Tuesday, August 7, 2007

OH ABAH OH TASHA


Semalam abah Nat kena tahan kat Hospital. Kena masuk wad juga. Tak boleh menolak dah. Semalam sebenarnya abah gi monthly check up dia. Abah ada penyakit package. Kencing manis, Darah tinggi & Lemah jantung ditambah plak dengan gastrik. Kena tahan sebab kurang darah dan kencing manis abah terlampau tinggi sampai tak boleh dibaca oleh Doktor. Nat pening!

Tapi abah nampak tenang je malam tadi waktu Nat tengok dia dengan Mak tiri Nat. Yang dia sibuk tanya ialah cucu dia.."Natasha mana? Naper tak bawak naik?". Hm... tak boleh la abah!. Tasha sebenarnya ikut tapi dia tak leh naik jumpa atuk dia. Pak Guard kata kalau datang petang je leh bawak Tasha jumpa atuk dia.

Malam ni sebenarnya Nat ada meeting for Event Management course tu lagi. Alamatnya bakal absent lagi lah! Keluarga lagi penting. Terutamanya abah. Mana yang tahu..Mak Nat dah meninggal. So tinggal abah jela... tempat mengadu hal. Kalau tak dapat mengadu pon, just leh nampak dia tergolek tengok WWF pon jadilah. Janji dia ada.

Semalam kereta Sham kene gesel dengan satu RAV4 pompuan cina gila. Cina ni bawak kereta macam dia sorang je ada kereta. Masuk simpang tak bagi signal pastu gesel kereta Sham. Agh!!! macam-macam hal lah!. Geram!!

Semalam jugak, on the way balik dari HKL, Nat bawak Tasha gi klinik. Cakap kat Doktor tu, Tasha nyer ubat batuk dah nak habis tapi batuk dia tak elok-elok lagi. Doktor tu angkat je stetoskop dia, Tasha pon menangis sekuat hati.... Haru.... Doktor kata ada bunyi sket. Doktor tanya dia ada Asma ke? Nat jawab takde tapi ada history kene Bronchopneumonia waktu umur 6 bulan. Terus Doktor suggest ambil gas untuk elakkan dari Tasha jadi makin teruk. Melalak lagi kuat waktu Tasha kene ambil gas tu. Doktor bagi ubat batuk dengan ubat asma. Nasib baik Tasha ni kategori berani makan ubat. Nat takde masalah bagi dia makan ubat. Bila dia dah makan ubat je, dia sendiri tepuk tangan... berjaya makan ubat... clever girl!

Cukup lah setakat ni harini. Doakan abah Nat cepat sembuh ye.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


~Thought of the day~


7 comments:

Mouriey said...

nat...
mouriey's doakan agar abah nat cepat sembuh. cam tu gak ngan natasha. seb baik laa clever girl...suka mkn ubat. kim slm kt girlgirl eek...:)

Doyok said...

aminnnnn
smoga sihat cam dulu balik

Unknown said...

thank u very much khal n mourieys....

Orked said...

Salam Nat, Kak jie faham la situasi Nat sekarang sbb kak jie baru je mengalamai...

nasihat kak jie, kalau pergi hospital jangan lah bawa anak² kecil Nat, kalau yang dah 7-8 thn ke atas tak pa Nat, sebab takut budak² tu mendapat jangkitan...dlm wad adalah tempat yg paling tak sesuai untuk kanak²..banyak kuman , virus berterbangan...kita tak nampak...sebab dlm wad ada berbagai2 jensi pesakit.

Apa lagi dlm Natasha tu tak sihat..antibodi dia lemah..mudah kena penyakit nnt....

TTg asma..anak sulung kakjie pun ade, tapi bukan lah teruk..setahun sekali dua je jadi...mgkn Natasha mcm tu kot.... jgn bimbanglah...semakin besar, dia akan semakin kuat utk melawan serangan penyakit... tak sakit langusng pun risau gak Nat sbb kita tatau kelemahan badan dia tang mana...


erk..kakjie kalo kat comment box org laju jer menaip..mcm entry blog sendiri.....

sori erk Nat..hahahaha..wat mcm umah sendiri..

Moga semua org yg Nat syg cepat sembuh.

Amin

Unknown said...

thank u for that advise kak jie... muahhh..

Doyok said...

pantang betul jenis manusia yang bawak kete camtu. bukan susah nak kasi signal. tgh drive lelaju tetiba je kete kuar dari simpang. bukannya nak berenti. dah tu kuar lak slow². kita lak nak kene slowkan kete. arghh mmg tensen

erk..lepas geram kat sini lak :))

Unknown said...

khal, memang menyakitkan hati bila jumpa malaun yg drive sebegini!.. and sorry to say.. most of them is lady drivers... huwa... why? why? why?