Thursday, February 21, 2008

Budak ni!!

Salam semua.... suara aku masih tak ok... batuk sampai senak perut nih!

Hari ni aku nak bercerita tentang Budak Ni!!

Budak ni masih sekolah tingkatan 5!.

Isnin lepas dia cuti sebab hari Ahad ada sukan kat sekolah dia.

Sebab dia cuti tu, dia telah naik motor yg kawan dia pinjamkan,

untuk pergi ke BSN kat Sri Gombak.

siap ajak kawan dia bonceng belakang.

Bak kata Budak Ni!! dia round area bank tu 2 kali.

Then polis tahan dia.

Budak Ni! takde lesen.

Polis cek motor yg budak ni naik motor curik!!!

dengan Plat No. palsu!!

Camno tu?

Budak Ni! duduk lokap malam tu dengan kawan dia.

Budak Ni! ada duit RM50.

Dalam lokap sana Buak Ni! kata rokok sebatang RM10!!

Beli 3 batang...satu untuk diri sendiri 2 lagi belanja member

dan sorang macha yg bernama Lucu.

Kenapa dia nama Lucu sebab muka dia tak Lucu!

Dalam tu pakai suar kecik jer.

Tidor cuma berselimutkan 2 tapak tangan celah peha!

Budak Ni! plak muka jambu!

Kena usha ngan satu mamat!

Lucu sudah jaga sama Budak Ni!

'kalu lu kacau ini budak, lu ready ngan gang lu'

mamat tu terus batalkan niat jahat dia tu!

Lucu tu rupanya, sudah 29 kali masuk lokap sana!

Jenayah kolar putih! katanya...

Budak Ni! jadik lah adik angkat Lucu.

Budak Ni! plak beli air Milo. Sebungkus RM10!!

Dia beli lah sebungkus. Minum kongsi.

Malam nyer dia akan main dam.

Ciptaan penghuni lokap.

Ada rutin mengemop lantai.

Budak Ni! terkecuali sebab Lucu.

Lucu suruh orang lain buat!!

Budak Ni! dilayan sebaiknya.

Lucu ajar Budak Ni!

Jgn kurang ajar ngan polis,

cakap ngan suara habis lembut,

buat muka kesian,

Ingat 3 perkataan! TAK TAHU, MAAF, TERIMA KASIH!

Kalau kene pukul jangan nangis.

Jangan sujud kat kaki nanti kene penerajang!

Tadah je kaki, kalau tak tahan baru tarik.

Jgn lupa 3 Perkataan tu!

Budak Ni! dengar kata Lucu tu!

sampai bengkak kaki dia...

tapi tetap ulang 3 perkataan tu!

Sampai si Polis kata, 'tak sampai hati aku nak pukul kau ni!'

>>> itulah kuasa magik 3 perkataan tu! ucap maaf dan

terima kasih tu penting!

Hari Selasa

Ibu bapa Budak Ni! datang

untuk dengar jer polis tambah reman 4 hari lagi.

Malam tu ayah Budak Ni! gi BP Gombak

buat statement.

Kawan Budak Ni! dibebaskan,

sebab Budak Ni! bg tahu polis

yg kawan dia mmg tak tahu apa-apa!

Hari Rabu

Budak Ni! dibebaskan dengan Jaminan Polis!!

Sambung bicara di mahkamah 19 Mac 2008!!

>> Pengajaran untuk Budak Ni! dan semua yg terlalu percaya kawan!

>> Jangan berkawan dengan mereka yg tak tentu hala!

>> Kisah ini adalah benar, dan untuk d jadikan tauladan kita bersama.

>> Ambil tahu di mana anak anda berada, dengan siapa dia

berkawan!,
apa yg dia buat...

MAAFKAN AKU KALAU ADA TERSALAH KATER YER...

4 comments:

Sue said...

hahahhaah...lawak la nAt....serius plak tu wa bace lu punye story....kasi wa pecah perot petang² gini....

Anonymous said...

aiyo...berpinau baca cite akak sampai habis...berjela2...hehehe

Unknown said...

myheart... ini kisah benar tau.. bukan memain... "Budak Ni!" tu mmg ada... sihat je dia maybe tgh dengar mp4 skrg nih... dia sekolah pagi td.

Unknown said...

wooo cikgu... shopping tak berpinau yer... ekekekke