Friday, July 27, 2007

CHARITY TAG

Nat telah di tag oleh kak Jie. Charity Tag ini telah dimulakan oleh Mr. Idham's Blog. Siapa plak Nat nak tag ni ek? Hm... hentam sajalah.

To kak jie: excuse my grammar ek, standard Aura Laga Putih baru...


This is the rule:


If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing RM127 to the Darul Izzah Orphanage". Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.
  1. Friendship is always about sharing! Happiness, fun, sadness and secrets!

  2. My way of saying I care is by expressing my concern and shows it. Actions speak louder than words. Remember?!

  3. To love someone is like Tears n Laughs, Hugs n Kisses, Chocolates n Roses! hm...U jump! I jump! yeker?

  4. To love is like eating American Chocolate cake?


  5. Money makes me more creative to think what to buy, what to eat and where to go menyongket!

  6. I miss ... my mother so much. Al-fatihah!

  7. Beauty is only skin deep beb!
  8. I try to spread love and happiness by making peace no war. hehehe. Start my day with a smile.


  9. If smiles were...forgotten… then I will still give a smile to others. So they will smile back to me! Hik hik! hik!

  10. Wouldn't it be nice if we could... avoid PHD attitude! (perasaan hasad dengki).

  11. Money is not everything but... everything needs money nowadays. Kentut je free. Ahaks!

  12. The most touching moment I have experienced is.... when I got married & when I first saw my Natasha Adilla.

  13. When I was thirteen, what I remember the most was.... learn how to cook Beef Kurma in Kemahiran Hidup class. Ahaks.

  14. If I can change one thing, I will change.... Mondays to Sundays.

  15. When I was twenty one, I remember.... my holiday trip to Phuket Island.

  16. I am most happy when ..... my family is happy.

  17. Nothing makes me happier than ... .when my hubby said that he felt so lucky to have me as his wife.

  18. I smile when....Im happy and when I get what I want!

  19. When I am happy, I smile! and the world smile with me!. Ahaks!
  20. Doing this meme, I feel like ...enjoying myself. Charity wat!



Dan kini Nat plak nak tag mereka di bawah ini for Charity Tagging.... muahahahaaaa...jgn mare.. marilah kita saling bantu membantu!

  1. Kak Jun
  2. Fysal
  3. Pezul
  4. Sarol
  5. Mouriey's
  6. Khairi yang Nakal

Wednesday, July 25, 2007

Kenduri

Hari ni pagi-pagi tgk shoutbox. Nat kene tag. Huwa... tapi idak mengapalah. Atas tujuan charity kan. Apa salah nye...ni tengah menyambung ayat niha kak jie... hehehe..

Lunch tadi Nat makan kenduri kat Finance Department. Nasi putih berlauk kan kari daging, ayam masak merah, sayur hijau (hehehe), sotong kunyit, sambal belacan, ulam hijau (hehehe), buah pear, buah orange dan puding ceklat. Meriah kan? Mereka di finance memang kerap menjamu kawan-kawan terutama waktu macam ni. Waktu menanti gaji! hahahhaaa.... Alhamdulillah... semoga dimurahkan rezekinya.


~ Nat ni bukannya makan sayur sangat! Ahaks.

Tuesday, July 24, 2007

RMSB FUTSAL TOURNAMENT 2007

Jangan tertipu dengan tajuk di atas. Yang main futsal ialah Sham, my hubby. Tapi gambar Tasha yang banyak. Gambar ayah dia score goal takdek.. kih kih kih...Ini gambar hari ahad baru ni 22hb Julai 2007 kat PJ.





Aksi-Aksi Natasha Adilla


Kemudian, ini baru gambar ayah dia...


Sham yang paling tinggi tulah. Menungkai jer orang Perak kater... hehehehe...Sebelah Sham tu saper lagi kalau bukan Basha Sandha yang menjadi Goal Keeper terhebat walaupun rabun!!
(dari kiri belakang: Ahmad Azlan, Ismadi, Akma, Basha, Sham & Zul. Dari kiri depan: Zahrul, Hady, Safuan aka Pekan & Din)


Bagi dia 5 ringgit bang!... hehehe... berbaloi lah gak. RMSB Hq menang Juara. Akan lawan Juara-juara dari RMSB branches daerah lain lak nanti... tunggu...

Ini lah gold medal nyer...

Nat dengan Tasha bangun pagi-pagi. Nak joint ayah dia lawan futsal. Nat dengan Sham kan keje satu opis. So, kawan Nat adalah kawan Sham jugek. Supports each other lah. 2006 nyer tournament RMSB Hq kalah. Time tu Tasha masih dalam perut. Tahun ni Tasha dah setahun pon, boleh tendang bola dah.

Gambar mama Tasha?!! yillek... hampeh.. tak masuk dlm ini tournament. Mama dia jadi tukang sorak jer. Low profile.

Thats All... chow sin chi..

Monday, July 23, 2007

8 THINGS ABOUT ME!!

Nat kene tag ngan Kak Jun. Huwa.. Apapun Nat buat lah niha...

"Tentang Nat"



  1. Nat suka pakai kasut tumit tinggi. Nak tahu sebab apa? sebab Nat ni rendah la... hubby Nat plak tinggi. Umpama jari kelingking dan jari manis berjalan. So kalau pakai kasut tinggi tu, hampun lah sket. Semenjak dah ada Tasha, Nat dah kurang pakai kasut tinggi. Selalunya cuma pakai sandal jamban cap Adidas. Sebabnya, takut tergolek dukung Tasha da..Gi kerja boleh la...

  2. Nat suka beli kasut. Size kasut Nat ialah size 4. Kenapa? tak percaya? Dah tu orangnya comel.. tang kaki! Ahaks. Kalau nak cari kasut sport, kene cari kat kids or youth baru ada size. huwa...

  3. Di dalam dunia ni, kakak Nat sorang jer paggil Nat Uchuk. Sampai sekarang, Nat dah dah ada anak sorang pon dia still panggil Nat Uchuk.

  4. Nat bercinta sakan 6 tahun dgn orang lain. Putus! Sekali jumpa Sham. First dating waktu bulan puasa, buka puasa sama-sama, next raya tunang, then kahwin. Tak de plak bercinta lama-lama!

  5. Nat duduk rumah bujang kat Bangsar, walaupun Nat orang Selayang. Nama Nat di rumah bujang 424 ialah Nacumi. Pindah keluar sebab masalah yang tak dapat diungkaikan. Jadi Nat sebagai anak bongsu terpaksa beralah ikut nasihat arwah mak.

  6. Nat tak pernah gi clubbing. Sedari bujang hingga lah dah kawen. Tapi setakat duduk-duduk dengar lagu kat Crossroad tu ada lah... sekarang tidak lagi... hehehe!

  7. Kehilangan emak tersayang waktu umur 21 tahun. Mempunyai emak tiri sedari umur 4 tahun. Nat takde adik tiri. Mak tiri Nat takde anak.

  8. Waktu kecik, 10 bulan, Nat hanyut kat sungai. Terapung jer tak tenggelam. Seb baik mak Nat sedar and selamatkan Nat. Kalau tak, tak dpt Nat nak bayangkan.... huwa...
Ok dah cukup 8 kan? itulah yang dapat Nat fikirkan buat masa nih... harap Kak Jun Chef Diva dan kengkawan lain pueh hati no... kerana diriku begitu berharga! ahaks!

Friday, July 20, 2007

NATASHA KU SAYANG...

Semalam Nat habis kelas kul 9.30 mlm. Sham datang jemput kat Uitm. Hantar member Nat yang tumpang Nat kat KL Sentral. Rasa mcm balik opis balik je. Then, sampai umah dah kul 10.30 mlm. Sampai umah je Tasha dah titun da... huwaa sedih nyer rasa hati ini. Tak dapat bergurau senda ngan anak dara ku itew... Nat tengok dia pakai seluar baru. Mesti nenek dia lah yang belikan nih! Nenek dia sengih je bila Nat tegur seluar baru Tasha. Nat dukung lah Tasha baringkan dia kat katil dia bawak masuk bilik. Lena tidurnya. Angkat batu lah tu siang tadi! ahaks!

Hari ni pon maybe balik kul 9.30 mlm lagi. Ada kelas Business Math dengan Prof. Hamdan yang berasal dari Machang Terengganu. Nat suka kelas dia. Best!! Nat ingat kata-kata dia last week. Lebih kurang gini la.. "Bila kita maju setapak kehadapan, kita masih boleh berundur setapak. Tapi kalau kita maju lebih dari itu, mustahil kita dapat berundur ke tempat asal, sama seperti dulu. Value is not for you to learn, but to build up."


Balik ke kisah Natasha tadi, Nat rasa kesian tengok dia.. pagi-pagi Nat gi kerja dia lom bangun lagi. Bila Nat balik dari kelas plak dia dah tidur. Tu yang sedih tu!. huk huk huk. Semoga dia faham Nat lakukan ni semua untuk dia dan niat nak bantu Sham. Selain dari improve diri sendiri.




Thursday, July 19, 2007

FAV SONG KAK MIN

ROOM TO LET

BANGSAR UTAMA APARTMENT

NEAR LRT BANGSAR

MASTER BEDROOM

ATTACHED BATHROOM

FEMALE MUSLIM ONLY

RENTAL 1+1

INTERESTED PLEASE CALL YATI AT 012-306 3725/ 03-22823704


nota: Nat tolong kawan-kawan jer. Bantu membantulah sesama umat! cewah...



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



FAV SONG KAK MIN

Cinta Tiada Akhirnya


klik sini



Ku yakin cintaku ini
Tak bisa melangkah pergi
Kaku berdiri di sini
Menanti lafaz kasihmu
Biar kau akui dan aku
Kekasihmu...

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selama di taman cinta...

Cinta tiada akhirnya
Membara kekal ke syurgamu
Tak usah kau raguiku
Sayangku dengarkan kasih
Aku milikmu selamanya...
Percayalah...

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selamanya...

Kasih antara kita...
Tercipta abadinya...
Mungkin memisahkan aku dan dia...
Ukir namaku dalam...
Cintamu selamanya...
Biar semarakkan kasihmu...
Selalu...

Gelora asmara tika bersama...

-jAc VictOr-

BILIK UNTUK DISEWA!! URGENT!!

BANGSAR UTAMA APARTMENT

NEAR LRT BANGSAR

MASTER BEDROOM

ATTACHED BATHROOM

FEMALE MUSLIM ONLY

RENTAL 1+1

INTERESTED PLEASE CALL YATI AT 012-306 3725/ 03-22823704

nota: Nat tolong kawan-kawan jer. Bantu membantulah sesama umat! cewah...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Semalam Kak Jie kata susah kalau view blog Nat guna IE takleh nak joint shoutbox tu. So pagi ni Nat try lah. Memang benar belaka apa yang Kak Jie kata tu. Mmg berlambak error on page. Kenapa lak camtu ek. Jangan cemburukan rambut saya! Ahaks. So, sama seperti Khairi yang Nakal tapi hensem tu, view lah blog Nat guna Mozilla Firefox. Kerana diriku begitu berharga. Lebih selesa dan nyaman. Hehehe...





Wednesday, July 18, 2007

Jauh perjalanan Luas Pemandangan!

Assalamualaikum n salam sejahtera!

Lama gak Nat tak update blog ek. Sibuk sket la. Adik bongsu Sham kahwin (adik ipar Nat). Nikah 7 Julai aritu. Then Ahad lepas baru ni Nat hantar dia ke Pontian pula. Suaminya orang Pontian. So, kitorang sekeluarga cuti hari Isnin. Semalam baru Nat start kerja dan semalam Nat sibuk hamat...

Ok. Sabtu lepas, Sham gi buat tinted cermin kereta. Nat ngan Tasha stand by jela.. coz kitorang plan nak gi soping lagi. Sham nak belikan Nat n Tasha kasut Nike!. KASUT LAGI! hehehe... Tengah kitorang sibuk membeli belah tu.. handphone berbunyi la plak. Mak Sham suh beli reben nak hias kotak. Ok lah tu tugas Nat lah kiranya. Selang berapa jam handphone bunyi lagi da. Mak Sham terlupa bwk kunci rumah pulak!. huwa... Nat tak sempat nak usha lebih2 kat soping complex tu. Kitorang kene balik la jawabnya. Tapi Sham kata lepas antar kunci rumah kita kuar balik sambung soping!. Sekali dengan Mak Sham sekali ikut kitorang kluar soping. Mak Sham Kata mak pon nak beli kasut gak lah. Kasut mak dah buruk. Esok nak gi Pontian takde kasut lawa!. Kitorang senyum jer. Siap dengan anak buah Sham, Shaira pon ngekor sekali. Kitorang bawak mak gi The Mall je sebab mak nak balik cepat. Nak rebus telur, nak buat kueh katanya.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Peristiwa di Parkson The Mall 1.

Nat beratur kat kaunter cashier. Depan Nat ada seorang lelaki nak bayar untuk perfume set. Promoter perfume tu pon ada beratur sekali lah.

Cashier: Tag ni kena kopek jugak ni kalau tak nanti berbunyi kat pintu keluar nanti!!
Sambil cashier tu tanggalkan tag magnetik dari plastik bungkusan perfume tu dgn kasar!

Promoter: Elok-elok kak nanti terkoyak plastik bungkusan ni. Dah lah tu kak, dah patah pon tag tu.

Cashier: Kalau berbunyi alarm nanti jgn salahkan sini plak!.
Jawab cashier tu dgn kasar sambil mengangkat perfume set tu masuk dlm paper bag!.


Peristiwa di Parkson The Mall 2

Kan Nat beratur belakang lelaki yang beli perfume tuh. Tiba-tiba ada seorang promoter ni dengan muka selamba cekadak rimba hulur barang dia, suh cashier settle dia punya dulu. Sambil cakap sorry kat Nat. Bila cashier tu nak ambil je barang promoter tu...

Nat: Miss, you better settle mine first before I scold you. Please teach this promoter how to queue up.

Promoter bongok tu buat muka terkulat-kulat! huh! tak sekolah punyer orang!


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Hari Ahad, seawal 7.45 pagi. Nat dengan Sham dan Tasha dah bergerak untuk pergi Pontian naik kereta. Mak mertua dengan Bapak mertua Nat naik bas persiaran dengan jiran-jiran dan sedara mara yang lain. Sewa bas paling murah yang kitorang dapat. RM900 gi Pontian balik hari. Rombongan kahwin, bas persiaran tempat duduk ada 40. Ok lah tu, berbaloilah jugak. Natasha kene bangun pagi gak tapi Nat tak mandikan dia. Bawak je dia dgn baju tidur dia tu. Nat mandikan Tasha dan siapkan dia kat hentin R&R Ayer Keroh.

Kitorang janji jumpa kat exit Simpang Renggam. Then baru gerak ke Pontian sama-sama. Sampai Pontian sedang elok je kul 1.30 tghr. Kitorang di sambut dengan ramah nya. Kitorang bergambar ngan pengantin, makan dengan pengantin, makan lauk pengantin.. hihihihi... then salam.. beramah mesra. Relax kejap.. cuaca panas. Nat mandikan Tasha, salin baju Tasha. Depan rumah Zairul tu ada pokok durian, rambutan, pulasan dan macam-macam lagi lah... jakun plak rasa.

Lebih kurang kul 4 ptg baru Nat gerak dari Pontian. Bas dah jalan dulu. Dalam perjalanan balik ke KL tu ada bas menghala ke Johor terbakar. Bas cap Transtar. Setahu Nat bas ni gi Singapore. Nasib baik jalan tak jam. Nak dekat pukul 10 mlm Nat n family sampai rumah. Rombongan bas blom sampai lagi. Kitorang terus tergolek keletihan. Tasha tidur nyenyak sampai pagi.

Hari Isnin Nat dan Sham cuti. Rehatkan badan...

-sekian-

Thursday, July 12, 2007

KULIAH SESI JUL-NOV 2007

Salam semua kengkawan.

Hari ini Nat start kelas balik. So kul 5 ptg Natakan bergegas ke Uitm dihatiku.... Hari ini Nat ada kelas Organizing Skill. Takde final paper tapi kitorang ditugaskan membuat event. Itu jelah...

Wednesday, July 11, 2007

"Sederhana itu kekayaan yang nyata"


"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin"


Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar;

Jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang;

Jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan!!

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur;

Kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah;

Jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia.

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa;

Kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas;

Kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah!!

Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat;

Kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat;

Kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya ..
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara ..

Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis;
Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau;
Orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya ..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hambakepada harta;
Binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia;
Binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a . berkata , " Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin;

Menyimpan harta jangan sampai di gelar si bakhil;

Beribadah jangan sampai semakin jahil!!

Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira..

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya!!!



nota: sama-samalah kita ingat-mengingati... nAt pon selalu lupa daratan terutama waktu ada duit gi soping! muahahaaaa....


Thursday, July 5, 2007

THANK U MOURIEYS... LUV U EVEN MORE!


LAGU UNTUK SEMUA YANG MINAT GWEN STEFANI!!

DOWNLOAD LAH YER..klik kat tajuk lagu bwh nih.. ok



sweet escape

~ sajer gatal.. benda baru blaja... hik hik..malunyer...

NAT DAN SELIPAR...


Assalamualaikum semua. Nat ada satu cerita pagi ni.


Ceritanya begini, pagi tadi Nat gi kerja cam biasa. Nat gi kerja tumpang abang Nat, merempit lah kan. Harini Nat pakai baju kurung. Naik motor macam biasa. Dalam perjalanan tu, Nat rasa kaki Nat ni sejuk jer, nyaman jer. Nat gerak-gerakkan jari kaki ni. Baru lah Nat perasan yang Nat tak pakai kasut, Nat pakai selipar Adidas Nat jer! huwa... seb baik bukan selipar jamban yang Nat pakai!. Malu.. malu semalu-malunya... aaa.... ahaks!

Turun dari motor, Nat tunjuk lah kat abang Nat yang Nat pakai selipar je gi kerja. Dia ketawakan Nat sampai kuar air mata. Tapi takper Nat jalan je dengan selambe kontrol ayu! Ayu ker? huhuhu.. kerana diriku begitu berharga. nguah nguah nguah....


~ Nat tak jadi coti harini. Esok br start coti da...

Wednesday, July 4, 2007

YUTAKA TAKENOUCHI



Hai kengkawan.. harini Nat nak kongsi one of my interest. Ada sesiapa yang minat ke YUTAKA TAKENOUCHI tak? Nat minat kat Yutaka nih. Sejak tengok lakonan dia dalam drama With Love. Sejak dari titik mula tu la Nat terus cari vcd lakonan dia yang lain. Nat waktu tu duduk kat rumah sewa kat Bangsar. Duduk bujang lah kiranya. Nat suka lah dengar bahasa Jepun ni. Best sket dari bahasa Korea. Korea nyer bunyi kasar plus bunyik berkahak dia lebih!.. mesti ada tempias ek? ahaks.. Korang tengok lah rupa Yutaka Takenouchi yang Nat minat nih!. Selain Yutaka Nat suka Takuya Kimura gak. Ala diorang berlakon Beach Boys sesama. Best gilers cerita tu!. Tak lupa gak actor yang gila jadik cikgu brutal tu. Apa nama dia lupa lak. Dia berlakon cerita GTO- Great Teacher Onizuka!. hehehehe...












ok.. sesi cuci mata dah abes... bye..salam...

Tuesday, July 3, 2007

PENGUMUMANg PENTING

PENGUMUMAN

PADA HARI KHAMIS HINGGA ISNIN
BERSAMAAN
5 JULAI - 9 JULAI

NAT AKAN BERCUTI

BUKAN? BUKAN GI PULAU REDANG!

CUTI ATAS SEBAB...







BIARLAH RAHSIA DULU EK!

SO

TIADA ENTRY FOR THAT PARTICULAR DATES!!

PAPE KES OR HAL

KES RINDU KER, BENGANG KER

BORING KER..

LONTARKAN JER KAT SHOUTBOX TU!

TAPI

JANGAN CUBA MEMFITNAH DI SANA TAU!!

BERDOSA...

(ATAUPUN)


EMAIL JE KE

-tamat-

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Hari Sabtu yang lepas Nat, Sham n Tasha telah gi merayap ke SOGO untuk perabihkan duit yang ada. hik hik hik. Tak lah... Nat gi beli kasut Tasha je. Takkan kasut Tasha je kan? Yang lain-lain tu terpaksa ditapis penyiarannya kerana ia bukan under U-sesuai untuk tontonan umum. Jangan cemburukan rambut saya! ahaks.

Hari Ahad gi kenduri kawen Meor Haris dan Noraini. Pasangan ni Nat kenal sejak Nat kenal hubby Nat lah. Meor ni budak bola MAA FC. Ani plak makwes nyer, so bila kitorang jumpa kat padang, berkenalan lah. Selalunyer jumpa bila MAA ada game. Semenjak Sham dah tak main ngan MAA FC nih, jarang lah jumpa. Calling2 jeler plus email je. Yang best nyer Ani ngan Meor ni, rumah dekat-dekat jer kat Wangsa Maju. Selang blok jer. Tapi buat kenduri asing-asing. nat gi yang umah Meor je. huhuhu.


- sekian -