikan dia baju raya. Warna coklat gak...lupa lak nak bgtahu... kakak aku ini seorang divorcee..janda takdek anak. Seorang yang mengidap penyakit Diabetic jugek. baru umur 42 tahun. So, secara tak lansung... kami adik-adik dia ni yang kene tgk2 kan dia. Along aku tu takde tempat mengadu yang lain lagi!

Lepas takbir raya rumah ke rumah... kitorang relax.. makan nasi impit ngan kuah kacang... sambil tengok tv ramai-ramai. Kutuk mengutuk.. seperti biasa. Yang kurang nyer.. mak abah aku dah takde..tu jer.. kalau tak mesti lagi havoc rumah tu.. mesti ada anak buah aku yg nangis kene kutuk.. ekekekek...

Entah kul braper tido aku pon tak ingat... yg best aku nak kunci jam.. terdail plak nombor FIL. kui kui kui... cepat2 aku letak... sekali dia tepon balik... muahahhaa.... tak tido lagi ghopanyer FIL aku nih... aku ckp ler sowie abah.. salah tekan.. selamat hari raya abah.. huhuhu.. malu...

Hari Sabtu

Di pagi Syawal itew...kami bersiap ler..dengan baju raya...

Agenda pertama...

Bila aku dah siap.. Tasha dah siap comel lawa semua... tibalah masanya aku memohon ampun maaf kat Sham suamiku tercinta. Sebak rasa. Menitis air mata... yelar tahun ni aku ni anak yatim piatu... dia je dahan untuk aku bergantung, dan pohon untuk aku berlindung...

Lepas aku Tasha plak amin ayah dia...

Then.. sesi bermaafan ngan adik beradik plak...Aku, Sham n Tasha bermaafan ngan Along.. then Angah n kak ipar.... then Alang...

Anak-anak buah aku plak beratur.. mintak maaf dengan Sham n Aku. Diorang dapat duit raya... aku tak dpat pon.. huk huk huk...

Lepas selesai.. kitorang akan konvoi ke kubur.

Melawat kubur mak, abah, atuk n sedara mara yg lain...

Then, gi rumah mak long aku (kakak abah aku..) setiap pagi raya kitorang mesti berkumpul kat umah maklong aku... Kampung Mahkota.

Semua ada... dari kecik sampai besar... kat sana bersalaman bermaafan lagi dengan mak sedara yg ada..

(gambau takdelah tak sempat nak snap)

Then agenda seterusnya balik kampung Tasha... kat Kepong. PPR Intan Baiduri.

MIL n FIL aku mmg menanti kepulangan kitorang.. hehehe... mak men ku itew siap masak nasik minyak...

Apa lagi, makan lagi...anak buah aku pon makan beriya...dah biasa ngan umah tu pon...tak kisah.

MIL n FIL aku nak balik Ipoh lepas kitorang balik nanti..So aku pon salam raya ngan MIL n FIL aku... sedih plak rasa. Diorang je yg aku ada skang... sebagai ganti mak abah aku.. Makcik aku tu kes lain.

Agenda seterusnya, ialah gi umah Nek busu aku (nenek belah mak). Satu-satuya nenek dan atuk yang aku masih ada. Nenek dan atuk yang Bongsu. Dalam hujan pon kitorang redah. Kalu tak bila lagi nak gi kan.

Nek Su n Tok Su aku ni duduk kat Kampung Pasir, Pantai Dalam. Ini kira kampung arwah mak aku la... mak aku lahir dan dibesarkan kat sini. Tapi umah atuk aku dah jadi stesen petrol pump yg kat tepi jalan nak masuk Kg Pasir tu.

Suka je Nek Su n Tok Su aku... diorang masih sihat. In fact, tok Su aku tu masih larat mengurut orang lagi...alhamdulillah.

Balik dari Kg pasir plak. Aku, Sham n Tasha gi umah chor Sham kat Batu 5 Jln Ipoh. Seb baik mak chor ada umah... Ramai cucu cicit chor kat umah dia.. riuh rendah..

Lepas Maghrib kitorang balik umah..

Relax.. tengok tv. Cerita best-best. Sambil aku membuli anak-anak buah aku lagi.. muahahahaha....


Raya Kedua Ahad

Hujan jugek...agenda nyer.. beraya jiran sebelah menyebelah. Gi umah jiran yg rapat ngan abah n mak aku.. then balik umah... tengok tv lagi... citer mat rempit tak habis2 pagi petang malam...
abang kan mat rempit sejati! Cheh!



Raya Ke 3 Isnin

Bangun pon lewat... aku n family tak tahu nak gi mana dah. Memember lain semua still ada kat kampung.

Akhirnya kitorang gi Midvalley. Merayau.. Shopping-shopping.. perut lapar tak tahu nak makan apa. akhirnya makan kat pizza hut. Aku makan Spaghetti. Aku makan ngan Tasha.. slurrp.. Tasha sedut.. bukan main enjoy lagi dia makan... Italiano la plak anak dara aku...kih kih kih...

Then, on the way balik umah tu sempat singgah kedai mainan kat Jln Ipoh tu... bli tricycle untuk Tasha... tak jadi terus balik rumah tapi gi balik kampung Tasha kat Kepong. hehehehe....


Camtulah kisah raya aku n family... Hari Selasa aku dah start keje...

Tuesday, October 16, 2007

BOKOJO SEKUEKNYO...



Aku kat opis ni... sunyi gilers... adalah dlm 5 ketul je yg keje... yg halimunan tu tak tahu lah kan... hehehehe... kat KL Sentral ni pon leh tahan gak 'pekerja' halimunan nyer. Time sesunyi camni naik gak bulu roma tetiba!! Bebudak maintenance Semasa Sentral ni tahu ler.... huuu..huhu..huhhu... hihihihihhiii.....takooot...(takde apelah... perasaan je tuh)

Harini Tasha kene tinggal ngan cik long dia. Kak Long aku... abeh ler jahanam handphone cik long dia Tasha baling.... kih kih kih ...

Aku ni ngantuk nih... takde geng nak anyam ketupat... dak oshin hawau coti lagik... dak liza pong... dak e-kin yg kampung dia kat kg pantai dalam pon coti lagi!

Bowing ah.... nak buat nescafe ah... chow!


Wednesday, October 10, 2007

EMAK DAN ABAH

Pagi ni fikiran aku melayang teringatkan arwah mak n arwah abah.

Makin dekat Syawal, aku ni bukannyer happy sangat. Tapi rasa sayu... tapi bukan sedih. Camne nak cakap ek.

Memang lah ada rasa gembira sebab Syawal bakal menjelma.. tapi ada rasa kehilangan.

Dulu waktu arwah mak pergi meninggalkan aku selamanya tahun 2000 pun aku rasa camni gak. Mak aku dulu meninggal kat Johor, Hospital Sultanah Aminah.

Waktu mak aku meninggal dulu aku lah yang tengah jaga dia. Kakak aku time tu kat Kota Tinggi. Abang aku yg dua orang tu plak on the way dari KL. Abah aku? aku tak ingat dah mana abah time tu.

Emak aku waktu tu sakit package. Darah tinggi, kencing manis, lemah jantung plus batu karang. Emak aku pergi sebab dia stroke. Paralysed half body.. belah kanan je.

Waktu aku dapat tahu mak aku stroke tu masuk Hospital Kota Tinggi aku, abah aku n ex-boipren aku terus je gi Kota Tinggi. Aku lah yang tunjuk jalan. Macamlah aku terror kan. Sebenarnya aku just follow memory aku waktu naik bas gi Kota Tinggi tu jer.

Sampai kat Hospital Kota tinggi, mak aku sedar jugak lagi.. mulut mak mcm senget sebab paralysed kan. Tak leh cakap. So aku cipta bahasa isyarat untuk mak aku.. aku ckp kat mak, Kalau mak nak air, mak kelip mata. So mak aku kelip mata, aku suap la mak aku air.. guna straw.

Aku selalu jaga mak aku waktu malam. Aku belajar bg mak aku minum susu guna tube tu... Keadaan mak aku makin teruk.. tu yang kena gi Hospital Sultanah Aminah tu... kat sepital tu lah aku belajar buat sucktion (betul ke aku eja ni..belasah lah yer) untuk sedut kahak mak aku yg banyak...sebab mak aku dah koma time tu.

Time tu aku cuma mengucap kat telinga mak sepanjang masa. Aku cakap aku sayang kat dia... sangat-sangat! Waktu tu... hanya airmata mak yang mengalir....

Genap seminggu mak aku sakit... mak aku pergi dlm lena... pagi Isnin bulan May 2000. Aku redha. Aku dan kakak aku berpeluang berkhidmat untuk mak buat kali terakhir mandikan mak.

Mak aku dikebumikan bukan di Johor. Aku bwk jenazah mak aku balik Selayang, dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Tua, Batu Caves. Aku naik van jenazah... Sampai kat umah aku.. terus sembahyang jenazah dan terus kebumi...

Mak aku pernah pesan, kubur mak nanti jangan buat sarat barat dengan tile segala. Korang cari je batu sungai letak keliling kubur mak. So, itulah yang kitorang adik-beradik buat. Mak aku suka bunga melur. So kitorang tanam la satu pokok bunga melur. Subur plak pokok bunga tu...


Itulah serba sikit kisah emak... Atikah Mohd Noor.


~~~~~~~~~



ABAH

Sesiapa yang blom tahu ... Abah aku baru je meninggalkan alam yang fana ini pada 18 September pagi yang lalu..6 Ramadhan.

Abah aku meninggal di IJN. Sakit dada.

Untuk pengetahuan, abah aku mmg duduk dengan aku. Abah aku kawen lagi satu waktu arwah mak aku masih ada lagi.. waktu tu aku baru umor 4 thn. So, makcik aku pon duk ngan aku gak lah...tanggungjawab!

Abah aku kan memang ada sakit package jugak. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan yang terbaru anemic-cold AIHA.

Kat Hospital Ampang haritu... aku dah puas meratap dah... aku dah dpt rasa apa yg bakal terjadi. Sebab Doktor ampang tu suspek yang abah aku ni ada kanser darah.

Sehari sebelum puasa abah aku minta kuar dari Hospital Ampang. Abah nak puasa kat rumah katanya. Selebihnya dia dah rindu kat Natasha anak daraku itew la..

Tapi aku tgk keadaan abah makin hari makin tak teruk.. sampai tahap takleh jalan.

Hari Sabtu 15 September, adik abah datang ziarah. Abah dah sedih mintak maaf. Abah suh semua anak-anak sedara dia datang. Dia nak jumpa.

Alhamdulillah, boleh dikatakan semua sepupu aku dapat datang. Aku bersyukur... Aku dapat rasakan yang abah aku dah jauh. Mak Lang aku pon cakap gitu gak.

Hari Ahad plak. Abah aku makin lemah. Tak selera makan. Muka pucat badan lemah. Abah mengadu yang sakit dia yang kali ni paling teruk dan abah tak tahan.

So, aku paham sendiri apa maksud abah!

Hari tu jugak abah tunjuk kuku dia dah panjang. So aku kata lah, harini hari ahad lah abah tak elok potong kuku. Esok yer potong. Abah aku angguk je.

Bila tiba hari Isnin, aku balik kerja. Aku tengok abah aku terbaring kat sofa tengah tidur, aku tak kacau la. Ingat nak ketip kuku dia. Tak sampai hati nak ganggu.

Abah aku demam.

Aku rasa kain abah aku basah. Ni mesti abah aku tak sempat nak panggil makcik aku ni.

So aku salinkanlah kain pelikat abah.

Aku tanya abah dah makan ke. Geleng kepala. Ubat dah makan ke? Geleng gak.

Camne nak makan ubatkan kalau tak makan. Abah aku tak larat puasa dah. Kalu dia nak puasa pon aku adik beradik tak baginyer dia puasa.

Aku tanya dia, abah nak makan apa? Abah buat isyarat tangan.. takmau.

Aku tak tahu nak wat camne... abah sambung tido balik.

Then, aku terus layan si Tasha tu. Bagi dia makan, mandikan dia segala lah.. Makcik aku masak.

Abang Ngah aku datang. Dia dukung abah aku turun kan abah aku tido kat toto. Aku kat belakang tgh basuh baju. Aku nampak abg Ngah aku nangis.

Abah aku dah bangun. Abah aku nak Teh O. Aku buat kan la...

Then kitorang berbuka. Abah aku dah bangun dah. Abah aku tanya kat Abg Lang aku, leh ke dia gi IJN. Surat appointment dah dpt ke belum dr Hospital Ampang. Semua ada abg Lang aku kata.

Kakak aku buatkan abah milo panas. Paksa abah makan dengan biskut. Aku suap abah. Makan lah gak abah aku tu walaupun sikit.

Then, aku dengan Sham kuar gi Pusrawi bawak Tasha yg batuk sampai suara serak.

Kul 9 lebih aku sampai umah. Abah aku ngadu sakit dada tak hilang. Dah 2 kali letak ubat bawah lidah.

Terus abah aku suh makcik aku siap kemas baju, abah aku nak msk IJN.

Sham ngan Abg Lang aku n makcik aku gi lah IJN. Aku dgn kakak aku tak ikut. Kalau ikutkan, mmg aku nak ikut.

Tapi aku skrg dah jadi emak. Kakak aku plak tgh lemah. Sebab dia kencing manis. Tapi usaha jugak untuk puasa. Sedih tengok abah aku pergi...

Sebelum abah aku pergi tu dia sempat panggil anak buah aku (anak abg Lang aku) Aqila Afiqah tu. Abah aku pesan kat dia jgn lupa bg ayam makan.

Then abah aku panggil Tasha suh antuk kepala.

Bye atuk....

Aku tinggal lah dgn kakak aku, Tasha, Aqila n Afiq (anak buah aku).

Dah lewat malam aku takleh tido. Tetiba abang lang aku tepon. Dia kata abah dah nazak. Doa yang terbaik untuk abah.

Tak lama tu, Sham tepon aku kata abah dah takde. Kemas depan dia tgh arrange bawak abah balik umah.

Menurut cerita Sham...Abah aku sampai IJN dia terus ke emergency. Then abah aku buang air besar (dlm sluar). Siap makcik aku salin seluar dia. Abah aku sakit dada nak pengsan. Abah aku sempat panggil Doktor minta oksigen.

Tapi tak sempat.

Sham kata.. waktu tu dia dengar paging announcement yg meminta kesemua doktor pakar untuk pergi ke wad emergency.

Tiada siapa di sisi abah. Katil abah ditutup dengan langsir. Doktor-doktor je yang ada dengan abah waktu tu.

Hari dah berganti. Hari Selasa pagi 12.45am abah aku pergi. Tak kembali lagi.

Aku pasrah, aku redha dengan ketentuanNya. Aku masih ada Makcik. Mak tiri aku yang menjadi tanggungjawab aku.

Semua sedara mara dtg pagi itu jugak. Baca Yassin untuk abah. Cucu-cucu abah pon baca Yassin jugak. Aku suh diorang baca jgn bagi putus. Ganti-ganti baca surah Yassin.

Lepas Subuh orang surau datang baca tahlil. Kemudian terus uruskan untuk mandikan abah kat surau rumah aku.

Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan pantas dan dipermudahkan oleh Allah.

Rakan satu department aku turut datang ziarah siap dengan sumbangan dari rakan-rakan seopis.
Kawan-kawan aku dr HR department pon dtg jugak siap dengan sumbangan syarikat.

Kawan-kawan kerja abg Lang aku dari Istana Negara satu van datang menolong hingga ke kubur.

Kawan-kawan kakak aku dari Azman, Davidson & Co pon turut dtg sampai ke tanah perkuburan. Kawan abg Ngah aku plak mmg nyer ramai..

Hari tu aku cuma menangis waktu Sham tepon kata abah dah takde. Lepas tu, aku mcm kering airmata. Aku rasa kosong. Time tu baru aku terfikir.. patutlah Tasha asyik tunjuk gambar arwah mak aku ngan gambar abah aku yg tergantung tu. Sampai sekarang kalau aku tanya mana atuk... Tasha mesti tunjuk gambar tu....

Dan bila nak dekat2 Syawal ni, aku rasa sedih balik. Camne lah aku 1 Syawal nanti. Aku siap dah belikan abah aku baju raya. Tapi aku tak sempat nak bagi. Allah lebih menyayangi Abah.

Aku tetap bersyukur walaupun abah aku pergi. Aku pernah luahkan di entry yg lepas yg aku kalau boleh taknak abah aku kene buat kimo terapi bagai tu...lagi abah aku sakit.

Biarlah abah pergi dengan aman. Biar abah jumpa mak. Aku tahu abah aku tu rindu kat mak aku. Sebab tu ada baju-baju mak yang dia suruh simpan tak kasi bagi kat orang lain.

Hmm... dah panjang berjela entry aku nih... terima kasih lah pada yg sudi membaca.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA


nota: Nat sedih sebab tak sempat ketipkan kuku abah...segalanya berlaku dengan pantas. Kejam ke aku ek?


Monday, October 8, 2007


Found this at Kak Waliz Blog. Check this out... my result.

My Dominant Intelligence is Interpersonal Intelligence

You shine in your ability to realate to and understand others.
Good at seeing others' points of view, you get how people think and feel.
You have an uncanny ability to sense true feelings, intentions, and motivations.
A natural born leader, you are great at teaching and mediating conflict.

You would make a good counselor, salesperson, politician, or business person.


Try it urself..


You Are 7: The Enthusiast

You are outgoing and playful - always seeing the happy side to life.
You're enthusiastic and excitable. You love anything new.

Multi-talented, you do many things well... and find success easy.
You prefer to keep things light with others. Opening up is hard for you.

At Your Best: You are deeply involved in each experience. You appreciate life for what it is, and you take the time to enjoy each moment.

At Your Worst: You are greedy, self centered, impulsive, and insatiable.

Your Fixation: Gluttony

Your Primary Fear: Deprivation and pain

Your Primary Desire: To be satisfied and content

Other Number 7's: Howard Stern, Cameron Diaz, Robin Williams, Jim Carey, and Jenny Mccarthy.
Try this also..
What Number Are You?

nota: yelar tu... poyo je result... ekekeke

My Natasha Cedera!


Hari Sabtu

Nat tgh msak nasi goreng cina nak bagi Tasha makan... Tasha plak ngan ayah dia ada kat belakang umah bg ayam makan. Tetiba dengar Tasha nangis... ropa-ropanye... dia main tolak-tolak bangku yg akhirnya Tasha terjun ke longkang kecik... Huk huk huk.. bercalar dahi anak ku itew. Seb baik tak kene mata ke apa? Benda dah jadi nak bising2 pon tak guna. Letak obat jele.... Beraya dengan tanda di dahi la jawabnya Tasha oi..

Kat Bazar Ramadan...

makcik kedai kueh: La kenapa dahi dia tu...
Sham: jatuh longkang...
makcik kedai kueh: yeker... cian dia.. ni hero ke heroin ni....berapa umor ni dek?
Sham: 1 tahun 3 bulan kak..
makcik kedai kueh: wuiii semangat yer.. anak akak setahun setengah pon lagi kecik dari ni.. anak sulong yer...
Sham: Haah...

nota: kecian tasha...tapi dia nangis sekejap je sebab dia jatuh sendiri.. kalau orang lain buat... melalak tak sudah.... huk huk huk...


Hari Ahad

Nat kene gi Uitm. Ada presentation kene buat - hal yang berkaitan event hari tu la... kul 9.30 pagi baru nak kuar umah.. presentation tu start kul 10! Mampos... Nat dah goyang dah... risau la tak sempat untuk present. Presentation ni je 10 markah tau. Evaluator nyer plak bukan lecturer yang mengajar Nat. Lecturer ini dijemput khas untuk evaluate Nat 5 other fwens. Kalu Nat terlepas session ni alamatnyer 10 marks lebur camtu jek.

Segera Sham memecut.. sampai Uitm kul 10.30 pagi. Seb baik Prof. yg nak evaluate Nat tu blom sampai lagi... So lega gilers rasa time tu.... Bila nak kuar kereta je.. Tasha melalak nak ikut mama dia... alahai anakku ... mama gi kejap je yer...

Presentation cuma 5 minit seorang... then ada sesi Q&A. Kul 12 lebih habis dah..

Then Nat gi jumpa Prof Has (lecturer Nat for paper SSC290 Organizing Skill) Salam peluk cium semua... mintak hampun mintak mahap... minta halal ilmu yang telah dicurahkan...Prof Has kata Nat, Yanty n Kak Irma adalah The Best Catering Committee ever. Rasa bangga jek. Ahaks.. poyos...

huhuhu dapat 11 missed dari En Sham (dah boring tunggu lama lah tukan) Nat tak pasan sebab phone silent... sebelum dia bertukar, baik gerak sekarang....

nota: seb baik tak pi cuci kereta sebab.. on d way balik Selayang, hujan lebat. sempat tapau McD untuk tasha... (untuk tasha tau!). sampai umah kitorang mulakan projek mengemas umah... bukak langsir bagai...

Friday, October 5, 2007

NAT

Nat ngantuk gilers nih....My baby girl demam semalam... tidur tak lena.. nak dekat 4 pagi.. dia leh nangis berdiri cam kat gambau ni... tapi dia tak menguap... yang sangap mama dia... siap ngan muntah atas katil kitorang... bila dah salin kan baju dia.. dia leh taknak tido tapi nak ajak keluar. Haper lagi nat pon gunakan lah ayat ta ya pa wau.. kata tak boleh kat luar ada anjing... nanti anjing tu gigit kaki Tasha. Then dia benti nangis... huhuhu... STIL dia tak tido gak just baring2 sambil gentel telinga Winnie The Pooh dia. Kul 5 baru dia tido lena. Huwa..... Kul 5 Nat dah nak bangun sahur time tu...

Tasha anak dara ku ini tak takut binatang ke gelap ke momok ke... yg buat dia behave bila tunjuk dia pasu... sebabnyer.. ada satu hari tu pasu kecik kat umah nat jatuh then tergolek dan bergolek-golek macam kejar Tasha. Mencecet Tasha lari. Sedari itew... pasu itu dpt nama GOLEK.. kalau nakal je.. kitorang panggil GOLEK... terus Tasha buat muka suspend.. huhuhu... berkesan..

nota: Kesimpulannya... Nat tak cukup tido... asyik menguap je niha....huk huk huk.. TAPI member ajak gi MidValley Megamall. Camne ek... ;)

Thursday, October 4, 2007

MY BEST FWEN WEDDING.... NORAL IZLEEN

Nat buat entry ni sebab... Nat wendu sesangat kat si Leen nih..

Ni gambar kawen dia tahun lepas. Nat tak dapat hadir. Sebab Nat kene gi training. Sedih tau!

Nizam, suami Leen ni adalah sepupu Leen yang jugek cinta monyet Leen. Kira Leen ni admire kat si Nizam ni sedari kecik lagi... sedari zaman sekolah.

Diorang penah break... tapi akhirnya... love win it all...18 November 2006 on Leen's birthday.. diorang bersatu...leen tgh pregnant :)

nota: nat buat entry ni pon untuk zana sadri yg sekelas gak ngan nat. Jumpa balik kat dunia blog...

Wednesday, October 3, 2007

Mat Rempit!





Korang bacalah kisah ni yer....best!!

Otak seorang Mat Rempit!!

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.
Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."
Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?".
Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

HAHAHAHA..............pdn muko! sape suh merempit!!

Tuesday, October 2, 2007

Duit Raya... Ke?



Terima lah duit raya ni khas buat semua. Duit baru nih... ^(^_^)^

Tak kira usia...jantina... walau di mana jua anda berada..terimalah...ikhlas!





Monday, October 1, 2007

Apply Cuti Raya?



Cam biasa lah kan.. nak raya ni kene ler apply cuti raya.

Tadi my boss tanya... u dah apply cuti blom?

Cuti brapa hari?

Huk huk huk... Nat terlupa pasal cuti raya... mood raya pon cam tak berapa ada...

Tapi yang meriah cuma Tasha la.. kasut Tasha, baju raya Tasha...dia tahu apa pun kan?

Mama n ayah dia... biasa je la... macam 'sebek' jer semua...

Sham - suami ku itew kata, tahun ni takyah la sebok2 buat kuih. Beli je mlm bantai nanti. Kita merempit dua orang. Huhuhu....

hm... balik kisah cuti tadi.

Nat pon dial ext si oshin tanya dia coti bila. Jawapan nyer dia coti Khamis, Jumaat and Selasa. Start keje Rabu.

So, Nat takyah amek coti lo... Selasa keje lo... (bukan keje pon sebenarnyer-opis sunyi sepi) . Cuti Nat pon bukan nyer banyak lagi. Nanti 22 October dah start exam week. Nak kene cuti exam lagik.

Lagi satu halnyer.. si Oshin tu ada kampung..Melaka. Yang Nat ni takde kampung halaman. Rumah ku kampung ku... Kampung Tasha lak kat Kepung. Huhuhu...

nota: Prof. Hamdan, lecturer Nat kata... sapa yang belom bayar zakat tu bayarlah... sapa yg rumah asyik kene masuk pencuri or anak asyik sakit tu or selalu dilanda musibah... perbanyakkan lah sedekah di bulan ramadhan ini. Wallahualam..