Monday, July 23, 2007

8 THINGS ABOUT ME!!

Nat kene tag ngan Kak Jun. Huwa.. Apapun Nat buat lah niha...

"Tentang Nat"



  1. Nat suka pakai kasut tumit tinggi. Nak tahu sebab apa? sebab Nat ni rendah la... hubby Nat plak tinggi. Umpama jari kelingking dan jari manis berjalan. So kalau pakai kasut tinggi tu, hampun lah sket. Semenjak dah ada Tasha, Nat dah kurang pakai kasut tinggi. Selalunya cuma pakai sandal jamban cap Adidas. Sebabnya, takut tergolek dukung Tasha da..Gi kerja boleh la...

  2. Nat suka beli kasut. Size kasut Nat ialah size 4. Kenapa? tak percaya? Dah tu orangnya comel.. tang kaki! Ahaks. Kalau nak cari kasut sport, kene cari kat kids or youth baru ada size. huwa...

  3. Di dalam dunia ni, kakak Nat sorang jer paggil Nat Uchuk. Sampai sekarang, Nat dah dah ada anak sorang pon dia still panggil Nat Uchuk.

  4. Nat bercinta sakan 6 tahun dgn orang lain. Putus! Sekali jumpa Sham. First dating waktu bulan puasa, buka puasa sama-sama, next raya tunang, then kahwin. Tak de plak bercinta lama-lama!

  5. Nat duduk rumah bujang kat Bangsar, walaupun Nat orang Selayang. Nama Nat di rumah bujang 424 ialah Nacumi. Pindah keluar sebab masalah yang tak dapat diungkaikan. Jadi Nat sebagai anak bongsu terpaksa beralah ikut nasihat arwah mak.

  6. Nat tak pernah gi clubbing. Sedari bujang hingga lah dah kawen. Tapi setakat duduk-duduk dengar lagu kat Crossroad tu ada lah... sekarang tidak lagi... hehehe!

  7. Kehilangan emak tersayang waktu umur 21 tahun. Mempunyai emak tiri sedari umur 4 tahun. Nat takde adik tiri. Mak tiri Nat takde anak.

  8. Waktu kecik, 10 bulan, Nat hanyut kat sungai. Terapung jer tak tenggelam. Seb baik mak Nat sedar and selamatkan Nat. Kalau tak, tak dpt Nat nak bayangkan.... huwa...
Ok dah cukup 8 kan? itulah yang dapat Nat fikirkan buat masa nih... harap Kak Jun Chef Diva dan kengkawan lain pueh hati no... kerana diriku begitu berharga! ahaks!

2 comments:

Orked said...

Nat bercinta sakan 6 tahun dgn orang lain. Putus! Sekali jumpa Sham. First dating waktu bulan puasa, buka puasa sama-sama, next raya tunang, then kahwin. Tak de plak bercinta lama-lama!

samalah Nat, kakjie diperkenalkan seminggu selbm puasa...1st puasa dating pertama kali ..3 bulan kemudian bertunang...3 bulan bertunang kawen...ambil tempuh 6 bulan je...

Thn ni ulangtahun perkahwinan yg ke 16!

Unknown said...

hehehe sama lah kak jie... semoga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat kan kak jie. Insyaallah.