Wednesday, July 18, 2007

Jauh perjalanan Luas Pemandangan!

Assalamualaikum n salam sejahtera!

Lama gak Nat tak update blog ek. Sibuk sket la. Adik bongsu Sham kahwin (adik ipar Nat). Nikah 7 Julai aritu. Then Ahad lepas baru ni Nat hantar dia ke Pontian pula. Suaminya orang Pontian. So, kitorang sekeluarga cuti hari Isnin. Semalam baru Nat start kerja dan semalam Nat sibuk hamat...

Ok. Sabtu lepas, Sham gi buat tinted cermin kereta. Nat ngan Tasha stand by jela.. coz kitorang plan nak gi soping lagi. Sham nak belikan Nat n Tasha kasut Nike!. KASUT LAGI! hehehe... Tengah kitorang sibuk membeli belah tu.. handphone berbunyi la plak. Mak Sham suh beli reben nak hias kotak. Ok lah tu tugas Nat lah kiranya. Selang berapa jam handphone bunyi lagi da. Mak Sham terlupa bwk kunci rumah pulak!. huwa... Nat tak sempat nak usha lebih2 kat soping complex tu. Kitorang kene balik la jawabnya. Tapi Sham kata lepas antar kunci rumah kita kuar balik sambung soping!. Sekali dengan Mak Sham sekali ikut kitorang kluar soping. Mak Sham Kata mak pon nak beli kasut gak lah. Kasut mak dah buruk. Esok nak gi Pontian takde kasut lawa!. Kitorang senyum jer. Siap dengan anak buah Sham, Shaira pon ngekor sekali. Kitorang bawak mak gi The Mall je sebab mak nak balik cepat. Nak rebus telur, nak buat kueh katanya.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Peristiwa di Parkson The Mall 1.

Nat beratur kat kaunter cashier. Depan Nat ada seorang lelaki nak bayar untuk perfume set. Promoter perfume tu pon ada beratur sekali lah.

Cashier: Tag ni kena kopek jugak ni kalau tak nanti berbunyi kat pintu keluar nanti!!
Sambil cashier tu tanggalkan tag magnetik dari plastik bungkusan perfume tu dgn kasar!

Promoter: Elok-elok kak nanti terkoyak plastik bungkusan ni. Dah lah tu kak, dah patah pon tag tu.

Cashier: Kalau berbunyi alarm nanti jgn salahkan sini plak!.
Jawab cashier tu dgn kasar sambil mengangkat perfume set tu masuk dlm paper bag!.


Peristiwa di Parkson The Mall 2

Kan Nat beratur belakang lelaki yang beli perfume tuh. Tiba-tiba ada seorang promoter ni dengan muka selamba cekadak rimba hulur barang dia, suh cashier settle dia punya dulu. Sambil cakap sorry kat Nat. Bila cashier tu nak ambil je barang promoter tu...

Nat: Miss, you better settle mine first before I scold you. Please teach this promoter how to queue up.

Promoter bongok tu buat muka terkulat-kulat! huh! tak sekolah punyer orang!


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Hari Ahad, seawal 7.45 pagi. Nat dengan Sham dan Tasha dah bergerak untuk pergi Pontian naik kereta. Mak mertua dengan Bapak mertua Nat naik bas persiaran dengan jiran-jiran dan sedara mara yang lain. Sewa bas paling murah yang kitorang dapat. RM900 gi Pontian balik hari. Rombongan kahwin, bas persiaran tempat duduk ada 40. Ok lah tu, berbaloilah jugak. Natasha kene bangun pagi gak tapi Nat tak mandikan dia. Bawak je dia dgn baju tidur dia tu. Nat mandikan Tasha dan siapkan dia kat hentin R&R Ayer Keroh.

Kitorang janji jumpa kat exit Simpang Renggam. Then baru gerak ke Pontian sama-sama. Sampai Pontian sedang elok je kul 1.30 tghr. Kitorang di sambut dengan ramah nya. Kitorang bergambar ngan pengantin, makan dengan pengantin, makan lauk pengantin.. hihihihi... then salam.. beramah mesra. Relax kejap.. cuaca panas. Nat mandikan Tasha, salin baju Tasha. Depan rumah Zairul tu ada pokok durian, rambutan, pulasan dan macam-macam lagi lah... jakun plak rasa.

Lebih kurang kul 4 ptg baru Nat gerak dari Pontian. Bas dah jalan dulu. Dalam perjalanan balik ke KL tu ada bas menghala ke Johor terbakar. Bas cap Transtar. Setahu Nat bas ni gi Singapore. Nasib baik jalan tak jam. Nak dekat pukul 10 mlm Nat n family sampai rumah. Rombongan bas blom sampai lagi. Kitorang terus tergolek keletihan. Tasha tidur nyenyak sampai pagi.

Hari Isnin Nat dan Sham cuti. Rehatkan badan...

-sekian-

2 comments:

Orked said...

ooo..baguih2 nat..baguih..berbahasa sikit pada org yg tak gheti nk hormat org mcm tu...hehehehe...hak kita kan.

Unknown said...

yelar kak... org lain beratur panjang... dia nak nyelit plak.. apa kes kan?