Tuesday, May 15, 2007

HUWAA....

Selamat sejahtera semua..

Alkisah, Ahad lepas Nat terkena sakit perut, cirit birit. Kul 2.30 ptg tu plak Nat ada exam! Tengah menjawab soalan, dia dtg urge nak membuang! Haru biru betul la hari tu... Sakit tak yah cerita la kan. Dalam aircond ponG leh berpeluh, ditambah pula dengan kepanasan global kala ini.

Siap je jawab semua soalan Nat keluar jer.. tak tunggu ponG masa peperiksaan tamat. Kekonon dah terror lah!. Terror hape, sakit perut bagai nak rak sebenarnyer..

Perut lapar, tapi takut nak makan, sebab bila makan jer mula lah bubble dlm perut ni, sakit wo. Minum la 100 plus. Menggantikan air dlm badan yg dah banyak keluar kan? kan? kan?!..Perut senak tak terkata wo. Angin kot.

Semalam dah pi panel klinik, Dr tu tekan-tekan perut Nat. Huwa... sakit la Dr!. Seb baik muka Dr tu macam Esma Daniel. Then Dr tu bgtahu ubat apa yg dia bg dan untuk apa. Then dia suh rehat dan jangan makan yg pedas-pedas!. Huwa..

Harini pon, still ada rasa sakit lagi... tak berani nak makan. Nat rasa dah kurus dah ni. huhuhu.. macam tinggal kulit ngan tulang je! Ahaks.

Sekian.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

2 comments:

Jie said...

cakit peyut ade baby kot

nAt aka nAtsumi aka Tasha said...

hish... takdelah kak jie... cirit birit betul...Nat kene gap 2 tahun at least becoz aritu bersalin operate da...