Thursday, August 30, 2007

Semalam Nat tengok bola (depan tv jek) Malaysia lwn Myanmar. Panas siut. Terkejut Tasha satu rumah menjerit bila Malaysia score goal.
First half player kita main keras. Second half, player Myanmar plak main LAGIK kasar. Yelarkan... time tu diorang kosong lagi. Berusung keluar player kita. Adatlah tu kan.. seb baik tak gaduh!
5050 siap gi stadium siap bawak botol air tuh! (nak buat apa yek? hehehehe!) sapa biasa gi stadium tengok bola, mesti dia tahu!
Papen pon padan muka player Myanmar no 4 dpt kad merah!
Malaysia menang 3-1!!!!
nota: malam ni gi tengok bunga api (depan tv) hehehe.. SELAMAT HARI MERDEKA!!!
3:27:00 PM
Lagi satu masa piala asia kat stadium bukit jalil, di pintu masuk akak tidak dibenarkan bawa masuk air botol tapi kat dalam stadium di jual berlambak.
5050<< mengaku nakal takpe.. jgn tak ngaku... cian member u hilang handphone.
iEn<< hadiah untuk hari jadi malaysia yang ke 50
khal<< cedera parah pon kalau menang jadi juara harumkan nama negara.. apa lah sangat kan khal. cuma sekarang takut sudden death cam kes baru2 ni.
Tp masa final M'sia & Myanmar tu tak dapat tgok, ada hal keluarga yg perlu diuruskan.
Alhamdulillah!
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam Selasa sebaik saja masuk Maghrib pada
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Megerjakan Solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat
Waktu megerjakan pada selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, Isnin malam)
Rakaat 1 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Isnin malam)
i) Selepas Yasin pertama :
Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH SWT
ii) Selepas Yasin kedua :
Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH SWT
iii) Selepas Yasin ketiga :
Mohon ditetapkan iman & Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
3. Kemudian baca lah :-
i) Istighfar 11x
ii) Selawat 11x
iii) Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
iv) Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abdul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH SWT Haramkan tubuhnya dari api neraka & dia akan menjadi teman kpd Nabi ALLAH Yusof di dalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW): pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH SWT Turun ke langit dunia lalu berfirman:
adakah orang-orang yang meminta maka Aku Perkenankan permintannya,
adakah orang yang meminta ampun maka Aku Ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat maka Aku Terima taubatnya & diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan,
melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita
akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahualam Bissawab.
wassalam...
Post a Comment
The Faculty of Office Management & Technology
University Technology MARA Malaysia
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Cuba lihat logo di atas! Cute tak? hehehe... We Care, We Love!!
Nat sekarang sedang menjalankan projek amal untuk subjek Event Management yang akan diadakan di Uitm Shah Alam, Fakulti FPTP.
Kami Compassionate Squad sedang mengutip sumbangan untuk anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Bestari, Kampung Sungai Buaya, Banting, Selangor. Yang terdiri dari mereka yang berumur 9 tahun - 17 tahun.
Kami mengalu-alukan derma dalam bentuk wang, buku (pekse tak lama lagi!), pakaian (nak raya nikan!), canned food dan apa-apa yang lain-lain yang sesuai untuk diderma kepada mereka ini.
Jika anda berminat untuk berbakti serta menambahkan pahala kengkawan semua, sila email kepada Nat hasrat murni anda itu ke email address ini:-
nota: menghulur tangan meringankan beban....
sama² membantu insan yg memerlukan
:)
Buku² tu yg mcm mana ye...?
selain bantuan yang nat naytakan tu..apalagi bnetuk bantuan lain? buku-buku tu yg macamana plak?
Ini Nat ada info kisah curi2 kereta ni. Ini adalah satu kes yang Nat amek dari forum kat http://protonmania.com/index.php?topic=24695.0CARA MENCURI KERETA TERKINI!!
ini modus operandi si PENCURI.
DUA HARI LEPAS
kunci bonet kete member aku kena korek (kononnyer nak curi barang dlm bonnet saje) so member pong pegilaa tuko kuci bonnet baru... tapi..
SEMALAM
pencuri bawa kete macam kete dia sendiri.. SBB DIA DAH BUAT KUNCI COPY! so kawan2.. beware..
bersamalah kita menjaga "BIni" kita ini dengan sebaiknya.. (syer your story sebagai peringatan)
Thanks
nota: ini adalah kisah saudara PINOS paid member of Proton Mania Club (PMC)
Ini gambar Natasha yang terbaru... dekat rumah bujang mama nya dulu di Apartment Bangsar Utama.
Biar Tasha tulung mama kemas kasut yg bersepah tu ye mama!
INILAH KERETA KAWAN NAT YG HILANG SEMALAM...
kasi wangi sket khal.. hehehehe
Kepada kengkawan kat blog ni sesiapa yang terjumpa dengan kereta
Jenis : SATRIA GTi
warna : Silver
Plat No: WJA 2778
Kalau jumpa sila hubungi balai polis berdekatan sebab kereta ni kena curi pagi tadi dekat Kampung Pandan.
kesian kat kawan Nat tu....tolong ye kengkawan.
Sekian, terima kasih.
Kak Jie ada pengalaman hilang keter ni Nat, storm kakjie WKU 4114 hilang...sethn baru settle..claim insuran.
Bln 3 ari tu kakak ipar pula hilang Honda CRV kt Ampang, 3 bln claim insuran...
Mmg susah la nk dpt blk kalo ilang ni Nat...berdoalah moga hantu² tu tertangkap..rasa Kak Jie ni geng sama yg curi keter kakak ipar kak jie kot...Ampang & Kg Pandan bkn jauh pun..lagi pun opis dia mmg kt Pandan jaya.
Dan lagi..keter hilang dlm garaj dpn umah..siang² hari buta...tuan rumah ada dlm umah...lagiiiiiii.....teruk!
kat perak pon takpe ien. manalah tahu dia on the way nak gi batam singgah Perak dulu ker kan? dah report dah..
>> khal
amin... thanx khal. cian kat kawan nat tu!
>>>kak jie
dia dah buat report dah kak jie. member dah lah nal kawen, sijil nikah pon kat dalam keter gak.. siap dengan photostate copy geran. Hilang depan umah lah ni kak jie.
MINDA TERJEJAS...
.
.
.
.
.
.
.
.
PLUS KEBIZIAN TERLAMPAU!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nanti bila minda..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah tenang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan nyaman..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nat akan kembali ok.
.
.
.
.
.
.
.
.
Leave u all with this...'tot of the day...
bubbye....
Semoga saat kritikal ini dpt ditempuh dgn tabah dan segalanya selesai dgn baik
take gud care yea...
kena reply kat sini... tak reti nak type kat shout box nat tue.. :)
Abah masih bertanyakan... mana Natasha.. kenapa tak bawak? huwa....
bukn mende tuh kena pikir byk kali ker??
sbb saye ader pengalaman bout dis amik2 tulang sum sum nih..
kena pikir btul2..
nk izinkan or tidak...
nk ambil air tulang sumsum ni mmg perkara serius... tunggulah apa keputusan teropong tu..
kalau boleh, tanya abah Nat sendiri, tanya keputusan dia sebab dia pun brhak nak bagi pendapat juga
siyes lah tu nadzeem. tu yg Dr minta kebenaran tu... tgh pikir2 lah ni
>khal
mmg nat nak elakkan pon.. tapi kalau terpaksa camner? huwa...
>kak jie
abah nat umur 67 thn. abah nat ni dah tak berapa dengar (pekak). so, memang nak tunggu result teropong tu dulu. Kitorang adek beradek kalau boleh nak elak benda ni. Nat rasa abah nat tak mampu nak tahan sakit kalau kene amek air tulang sumsum tu. nat takut dia bertambah teruk.
mmg tak best pon... nat akan usahakan...
to all... doakan abah nat yer...
Tapi abah nampak tenang je malam tadi waktu Nat tengok dia dengan Mak tiri Nat. Yang dia sibuk tanya ialah cucu dia.."Natasha mana? Naper tak bawak naik?". Hm... tak boleh la abah!. Tasha sebenarnya ikut tapi dia tak leh naik jumpa atuk dia. Pak Guard kata kalau datang petang je leh bawak Tasha jumpa atuk dia.
Malam ni sebenarnya Nat ada meeting for Event Management course tu lagi. Alamatnya bakal absent lagi lah! Keluarga lagi penting. Terutamanya abah. Mana yang tahu..Mak Nat dah meninggal. So tinggal abah jela... tempat mengadu hal. Kalau tak dapat mengadu pon, just leh nampak dia tergolek tengok WWF pon jadilah. Janji dia ada.
Semalam kereta Sham kene gesel dengan satu RAV4 pompuan cina gila. Cina ni bawak kereta macam dia sorang je ada kereta. Masuk simpang tak bagi signal pastu gesel kereta Sham. Agh!!! macam-macam hal lah!. Geram!!
Semalam jugak, on the way balik dari HKL, Nat bawak Tasha gi klinik. Cakap kat Doktor tu, Tasha nyer ubat batuk dah nak habis tapi batuk dia tak elok-elok lagi. Doktor tu angkat je stetoskop dia, Tasha pon menangis sekuat hati.... Haru.... Doktor kata ada bunyi sket. Doktor tanya dia ada Asma ke? Nat jawab takde tapi ada history kene Bronchopneumonia waktu umur 6 bulan. Terus Doktor suggest ambil gas untuk elakkan dari Tasha jadi makin teruk. Melalak lagi kuat waktu Tasha kene ambil gas tu. Doktor bagi ubat batuk dengan ubat asma. Nasib baik Tasha ni kategori berani makan ubat. Nat takde masalah bagi dia makan ubat. Bila dia dah makan ubat je, dia sendiri tepuk tangan... berjaya makan ubat... clever girl!
Cukup lah setakat ni harini. Doakan abah Nat cepat sembuh ye.
mouriey's doakan agar abah nat cepat sembuh. cam tu gak ngan natasha. seb baik laa clever girl...suka mkn ubat. kim slm kt girlgirl eek...:)
smoga sihat cam dulu balik
nasihat kak jie, kalau pergi hospital jangan lah bawa anak² kecil Nat, kalau yang dah 7-8 thn ke atas tak pa Nat, sebab takut budak² tu mendapat jangkitan...dlm wad adalah tempat yg paling tak sesuai untuk kanak²..banyak kuman , virus berterbangan...kita tak nampak...sebab dlm wad ada berbagai2 jensi pesakit.
Apa lagi dlm Natasha tu tak sihat..antibodi dia lemah..mudah kena penyakit nnt....
TTg asma..anak sulung kakjie pun ade, tapi bukan lah teruk..setahun sekali dua je jadi...mgkn Natasha mcm tu kot.... jgn bimbanglah...semakin besar, dia akan semakin kuat utk melawan serangan penyakit... tak sakit langusng pun risau gak Nat sbb kita tatau kelemahan badan dia tang mana...
erk..kakjie kalo kat comment box org laju jer menaip..mcm entry blog sendiri.....
sori erk Nat..hahahaha..wat mcm umah sendiri..
Moga semua org yg Nat syg cepat sembuh.
Amin
erk..lepas geram kat sini lak :))
Post a Comment
Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.
1) Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.
2) Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.
3) Diam.
Seperti kata-kata. Di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang'. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebel!
4) Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.
5) Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.
6) Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.
7) Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.
8) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??
Hadiahkanlah cenderahati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ini berikan...
Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.
Post a Comment
Kepada Junkopile, terima kasih la sebab rajin tolong jaga umah nat ni...
Kepada Ujangmd, selamat kembali ke alam maya.
Kepada Khairi, buzz me when u online ok.. stay focus!
Kepada Mourieys, usah dirayu pada yang tak sudi!
Kepada Kak Jie, salam takziah sekali lagi.
Kepada Oshin, aku jumpa ko hari2 lah hawau! muahahahhaaa....
bye... muah.. (flying kiss)
Post a Comment