natsumi Stories...
natsumi stories...
<!-- --><!-- --><style type="text/css">@import url(http://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/697174003-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=4090876491612871522&amp;blogName=nAtsUmi+Stories...&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fnat-shamyana.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fnat-shamyana.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
NATSUMI STORIES...

Name: nAt
Home: Sub-urban, KL, Malaysia
About Me: ~ funny, friendly, happy go lucky, s*w*l sket, lazer n razor sumtimes, transparent, loyal n royal! mama to Natasha Adilla and wife to Sham ;)

>> See my profile...

EMAIL SAJER...


WAKTU DI MALAYSIA...


CALENDAR...



ANDA PENGUNJUNG KE...

Free Counter


SPEAK UP!!



ARKIB nAt...


KISAH YANG LALU...

JOM NYANYI SAMA...



TEMPAT PIJOK99 n nAt SELALU MENCELAH...

  • UitM sTudEnT poRtAl
  • kEnAri
  • pRotoN mAniA cLuB
  • 0200
  • e-kereta
  • Look Like Busy Playing Games
  • MyBlogLog
  • Dashboard


  • TEMAN VIP nAt!


  • UjangMd
  • Oshin aka HawAu!
  • Kak Mayang!
  • Blogger Kick Start!!!
  • Zeleo Yam Green Cha
  • Faizul Darius Napiru
  • Mourieys-Awek Ganu
  • Khairi yg Nakal
  • iEn
  • Kak Jie
  • Chef Diva Jun
  • Chef Diva Jun's World
  • E-jard
  • Sis Joliekins
  • Elyna Sexy
  • Fysal d paramedic jugek
  • SAROL!!
  • Khal MU jugek!!
  • Sepet!!
  • Juliacandylips
  • Zura
  • 5050
  • hummy!! MU ke?
  • Waliz' Diary
  • Fozalin n her Teddy Story
  • Mummy Lia
  • xoxo
  • Kak Iman
  • Kak Awwa
  • Zana
  • Kak meghah!!
  • Bro Rick
  • Mr Ilham
  • Dua Kupang. Com
  • ::redZ-Ziaf::
  • smsaroni
  • Kak Tika
  • Redwwg-Iefa
  • Nemo comey..;)
  • Cikgu Azis765
  • Azra:I am what I am
  • Pink Lady
  • Eddyra
  • Kedai Kopi Kak Arina
  • Etomyam: The Boleh Blog
  • Senjahati - Kekasih
  • Ann Dee
  • Ara
  • dak apiz
  • Arsaili
  • MyHeartHeart
  • Ziana
  • Rijanfe
  • Kuriee
  • Budindo
  • Biskutz
  • turtle
  • Redbloodsnow
  • AbangLong d Novelman
  • Combi
  • Ku Ina
  • Mika
  • hafifi
  • al-Misri
  • Melati
  • MaMan
  • Lat'z
  • Angriani world
  • Angriani Garden
  • Murni UiTM
  • Cikgu Denan
  • Blog laki bini
  • aa eman
  • Tengku Adrian
  • Sismimi
  • Budak Felda

  • KESAN TAPAK KAKI...


    Madah...

    "HiDuP Ini pENuh DeNgaN
    ILLusI HaNYa KEikHLasAN MeNJadi HarTA paLiNG BerHaRGa"
    "TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa
    TiDaK aDa KeKuSuTaN, TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN"

    SPECIAL THANKS TO



  • Cookies Monster
  • Thursday, May 31, 2007
    MACAM MACAM HAL!

    Salam semua..

    Harini, hari yang entah tak tahu nak kata camne? Tadi pagi sampai opis lambat. Tak cukup tidor sebab Natasha demam. So, dia meragam sket. Nangis jer.. mungkin sebab cuaca panas, badan dia pon panas gak, tidur pon tak lena lah jadinya. So gi kerja pon cam stone jer.. blur blur..

    Excited nak tengok blog dengan rupa baru yg ditolong oleh seseorang!!? Nat suka lah yang teramat-amat. Sebab ada gambar kucing, ada selection lagu yg dia pilih untuk Nat. Memang lagu yang dia pilih tu majoriti NaT suka!. Malang nyer bila Nat nak edit apa yg dia suruh. Tetiba hancur semuanyer. Back to square one.! Berderai... sedih ah...

    Yang paling Nat kesal ialah sebab usaha seorang teman telah sia-sia! Masa dia yang telah terbazir! Rasa bersalah sangat!. Rasa membazirkan masa dia je tolong Nat yang bengong bab-bab ni semua. Nat mintak maaf sangat kat dia kalau dia tengok blog Nat ni, mesti dia pelik. Apa dah jadi?. Sorry bro!. huwa... Bukan tak suka... tapi SUKA SESANGAT rupa baru tu!. Kalau dia free nanti, maybe dia leh buatkan balik untuk Nat. Nat tahu dia tak keberatannyer. Sebab ini mmg dunia dia dari dulu. Yang Nat risaukan takut dia kecik hati ker haper ker... dah amek masa dia. Pastu hancus leburs dlm masa tak sampai 12 jam pon!

    Kepada 'dia' tu... Nat mintak mahap la. Nat kan sxxxx sket! hehehe... Kalau ada hati lagi nak tolong buatkan balik... amat dialu-alukan. Ahaks! Itu je yang Nat nak cerita hari ni. Ada yang tegur Nat kenapa moncong? sebab bengang kat diri sendiri lah jawapannyer!... (tapi td Nat jawab- tak cukup tido, anak demam). Memang betul pon. Sebelum nak gi kerja tadi dah amek temperature Natasha- 36.2 dc, ok lah tu kot. Ada rasa lega lah jugak!

    Kepada memember yang cuti esok, selamat bercuti... Jangan lupa daratan, Dont Drink n Drive, Pandu kereta berhati-hati pulang ke rumah bukan ke rahmatullah. Ops! Ingatlah ada teman mu yg tgh bekerja contohnyer Nat ngan Junkopile. Seperti biasa...

    Sayonara...






    10:16:00 AM

    0 VIP Nat yang Mengomen:

    Post a Comment

    Wednesday, May 30, 2007
    MISS UNIVERSE 2007

    JELITAWAN ASIA... jom skodeng!

    MISS UNIVERSE 2007
    JAPAN

    naMa: rIYo MoRI (bukan mourieys.. huhuhu)

    UmUr: 20 tahun baru

    tInGgI: 5'8

    wArNa mAtA: ceklat

    wArnA rAmbUt: ceklat gak

    Kali pertama dalam tempoh 50 tahun gadis bernama Riyo Mori seorang penari dan model jelita dari Jepun dinobatkan sebagai Miss Universe 2007. Mori ni berasal dari pekan kecil Shizouka di kaki Gunung Fuji. Tiara dengan permata yang dia pakai tu bernilai RM846,661.... isk.. isk.. isk...

    Tempat kedua lak dimenangi oleh Natalia Guimaraes, 22, dari Brazil sementara tempat ketiga jatuh kepada Ly Jonaitis, 21, dari Venezuela dan disusuli peserta Korea Selatan, Honey Lee.

    Ratu China, Ningning Zhang, 20, dinobatkan sebagai Miss Congeniality manakala Anna Theresa Licaros, 22, dari Filipina diumumkan Miss Photogenic.


    Ratu China - Miss Congeniality

    Ratu Filipina - Miss Photogenic



    ~ bangga la gak sebab wanita asia yg menang Miss Universe 2007 ni!




    11:14:00 AM

    2 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    alerr nat, okeh apa. nama pon dh dekat2 tu...mori-mouriey's... sama cantik...xder bezanya...hikss ~ perasan tahap cipan!hahaha!!
     
    Katanya:
    yelar tu mori-mouriey's. kene ingat! Kerana diriku begitu berharga!.. ahaks!
     
    Post a Comment

    Tuesday, May 29, 2007
    BOWLING @ FLAMINGO 5 MAY 2007



    Salam sejahtera kengkawan semua. Hari ini baru ada masa nak selongkar gambar bowling haritu. Itupun bukan gambar tgh main bowling, tapi gambar Natasha yang banyak. Ini antara gambar dalam simpanan Nat untuk kenangan dan tatapan kengkawan yg dah lama tak dapat berjumpa. Terutamanya Gang Nakal zaman sekolah dulu Ima, Raja, Diana, Leen dan Lina. Rindu korang semua! Tak lupa jugek kat Kak Salha yang tgh menunggu hari untuk bersalin! Luv u all very much!

    Check this out!


    Natasha titun, ada Darin Rashiqah tolong jaga dia. Boleh diharap dah anak dara kawan Nat, Zul namanyer.


    Ini dia Zul (nampak hidung je), wife dia Ina dengan Darin yang cute.



    Ini Nat dengan adik angkat, Rohaya @ Dak Hawau! Darin tetap ada disisiku. Dia mmg suka ngan Nat.. Kenapa? Mungkinkah kerana diriku sungguh berharga? ahaks.. Kelakar tak Nat pakai spec?. Nat ni rabun jauh sebenarnyer (jgn bagitahu org tau.. rahsia!!)


    Ini mama Natasha huhuhu...(lupa daratan). Juara longkang... ahaks! Cover malu punya pasal senyum sampai telinga da..


    Iklan ubat gigi...
    Kak Suzy dr kumpulan HRD, Kak Wir dari kumpulan Roket Semput
    Nat plak kumpulan Hawauuu...


    Ini Natasha tengah geram.. hahaha..


    Kakak dan adik... Ops Salah! Emak dan anak.. huhuhu.. "PERASAN!!" Dak Hawau kata tadi bila dia tengok entry Nat buat ni!




    SEKIAN, TERIMA KASIH! BUBBYE..






    10:30:00 AM

    0 VIP Nat yang Mengomen:
    Monday, May 28, 2007
    BEKAS TUNANG NAT!!





    Ini lah bekas tunang Nat yang kini sudah menjadi suami ku tersayang HISHAM AZIZ. Perut ada BxRxI sket semenjak dia berhenti dari main bola sepak untuk MAA FC. Dia penyokong setia MUFC dulu, kini, dan selamanyer kot. Tidak pernah dia berpaling walaupun MU tak masuk final. huwa...


    Ini gambar Nat sekeluarga kat Genting on my birthday. Hubby Nat memang tinggi dari Nat. Bukan bermakna Nat rendah, tapi cuma Nat yang tak sama tinggi ngan dia je... ahaks..



    Ini pulak gambar dia kat Swiss Garden Damai Laut Lumut (Family Day 2007). Dia tengah tunggu giliran nak berlari dalam guni... Nat time ni dukung Natasha da...


    Ha... ini pulak gambar dia tengah control bola tenis jangan bagi jatuh (games kat Family Day, Guoman PD 2006). Yang badan semangat sket tu kawan baik hubby Nat, Basha, nama dia. Tapi Nat selalu panggil dia Basha Sandha.. huhuhu... :)


    Sekian.

    Kerana diriku begitu berharga.

    Jangan cemburukan rambut saya!

    apa lah yg aku mengarut nih?!! ahaks..


    • To Khairi: thanx for that entry. Abg Sham (Nat nyer Hubby) sengih jer baca blog Khairi ;)
    • To Junkopile: den harap ekau pueh hati yo junk... huhuhuhu....



    Labels:



    4:19:00 PM

    2 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    nat ko kan peurt suami ko pun ko sebut kan?? muahaha lain kali ko jaga ler perut dia muahaa.. tu lah kaum laki.. mengandung tapi tak kuar2 kan? hahaha
     
    Katanya:
    betul lah ujang, itupun kira kene buatan orang gak, buatan isterinyer... yelar, bila lelaki dah kawen dia dapat maid free sorang. huhuhu... maid ker aku? muahahaha...
     
    Post a Comment

    Thursday, May 24, 2007
    HARI GUMBIRA....

    NAT SANGAT GUMBIRA INI PAGI KERANA... 2 SEBAB!




    SEBAB PERTAMA

    MAK MERTUA NAT DAH OK.. INSYAALLAH LEH KUAR WAD DAH...

    SEBAB KEDUA

    LIVERPOOL KALAH.... YEEEHHAAAAAAA


    ~ sori kak jie... huhuhuhu


    9:05:00 AM

    1 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    yuhuuuuuuuuuu nat..dengki erk...MU tak msk final...erk

    kakjie tak tgok pun..mlm tu memandu g puduraya kul 1, ambek abg terus blk umah..singgah 7e beli meggi..maska meggi utk dia...buat neskepi...kakjie terus tido..huhuhu
     
    Post a Comment

    Tuesday, May 22, 2007
    My Natasha Adilla




    Ni gambar Nat time mengandung! Berapa bulan waktu ni tak ingat dah!. Yang Nat ingat cuma satu, semua memember opis risau tgk perut Nat yg besar! STILL leh gi panjat tangga UITM Shah Alam for kuliah. Keputusan exam waktu tu, Nat maintain 3 pointer la. Tak termampu nak dpt 4 flat. Ahaks!


    ~ Kene buatan orang! Huhuhu.. (buatan suamiku jua!)





    Masih mengekalkan aura ketembaman tahap ungu. Ini gambar Nat ngan Natasha Adilla. Natasha waktu ni baru lebih kurang 2-3 bulan, sebab Nat baru je masuk keje then gi Guoman PD for Family Day company. Anak Nat tu still bersarung tangan lagi! Kalau korang nak tahu, baju hitam ni jelah Nat still celuih... yg lain semua nyer standard riak untuk menunjukkan kelebihan lemak. Huwa... Nat sampai fobia nak timbang berat badan. Waktu dedulu berat badan tak pernah cicah angka 50kg, 49kg ponG tak penah! Tapi bersyukur kehadrat Ilahi. Natasha Adilla Hishamsuri Selamat dilahirkan ikut tingkap (operate) pada 29 June 2006 di Hospital Selayang!








    Ini pulak gambar Natasha tengah gian meniarap! Raya tahun lepas kat Ipoh- Kg Sri Kinta (Kampung hubby). Berpeluh-peluh dia berusaha untuk turn. Hahahaa... bila berjaya je, semua sepupu-sepupu dia tepuk tangan! Dia pun tersengih bangga...











    Natasha bergaya dengan walker. Laju siot... Ayah dia main kerete control then dia kejar... boleh? huhuhu...














    Ni lak Natasha tengah gian merangkak melalui terowong... ada sesuatu yang dia kejar sebenarnya...










    Ini lah yang dia kejar...
    Dia berjaya mendapatkan kereta control itu.. huhuhu!










    Ok, Nanti Nat sambung kisah Natasha lagi yer...





    Labels:



    12:56:00 PM

    0 VIP Nat yang Mengomen:
    Monday, May 21, 2007
    MU kecundang!

    MANCHESTER UNITED KALAH DI TANGAN CHELSEA!!!
    *Nat ngan hubby peminat MU! Camne lah last minute negro tu leh score goal! Hampeh! *

    ~ mesti kak jie n family gumbira MU kalah, ek!


    7:37:00 PM

    1 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    alerr nat, rileks arr. hehehehe...hidup Chelsea!! Chelsea chelsea!!muahahaha!jangan marah haa...:P
     
    Post a Comment

    Friday, May 18, 2007
    Selamat Hari Jumaat!

    Bismillah... sumthing to share with u all. Nat dpt thru email.


    RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

    Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

    1) YA-ALLAH YA-RAHIM

    "ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku"

    2) YA-ALLAH YA-RAHMAN

    "kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam!"

    3) YA-ALLAH YA-RAZZAK

    "kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat"

    4) YA-ALLAH YA-JABBAR

    "makbulkan hajat ku dan semua umatMu ini"

    5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR

    "jauhkan aku dari sifat khianat, munafiq dan miskin"

    6) YA-ALLAH YA-WADUUD

    "kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad saw yang beriman, sihat zahir batin"

    7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM

    "makbulkanlah semua hajatku, dan redhailah aku....."


    AMINnnnn.

    Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan amanat ini kerana Allah.

    Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...


    10:11:00 AM

    1 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    Salam hari jumaat Nat...nice info semoga memanafaatkan kita bersama
     
    Post a Comment

    Tuesday, May 15, 2007
    HUWAA....

    Selamat sejahtera semua..

    Alkisah, Ahad lepas Nat terkena sakit perut, cirit birit. Kul 2.30 ptg tu plak Nat ada exam! Tengah menjawab soalan, dia dtg urge nak membuang! Haru biru betul la hari tu... Sakit tak yah cerita la kan. Dalam aircond ponG leh berpeluh, ditambah pula dengan kepanasan global kala ini.

    Siap je jawab semua soalan Nat keluar jer.. tak tunggu ponG masa peperiksaan tamat. Kekonon dah terror lah!. Terror hape, sakit perut bagai nak rak sebenarnyer..

    Perut lapar, tapi takut nak makan, sebab bila makan jer mula lah bubble dlm perut ni, sakit wo. Minum la 100 plus. Menggantikan air dlm badan yg dah banyak keluar kan? kan? kan?!..Perut senak tak terkata wo. Angin kot.

    Semalam dah pi panel klinik, Dr tu tekan-tekan perut Nat. Huwa... sakit la Dr!. Seb baik muka Dr tu macam Esma Daniel. Then Dr tu bgtahu ubat apa yg dia bg dan untuk apa. Then dia suh rehat dan jangan makan yg pedas-pedas!. Huwa..

    Harini pon, still ada rasa sakit lagi... tak berani nak makan. Nat rasa dah kurus dah ni. huhuhu.. macam tinggal kulit ngan tulang je! Ahaks.

    Sekian.

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


    9:09:00 AM

    2 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    cakit peyut ade baby kot
     
    Katanya:
    hish... takdelah kak jie... cirit birit betul...Nat kene gap 2 tahun at least becoz aritu bersalin operate da...
     
    Post a Comment

    Friday, May 11, 2007
    Sumthing to share with u all...


    Waktu diharamkan sembahyang ialah:


    1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35pg to 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg.

    Therefore from 7.05pg to 7.33pg ialah waktu syuruk.
    Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.


    2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor. Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan.


    Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu.


    Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.


    Wallahualam..



    Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?



    Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."






    1:00:00 PM

    0 VIP Nat yang Mengomen:
    Thursday, May 10, 2007
    Hari yg ceria..


    Hai ...

    Untuk pengetahuan semua kan.. tadi Dr Love AF tu datang Office Nat. Kemas jer gaya mutu keunggulan dia. "Rendang" je orang nyer. Nat pun tak berapa tinggi gak! huhuhu! Friendly itulah first impression Nat terhadap Dr Love.

    Tadi bila dia nak balik Nat sempat pesan kat dia "Kem salam kat Mila tau!"

    Dia jawab balik "Apa dia, kem salam kat Dr Love!", buat lawak lak dia!. Cute lah sesangat Dr Love ni pulak.

    Nat cakap "Bukan la, kem salam kat Mila la...". Then dia senyum manis. Then dia memberi salam sebelum berlalu pergi.
    Bubbye Dr Love....

    ---tamat kisah Dr Love---


    Hm.. Nat terkejut lah bila Ujang kata kat tempat Nat berdiri tu.. kat Bukit Puteri dah dibina bangunan. Habis peninggalan sejarah kat situ. Kat atas Bukit Puteri tu ada adek beradik meriam tau! Manalah diorang alihkan meriam-meriam tuh!. Huh! tak patut tak patut!

    Nat ni tgh tak sabar nak tunggu Sabtu. Sebab hari Sabtu, adalah hari merayap. Sabtu ni Nat nak pi Kem Askar kat PD tu, bwk makcikku dr Ipoh. (Khairi tahu la tempat ni kot). Dia nak melawat anak dia. Rindu le tuh!
    Nat bukan excited pasal nak gi kem. Nat teruja nak gi mandi laut bawak Natasha!
    Hish.. Nat ni mmg suka sesangat kat laut dan pantai! Sunburn ponG takpe ah... janji dpt berendam. Tak dapat gi Redang n Perhentian, PD ponG jadik lah! ahaks...

    Berjaya- Redang Island


    ~ to err is human, to forgive is divine ~
    p/s: Khairi: jom ah turun PD sabtu ni! huhuhu!


    4:10:00 PM

    1 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    iyolah nat..masa kak jie g sana bln 5 thn lps...time g mencandat kt Marang tu...kak jie g pasar nk soping tu...depa under pembinaan... bile la nk g ganu lagi..tunggu ujang jemput la pulak doh...
     
    Post a Comment

    Wednesday, May 9, 2007
    Di suatu petang ....


    ...pada tahun 2004!





    Hm... actually, Nat agak malas nak menaip hari ni.


    Nat cuma nak tahu,



    Ada sesapa ker yang...



    Agak-agaknyerlah kan..



    TAHU


    Di mana lokasi Nat berada kat gambar ni?



    Ujang leh jawab ker? huhuhu.... Kak Jie? Mourieys? Junkopile? Khairi?




    okey lah... bubbye...Salam and Ceria Selalu! Sayonara!



    7:09:00 PM

    2 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    nat, mouriey's tahu...belakang tu pasar kedai payang. hahaha...tol x? nat duk atas bukit puteri ke? hikss!! jumpa puteri 7 eek...
     
    Katanya:
    tepat sekali mourieys... huhuhu..tepuk tangan! Ujang kata kat tempat Nat diri tu dah didirikan bangunan...:((
     
    Post a Comment

    Tuesday, May 8, 2007
    Hari-hari yang berlalu..

    Salam semua...

    Diharap semua sehat n bahagia selalu!

    Terima kasih Nat ucapkan spesel untuk Kak Jie n Ujang yg sudi melawat Nat... (lawa umah kak jie!) . Semalam Nat tak keje, kengkonon nak study la kan!. Sekali Natasha pon nak baca buku sama da... pantang la Nat bergerak sket hilang dr pandangan mata dia.. dia buat lah enjin roketzsemput dia... hek hek hek... adus!! Siap bergenang air mata yg tak larat tengok. Macam 10 tahun tak jumpa. Akhirnyer, Nat pon tengok2 jela nota n buku tuh dengan erti kata lain serupa mcm tak baca buku ler! Exam Paper Business Law lak tu.. penuh dengan nama cases nak kene ingat plus all the sections. Huwa... itulah kisah semalam.

    Harininyer kisah, pagi tadi sesudah subuh Nat n hubby kuar umah. Hubby Nat antar Nat kat LRT Putra Kelana Jaya jer coz Nat akan ke Uitm dgn member, dia amek kat Stesen Universiti. Di dalam stesen itulah Nat membaca nota yg ada. Focus on 3 chapter only! Chapter yg lain baca gitu2 je. (tips lecturer buat student matang cam Nat ni ler). Member Nat pon sampai, hubby dia lak yg drive, ingat dia yg bawak keter. Huhuhu... Hentam sajalah...

    Sampai Uitm, jumpa lah kengkawan yg duk sebok study last minute cam Nat gak lah!. Lepas hai hai bye bye dgn diorang, Nat pi cafe la cari breakfast ngan member tadi!. Minum nescafe segelas dgn roti canai. Boleh? hahaha...

    Exam start kul 9am. 30 minit sebelum tu dah kene ada dah kat bilik peperiksaan. Time tulah rasa nak terkucil, perut ada butterfly lah bagai!. Huwa... Dapat je paper, invigilator kata leh bukak kertas soalan, rasa nak pengsan pon ada! Antara soalan2 mudah tapi jawapannyer susah adalah:-

    Part B Question 2
    What is a frustrated contract? Explain the various types of frustration and its implications.
    (100 marks)

    Part B Question 5
    Amisha bought a car under a hire purchase agreement from Senang Finace. Amisha failed to pay her monthly instalments from January to April 2007. Senang Finance wanted to repossess the car.
    Advise Amisha on the procedures of repossession under the Hire Purchase Act 1967.
    (100 marks)

    Itulah kisah nyer... usah ditanya Nat leh jawab ke idak paper tadi? jawab mmg senang. Persoalannyer cuma betul atau salah, diterima atau tidak hujah2 loyar buruk ku itu... huhuhu... Lepas abis exam td kul 12pm, Nat terus masuk opis dengan blur tahap gaban... Nat harap kawan2 doakan Nat lepas paper Business Law ini. huwa....
    p/s: gambar bowling nanti la yer... huhuhu...


    2:56:00 PM

    1 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    moga berjaya nat...kakjie doakan..
     
    Post a Comment

    Friday, May 4, 2007
    Episod Pertama

    Hm... harini Nat first time menulis di dalam blog sendirik. Hish rasa segan n malu lak. Nat tak reti pon.. ni pon main belasah.. pakai formula hentam sajalah! Nat bukannyer terror cam Ujang and mereka-mereka yg masuk BKS tuh! Saja sesuka je buat blog ni..

    Esok opis Nat ada buat Bowling Tournament kat Flamingo, Ampang! Nat main gak.. akan ku bawa Natasha bersama. Mintak2 dia tak meragam.. tapi Nat tak kesah sebab Natasha ni kalau dah ngantuk tahap gaban.. bising hiruk pikuk pon dia leh tidor dengan nyenyak n nyamannyer.

    Natasha Adilla Tido
    Nat ni plak minggu depan nak exam. Buku tak bukak2. Tengok buku pon semata-mata kat dalam kuliah jer... sekarang ni kuliah pon takde sebab skrg ni exam week, maka buku pon tertutup. Dulu waktu bujang, senang nak study. Bila dah kawen n ada anak ni rasa macam tak sempat je nak study kat rumah. Ada je keje nak buat, tak pon Nat tido dengan Natasha. Bukan apa, Natasha tidor tak pakai buai.. so kene la jaga dia taknak dia jatuh katil. Tak pon sekarang ni dia dah laju sesangat merangkak plus memanjat, lagi lah haru.... huhuhuhu...
    Ok lah... tu je nak citer buat harini.. Jumaat yg indah. Esok gi bowling, Ahad relax kat umah....Nanti hari Isnin Nat nak blajar ngan Ujang bab2 blogging nih.. bye!


    11:42:00 AM

    1 VIP Nat yang Mengomen:

    Katanya:
    tasya.... slmt menghayun bola...jgn jadi Ratu longkang udah...semua anak kakjie pun tido tak pakai buai..lagi satu semua menyusu badan...senangnya tul bela
     
    Post a Comment