Thursday, September 6, 2007

ABAH...



Semalam Nat tak kerja. Abah Nat admitted kat Hospital Ampang (yg kat Pandan Indah tu). Masuk wad 6B. Abah Nat Anemic. So doktor sedang mencari punca kenapa abah kurang darah. Abah sepatutnya duduk tingkat 7 khas untuk pesakit yang berkaitan Hemotology (kalau salah betulkan Nat yer). Hemo ni dah kira under CA. CA ni plak kanser.

Pakar di HKL dah buat ambil sampel darah abah Nat. Mereka dah kaji untuk 10 perkara ( tak tahu apa ) tapi semestinya untuk mendapat jawapan kenapa darah abah Nat berketul. So didapati ada abnormality kat darah abah sebab they kill each other. Antibodi yang sepatutnyer melawan penyakit, makan sel darah merah! Sebab itulah abah Nat selalu letih, pucat dan tak bermaya. Sebabkan itu, doktor HKL wad 16 refer kes abah Nat ke Hospital Ampang.

So sekarang, Hospital Ampang akan buat sekali lagi apa yang telah dibuat oleh HKL. Cek sampel darah. Result Hospital Ampang mungkin akan keluar petang ini atau esok. Sebelum result darah keluar, Dr Kuan pakar hemo tu tak leh nak bagitahu apa sebenarnya punca abah Nat kurang darah. Semalam, apa yang Dr. Kuan tu leh suggest ialah, masukkan darah bg abah segar sket plus dia bagi ubat cairkan darah. Selain dari tu kene tunggu result darah siap.

Doktor melarang mereka yang batuk or selsema or demam datang melawat abah dan mereka-mereka yang se bilik dengan abah. Sebabnya, mereka terlalu lemah untuk melawan penyakit. Yang duduk sebelah katil abah ialah kawan abah. Mazlan Komando dah 19 kali buat kimo....

Nat kalau boleh berharap abah taklah sampai tahap kena buat kimo terapi tu.... :((

3 comments:

Jie said...

Moga Nat tabah ye..sabar ye... sakit pening tu dugaan untuk kita.

50fifty's said...

biasanya pesakit anemia akan mengalami kelesuan, pucat dan kurang daya tumpuan. rasanya ayah you kena ambik banyak zat besi macam kerang atau hati coz biasanya anemia berlaku sebab kekurangan zat besi. Zat besi penting untuk "hemoglobin" dalam darah untuk carry oxigen. ambik Vitamin C jugak coz it help to absorb iron. Kurangkan teh,kopi,coklat etc and hope your dad get well soon.

Doktor 5050 p.h.d., p.p.d., j.p.j, m.t.v,

KhaL said...

sama ngan kak jie, tabahkan hati ok
:)