Wednesday, October 10, 2007

EMAK DAN ABAH

Pagi ni fikiran aku melayang teringatkan arwah mak n arwah abah.

Makin dekat Syawal, aku ni bukannyer happy sangat. Tapi rasa sayu... tapi bukan sedih. Camne nak cakap ek.

Memang lah ada rasa gembira sebab Syawal bakal menjelma.. tapi ada rasa kehilangan.

Dulu waktu arwah mak pergi meninggalkan aku selamanya tahun 2000 pun aku rasa camni gak. Mak aku dulu meninggal kat Johor, Hospital Sultanah Aminah.

Waktu mak aku meninggal dulu aku lah yang tengah jaga dia. Kakak aku time tu kat Kota Tinggi. Abang aku yg dua orang tu plak on the way dari KL. Abah aku? aku tak ingat dah mana abah time tu.

Emak aku waktu tu sakit package. Darah tinggi, kencing manis, lemah jantung plus batu karang. Emak aku pergi sebab dia stroke. Paralysed half body.. belah kanan je.

Waktu aku dapat tahu mak aku stroke tu masuk Hospital Kota Tinggi aku, abah aku n ex-boipren aku terus je gi Kota Tinggi. Aku lah yang tunjuk jalan. Macamlah aku terror kan. Sebenarnya aku just follow memory aku waktu naik bas gi Kota Tinggi tu jer.

Sampai kat Hospital Kota tinggi, mak aku sedar jugak lagi.. mulut mak mcm senget sebab paralysed kan. Tak leh cakap. So aku cipta bahasa isyarat untuk mak aku.. aku ckp kat mak, Kalau mak nak air, mak kelip mata. So mak aku kelip mata, aku suap la mak aku air.. guna straw.

Aku selalu jaga mak aku waktu malam. Aku belajar bg mak aku minum susu guna tube tu... Keadaan mak aku makin teruk.. tu yang kena gi Hospital Sultanah Aminah tu... kat sepital tu lah aku belajar buat sucktion (betul ke aku eja ni..belasah lah yer) untuk sedut kahak mak aku yg banyak...sebab mak aku dah koma time tu.

Time tu aku cuma mengucap kat telinga mak sepanjang masa. Aku cakap aku sayang kat dia... sangat-sangat! Waktu tu... hanya airmata mak yang mengalir....

Genap seminggu mak aku sakit... mak aku pergi dlm lena... pagi Isnin bulan May 2000. Aku redha. Aku dan kakak aku berpeluang berkhidmat untuk mak buat kali terakhir mandikan mak.

Mak aku dikebumikan bukan di Johor. Aku bwk jenazah mak aku balik Selayang, dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Tua, Batu Caves. Aku naik van jenazah... Sampai kat umah aku.. terus sembahyang jenazah dan terus kebumi...

Mak aku pernah pesan, kubur mak nanti jangan buat sarat barat dengan tile segala. Korang cari je batu sungai letak keliling kubur mak. So, itulah yang kitorang adik-beradik buat. Mak aku suka bunga melur. So kitorang tanam la satu pokok bunga melur. Subur plak pokok bunga tu...


Itulah serba sikit kisah emak... Atikah Mohd Noor.


~~~~~~~~~



ABAH

Sesiapa yang blom tahu ... Abah aku baru je meninggalkan alam yang fana ini pada 18 September pagi yang lalu..6 Ramadhan.

Abah aku meninggal di IJN. Sakit dada.

Untuk pengetahuan, abah aku mmg duduk dengan aku. Abah aku kawen lagi satu waktu arwah mak aku masih ada lagi.. waktu tu aku baru umor 4 thn. So, makcik aku pon duk ngan aku gak lah...tanggungjawab!

Abah aku kan memang ada sakit package jugak. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan yang terbaru anemic-cold AIHA.

Kat Hospital Ampang haritu... aku dah puas meratap dah... aku dah dpt rasa apa yg bakal terjadi. Sebab Doktor ampang tu suspek yang abah aku ni ada kanser darah.

Sehari sebelum puasa abah aku minta kuar dari Hospital Ampang. Abah nak puasa kat rumah katanya. Selebihnya dia dah rindu kat Natasha anak daraku itew la..

Tapi aku tgk keadaan abah makin hari makin tak teruk.. sampai tahap takleh jalan.

Hari Sabtu 15 September, adik abah datang ziarah. Abah dah sedih mintak maaf. Abah suh semua anak-anak sedara dia datang. Dia nak jumpa.

Alhamdulillah, boleh dikatakan semua sepupu aku dapat datang. Aku bersyukur... Aku dapat rasakan yang abah aku dah jauh. Mak Lang aku pon cakap gitu gak.

Hari Ahad plak. Abah aku makin lemah. Tak selera makan. Muka pucat badan lemah. Abah mengadu yang sakit dia yang kali ni paling teruk dan abah tak tahan.

So, aku paham sendiri apa maksud abah!

Hari tu jugak abah tunjuk kuku dia dah panjang. So aku kata lah, harini hari ahad lah abah tak elok potong kuku. Esok yer potong. Abah aku angguk je.

Bila tiba hari Isnin, aku balik kerja. Aku tengok abah aku terbaring kat sofa tengah tidur, aku tak kacau la. Ingat nak ketip kuku dia. Tak sampai hati nak ganggu.

Abah aku demam.

Aku rasa kain abah aku basah. Ni mesti abah aku tak sempat nak panggil makcik aku ni.

So aku salinkanlah kain pelikat abah.

Aku tanya abah dah makan ke. Geleng kepala. Ubat dah makan ke? Geleng gak.

Camne nak makan ubatkan kalau tak makan. Abah aku tak larat puasa dah. Kalu dia nak puasa pon aku adik beradik tak baginyer dia puasa.

Aku tanya dia, abah nak makan apa? Abah buat isyarat tangan.. takmau.

Aku tak tahu nak wat camne... abah sambung tido balik.

Then, aku terus layan si Tasha tu. Bagi dia makan, mandikan dia segala lah.. Makcik aku masak.

Abang Ngah aku datang. Dia dukung abah aku turun kan abah aku tido kat toto. Aku kat belakang tgh basuh baju. Aku nampak abg Ngah aku nangis.

Abah aku dah bangun. Abah aku nak Teh O. Aku buat kan la...

Then kitorang berbuka. Abah aku dah bangun dah. Abah aku tanya kat Abg Lang aku, leh ke dia gi IJN. Surat appointment dah dpt ke belum dr Hospital Ampang. Semua ada abg Lang aku kata.

Kakak aku buatkan abah milo panas. Paksa abah makan dengan biskut. Aku suap abah. Makan lah gak abah aku tu walaupun sikit.

Then, aku dengan Sham kuar gi Pusrawi bawak Tasha yg batuk sampai suara serak.

Kul 9 lebih aku sampai umah. Abah aku ngadu sakit dada tak hilang. Dah 2 kali letak ubat bawah lidah.

Terus abah aku suh makcik aku siap kemas baju, abah aku nak msk IJN.

Sham ngan Abg Lang aku n makcik aku gi lah IJN. Aku dgn kakak aku tak ikut. Kalau ikutkan, mmg aku nak ikut.

Tapi aku skrg dah jadi emak. Kakak aku plak tgh lemah. Sebab dia kencing manis. Tapi usaha jugak untuk puasa. Sedih tengok abah aku pergi...

Sebelum abah aku pergi tu dia sempat panggil anak buah aku (anak abg Lang aku) Aqila Afiqah tu. Abah aku pesan kat dia jgn lupa bg ayam makan.

Then abah aku panggil Tasha suh antuk kepala.

Bye atuk....

Aku tinggal lah dgn kakak aku, Tasha, Aqila n Afiq (anak buah aku).

Dah lewat malam aku takleh tido. Tetiba abang lang aku tepon. Dia kata abah dah nazak. Doa yang terbaik untuk abah.

Tak lama tu, Sham tepon aku kata abah dah takde. Kemas depan dia tgh arrange bawak abah balik umah.

Menurut cerita Sham...Abah aku sampai IJN dia terus ke emergency. Then abah aku buang air besar (dlm sluar). Siap makcik aku salin seluar dia. Abah aku sakit dada nak pengsan. Abah aku sempat panggil Doktor minta oksigen.

Tapi tak sempat.

Sham kata.. waktu tu dia dengar paging announcement yg meminta kesemua doktor pakar untuk pergi ke wad emergency.

Tiada siapa di sisi abah. Katil abah ditutup dengan langsir. Doktor-doktor je yang ada dengan abah waktu tu.

Hari dah berganti. Hari Selasa pagi 12.45am abah aku pergi. Tak kembali lagi.

Aku pasrah, aku redha dengan ketentuanNya. Aku masih ada Makcik. Mak tiri aku yang menjadi tanggungjawab aku.

Semua sedara mara dtg pagi itu jugak. Baca Yassin untuk abah. Cucu-cucu abah pon baca Yassin jugak. Aku suh diorang baca jgn bagi putus. Ganti-ganti baca surah Yassin.

Lepas Subuh orang surau datang baca tahlil. Kemudian terus uruskan untuk mandikan abah kat surau rumah aku.

Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan pantas dan dipermudahkan oleh Allah.

Rakan satu department aku turut datang ziarah siap dengan sumbangan dari rakan-rakan seopis.
Kawan-kawan aku dr HR department pon dtg jugak siap dengan sumbangan syarikat.

Kawan-kawan kerja abg Lang aku dari Istana Negara satu van datang menolong hingga ke kubur.

Kawan-kawan kakak aku dari Azman, Davidson & Co pon turut dtg sampai ke tanah perkuburan. Kawan abg Ngah aku plak mmg nyer ramai..

Hari tu aku cuma menangis waktu Sham tepon kata abah dah takde. Lepas tu, aku mcm kering airmata. Aku rasa kosong. Time tu baru aku terfikir.. patutlah Tasha asyik tunjuk gambar arwah mak aku ngan gambar abah aku yg tergantung tu. Sampai sekarang kalau aku tanya mana atuk... Tasha mesti tunjuk gambar tu....

Dan bila nak dekat2 Syawal ni, aku rasa sedih balik. Camne lah aku 1 Syawal nanti. Aku siap dah belikan abah aku baju raya. Tapi aku tak sempat nak bagi. Allah lebih menyayangi Abah.

Aku tetap bersyukur walaupun abah aku pergi. Aku pernah luahkan di entry yg lepas yg aku kalau boleh taknak abah aku kene buat kimo terapi bagai tu...lagi abah aku sakit.

Biarlah abah pergi dengan aman. Biar abah jumpa mak. Aku tahu abah aku tu rindu kat mak aku. Sebab tu ada baju-baju mak yang dia suruh simpan tak kasi bagi kat orang lain.

Hmm... dah panjang berjela entry aku nih... terima kasih lah pada yg sudi membaca.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA


nota: Nat sedih sebab tak sempat ketipkan kuku abah...segalanya berlaku dengan pantas. Kejam ke aku ek?


7 comments:

K@ssim Sel@m@t said...

sedih sgt sy baca cite ttg mak n abah, rasa nk meleleh airmata.

sy pun pernah merasai sucktion tuu [buang kahak]...seksanya hanya Allah yg tahu.

apa yg dpt sy katakan buat nat...Bersabar ya!

Hannan said...

al-Fatihah... tabahkan hati nat... Allah lagis sayangkan mereka.

selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan.....

p/s - it's "suction" by the way... hehehe.. w/o "k" :)

Waliz said...

Dugaan yg maha hebat utk Nat..nak suruh bersabar saya rasa tak patut..nak kata saya faham..saya memang tak pernah merasainya..semoga Nat menempuhi hidup ini dgn tabah..itu saja yg dapat saya katakan...

SAROL said...

Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yg dicintai Allah. Kpd Nat semoga tabah. Memang ia sesuatu yg bukan mudah dan menuntut kesabaran yg tinggi. Sarol doakan semoga lebaran kali ini membawa kisah gembira utk Nat sekeluarga.Kim slm kat family k. =)

iEn said...

jangan terlalu sedih.. kita pon akan kembali kepadaNya... :)

p/s: Salam Aidilfitri untuk kali keberapa ntah le hahahaa.. jaga diri lek lok.. teman nak balek kampong esok sudaaa hauhauaha..

nAt aka nAtsumi said...

terima kasih yer kengkawan....

pu3nemo said...

sedeynyerrrrrrrrrr....