Thursday, September 27, 2007

Beautiful Short Story that Touched My Heart...




Here is a short story with a beautiful message. I'm too busy to compose new entry. Just wanna share this story. Nat co-paste from e-mail.



Little girl and her father were crossing a bridge. The father was kind of scared so he asked his little daughter, "Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river." The little girl said, "No, Dad. You hold my hand." "What's the difference?" Asked the puzzled father. "There's a big difference," replied the little girl. "If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."


Hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...

This message is short......but carries a lot of Feelings.

nota: Teringat kisah lalu... dengan abah. Nat ni anak bongsu dia yang paling manja ngan dia. Nat redha abah pergi.

Monday, September 24, 2007

AL-FATIHAH BUAT ABAH.



Al Fatihah...

Tiada kata yang dapat dilafazkan.

Terima kasih buat adikku Oshin yg menjaga umah Nat.

SMS yg datang bertalu-talu Nat tak sempat nak reply. Thank you yer kak Jun.

Terima kasih juga buat semua ingatan, doa dan ucapan takziah dari kawan-kawan.

Nat betul-betul hargainya.

Hm.. bila ada kesempatan nanti, Nat akan ceritakan apa yg berlaku yer.

Harini Nat kena concentrate sambung kerja-kerja yg terbengkalai.

Friday, September 14, 2007

BILA KAN BERAKHIR?



huwa....


HARINI NAT SEBOK BUAT KEJE... EVENT REPORT FOR COMM JEK. ALA, REPORT PASAL "WE CARE, WE LOVE" NYER CHARITY EVENT TU LER...

LEPAS COMM REPORT THEN BUAT UNTUK GROUP, HARI SABTU BARU BINCANG COMPILE RAMAI2! AKAN JADILAH GROUP REPORT.

MLM NI ADA TEST 3 CHAPTER OF BUSINESS MATH. MAMPUS... HUWA...

nota: tak sabar nyer nak habis blajar... huwa..(sila tgk gambau) huk huk huk...

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN AL MUBARAK



Salam untuk semua,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu Nat terlebih dahulu memohon maaf zahir dan batin jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang tersengaja dan memohon dihalalkan makan dan minum, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Sorry yer ujangmd, mourieys, khairi, kak jun, kak jie, kak tika, kak mayang, kak min, oshin, ejard aka adam, mummy lia wif bad gp, zura kriesz, sepet, pezul, fozalin, kak iman, sarol, zeleo (apa kaba lah adek sorang nih), JUNKOPILE, adrian, kak arina, aa-eman, kak waliza, khal doyok, hummy, 5050, fysal, dona, elyna, xoxo dan semua yang kenal nat aka yana!!

Semoga kita menginsafi diri sempena menyambut Ramadhan kali ini. Amin. Bersyukur yang kita masih lagi hidup untuk menjalani ibadah puasa.


Tuesday, September 11, 2007

POSE HANGAT DAN TAK MENAHAN TCS!!!

Inilah aksi-aksi Tiha (uh.. ah.. sakit bang!) yang rambut panjang, gadis dulang Shila dan Faizah. Ni semua kira last kopek sebelum puasa punyer pose. Selamat berpuasa semua. Muahz.

Jangan cemburukan rambut saya!!


Tak hengat tul aweks ni bergayo ngan superbike Syafique (Event Coordinator aka Chief Khadam)... muaahhaaaa....


nota: Tiha jgn mare ah... jumpa kat kelas Khamis ni. Kerana diriku begitu berharga!

Monday, September 10, 2007

Projek Amal Berjaya!!!


Nat sudah kembali... Alhamdulillah projek Nat berjaya. Feedback survey pon menunjukkan anak-anak bestari itew sangat berpuas hati. Semua penat lelah Nat dan The Compassionate Squad berbaloi! kami mendapat pujian dari wakil dekan fakulti serta Pensyarah yang menjadi pemerhati projek kami itew.

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA BUAT KAK JUN CHEF DIVA YANG SUDI MENAJA HOME MADE COOKIES NYER!! KAK JUN MEMANG BEST PLUS VOGUE!! ;)

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA PENDERMA UNTUK PROJEK AMAL INI.

Semoga diberkati dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta bahagia dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, September 6, 2007

"We Care We Love" Project



Esok Nat cuti, tak kelija sebab esok Nat ada full rehearsal untuk event We Care, We Love meraikan anak-anak yatim/miskin dari Rumah Penyayang Bestari, Kg Sg Buaya, Kuala Langat.

Hari event sebenar ialah pada hari sabtu ini. Bermula dari 9 pagi hingga 5 petang.

Pada hari Sabtu ini nanti, Nat akan jemput anak-anak bestari ini dengan bas UiTM untuk dibawa ke UiTM Shah Alam.

Nat kena, musti, harus, berada di Uitm tepat tajam 6.30 pagi sebab bas akan bertolak waktu itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Dari Selayang travel ke Shah Alam.

(pukul brapa la nak kene bangun ni)

Kenapa Nat plak yang kene jemput diorang?

Ini kerana Nat yang deal dengan pengurus Rumah Penyayang Bestari itew.

Kemudiannya, pada hari Ahad pula Nat ada kelas Business Math (MAT 112) sedari pagi hingga petang.

Hari ni pon Nat kene gi kelas gak.

Try mintak balik awal as early as 8.30pm.

Bukan merungut tapi ini lah yang Nat alami sekarang.

Harini kakak (along) amek half day jaga abah.

Along kata abah pucat.

Kencing manis naik sampai 20.

So, no rice for him.

Blom pon masuk darah. ( dah agak dah...)

Petang ni abang Nat plak tengok abah.

Jumpa lagi Isnin insyaallah.

Tabahkanlah hati Nat ni. Kami adik-beradik takleh buat muka sedih depan abah.

Nanti lagi abah risau.

Sekian.

ABAH...



Semalam Nat tak kerja. Abah Nat admitted kat Hospital Ampang (yg kat Pandan Indah tu). Masuk wad 6B. Abah Nat Anemic. So doktor sedang mencari punca kenapa abah kurang darah. Abah sepatutnya duduk tingkat 7 khas untuk pesakit yang berkaitan Hemotology (kalau salah betulkan Nat yer). Hemo ni dah kira under CA. CA ni plak kanser.

Pakar di HKL dah buat ambil sampel darah abah Nat. Mereka dah kaji untuk 10 perkara ( tak tahu apa ) tapi semestinya untuk mendapat jawapan kenapa darah abah Nat berketul. So didapati ada abnormality kat darah abah sebab they kill each other. Antibodi yang sepatutnyer melawan penyakit, makan sel darah merah! Sebab itulah abah Nat selalu letih, pucat dan tak bermaya. Sebabkan itu, doktor HKL wad 16 refer kes abah Nat ke Hospital Ampang.

So sekarang, Hospital Ampang akan buat sekali lagi apa yang telah dibuat oleh HKL. Cek sampel darah. Result Hospital Ampang mungkin akan keluar petang ini atau esok. Sebelum result darah keluar, Dr Kuan pakar hemo tu tak leh nak bagitahu apa sebenarnya punca abah Nat kurang darah. Semalam, apa yang Dr. Kuan tu leh suggest ialah, masukkan darah bg abah segar sket plus dia bagi ubat cairkan darah. Selain dari tu kene tunggu result darah siap.

Doktor melarang mereka yang batuk or selsema or demam datang melawat abah dan mereka-mereka yang se bilik dengan abah. Sebabnya, mereka terlalu lemah untuk melawan penyakit. Yang duduk sebelah katil abah ialah kawan abah. Mazlan Komando dah 19 kali buat kimo....

Nat kalau boleh berharap abah taklah sampai tahap kena buat kimo terapi tu.... :((