Ini kisah sesi teka teki aku ngan anak buah aku... Aqila, Ilya n Zakhir waktu hubbyku Sham n Zakhir tgh tgk bola. Zakhir Liverpool, Sham MU. Gaduh!!!
inilah antara nya... :)
Teka teki 1
Dalam banyak-banyak kotak,
Kotak apa takleh angkat ngan tangan?
kotak penalti!!
Teka teki 2
Dalam banyak-banyak bunga,
Bunga apa warna hitam?
bunga tayar la!!
Teka teki 3
Dalam banyak-banyak ikan,
Ikan apa dah mati baru dpt nama?
ikan BAKAR la!!
Teka teki 4
Dalam banyak-banyak kereta,
Kereta apa yg tak dipanggil kereta?
teksi lo!!
Teka teki 5
Dalam banyak-banyak ikan?
Ikan apa ada bulu ketiak? ekekek..
Ikan duyung!!
Teka teki 6
Dalam banyak-banyak kuih,
Kuih apa yang bukan kuih?
kuih tiao lo!!
Teka teki 7
Dalam banyak-banyak haiwan,
Haiwan apa yg paling seksi?
Zebra (bukak zip nampak bra!!!)
Teka teki 8
Dalam banyak-banyak haiwan,
Haiwan apa yg paling kuat?
Itik (kuek..kuek..kuek)
Teka teki 9
Dalam banya-banyak hero,
Hero mana yang paling bodoh?
Superman (pakai suar kat dlm underware kat luar) ekekke
Teka teki 10
Dalam banyak banyak haiwan,
Haiwan apa paling kedekut?
kuda (bila jalan bunyi kedukut! kedukut! kedukut!) ekekeke..
macam macam ah anak buah aku yg cracko... ntah ikut pangai saper ntah! ekekke....nanti kalu diorang ada cipta teki teki budus lain.. aku share lagi yer..
4 comments:
he he he, baguslah teka teki ni...
uhuhu creative tol..
hahahahhaahahahah..
banyak2 straw..straw ape yg boleh makan?
strawberri....hahahahahaha
cuba google cari teka teki byk wooo teka teki lucu cm ni..kdg2 tk terpikir pun lawak2
Post a Comment