Monday, January 14, 2008

gAmbAu Desktop nAt


hehehe... selepas merayap ke rumah kak jie.. them auntie combi.. then umah pu3nemo... maka
inilah hasil nyer... gambau desktop aku... tak tukau tukau... ekekek...

Ini gambau Tasha kat umah sewa aku dulu... Bangsar Utama 424. Tasha tengah kemas almari
kasut...

Friday, January 11, 2008

Apa ada pada nama? hmm?

Jumpa bebenda pelik ni kat blog Waliz.. dengan bangganya buat jugek dan tampal kat blog kesayangan aku ni.. hehehe...

Aku guna nama sebenar aku tau.. korang jgn ketawa ah.. nama sebenar aku dalam IC ialah.. mcm kat bawah ni lah... tengok sendirik... ok...

p/s: aku ada kuliah setiap rabu and jumaat... kul 5 ptg aku akan fly from work to Uitm Shah Alam...

Check this out ok...

What Normazliyana Means

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are well rounded, with a complete perspective on life.You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you.At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!

You are usually the best at everything ... you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive. You have the classic "Type A" personality.

You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.

You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.




My Monster Profile


Death Slayer

You Feast On: Starbucks

You Lurk Around In: The Empire State Building

You Especially Like to Torment: Crybabies




Wednesday, January 9, 2008

Selamat Datang Muharram 1429

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA....

Semoga Maal Hijrah 1429 ini lebih bermakna buat kita semua...

Ampunkan segala salah silap Nat yer...

Mari kita berHijrah dalam erti kata yang sebenar...

Cakap saje tara guna..

Action speaks louder than word kan?

Salam semua....

Nat nak bersiap ke Uitm ni.. kuliah start kul 6.15pm... akan fly ke Shah Alam kul 5 tajam...

My First Love Story...

My first love!!


'dia' itu berkahwin dengan orang lain... mengikut kehendak mak pak dia... dia tinggalkan aku tanpa kata putus.. aku dpt tahu dia kahwin pon dr orang lain... boleh?? kejam kan?
abg aku nyaris nak pi pukul 'dia' tu.. aku tak bagi... ekekek cam citer hindustan la plak kan?
yelar aku bercinta ngan dia 7 tahun tau! dari habis sekolah!!
Aku kesal 'dia' takde pendirian. Tak cukup kuat untuk pertahankan aku ni pada mak pak dia.
Dalam keadaan frust dulu kan... aku kurus jek.. ekekek.. time tu aku duk rumah sewa kat Bangsar serumah ngan Kak Min.
Dulu aku penah kene ragut sekali... sebab balik kerja memalam jln sensorang naik bas... yelar dah takde sesapa nak dating kerja lah sampai lewat malam. Tapi dengan kuasa Allah aku selamat.. hand bag aku pon selamat.
Peragut tu sorang je naik motor.. dia sentap bag aku.. aku jatuh kene seret.. aku berjaya bangun time tulah peragut tu merasa penerajang sulong aku, terus dia terhuyung hayang bawak motor.. then apa lagi aku lari lah... huwa.. pengalaman ngeri!!!
Then penah kene langgar ngan motor.. sebab budak mengong tu tak nampak aku yg memakai baju hitam motor dia takde lampu!! tempat aku kene langgar tu 200 meter je dr rumah 'dia'.
Aku tak cedera apa pon.. calar-calar sket jek. Bila aku cerita kat Sham kan, dia kata aku berangan! huwa...

Aku bersyukur aku takde jodoh dengan 'dia' yg takde pendirian dan bertemu dgn Sham yang boleh terima aku seadanya.. leh terima family aku yg gilers belaka and kengkawan aku yg biols belaka... ekekekek... Lagipun Sham pun sama pengalaman cinta nya ngan aku...Love u lah Cheeky..
Still aku dengar cerita lagi... 'dia' tu dah ada anak sorang... lelaki...
Along aku jumpa 'dia' tu kat Uptown Damansara jual casing handphone!!! ceh!! I dont wanna kno!!

Tuesday, January 8, 2008

EPI BIRTHDAY EJARD


dengan kuasa berus jamban PINK.. Jard, terimalah kek birthday ni.. wahai Ejard Tenuk!!

semoga panjang umur..

murah rezeki..

diberkati Allah...

hepi selalu ok...

cecepat amek anak angkat ok.. leh borak2 ngan dia..

PADAH MENIPU ISTERI!!!


MUADZAM SHAH: Mungkin sudah ditakdirkan, hasrat anggota polis bantuan, Wan Romlee Wan Mustapha, 41, berpoligami dengan janda anak satu bukan saja tidak kesampaian, malah dia bersama bakal isteri kedua dan empat ahli keluarga wanita itu menemui ajal dalam nahas ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 53, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan, kelmarin.

Rahsia Wan Romlee yang merancang berkahwin de- ngan wanita berkenaan tanpa pengetahuan isterinya didedahkan abang tiri bakal pengantin perempuan, Ishak Hamzah, 48, semalam.
Ketika ditemui di rumahnya di sini, Ishak berkata, adiknya, Siti Mariam, 26, yang bekerja sebagai pembantu kedai serbaneka bercerai dengan bekas suaminya enam bulan lalu. Selepas perceraian itu, katanya, Siti Mariam berkenalan dengan Wan Romlee dari Kuantan dan tidak lama kemudian mereka merancang mendirikan rumah tangga.

Katanya, sebelum kemalangan itu, Siti Mariam dijemput Wan Romlee di rumahnya di Desa Jati di sini, kira-kira jam 3 petang untuk ke Tanjung Medang, Pekan, bagi menempah pakaian pengantin .
Katanya, adiknya itu turut membawa anak lelaki tung- galnya, Azrul Imran Hisham, 6, anak angkatnya, Hasnawi Ahmad, 6, ibu, Che Siti Che Dan, 55, serta dua adiknya, Jamilah, 20, dan Mohd Hasbullah, 21.
“Ketika kejadian, mereka baru pulang dari rumah ibu kandung Hasnawi selepas menyerahkan dua pasang kain hijau untuk dijahit bagi dibuat baju pada majlis akad nikah,” katanya yang masih sugul berikutan kemalangan itu.

Bagaimanapun, Ishak berkata, tarikh sebenar pernikahan Siti Mariam yang bekerja di pekan Muadzam Shah dengan Wan Romlee masih belum ditetapkan.
“Keluarga kami memang sedia maklum status Wan Romlee yang sudah beristeri dan mempunyai tujuh anak.
Namun, kami tidak kisah.

“Malah, kami juga dimaklumkan isteri Wan Romlee tidak tahu hasrat suaminya mahu berkahwin lagi. Justeru, majlis pernikahan itu terpaksa dirancang secara senyap supaya tidak mengguris hati pihak sebelah sana.
“Namun, kini semuanya sudah terbongkar dan apa yang berlaku tinggal kenangan.
“Jadi, saya begitu berharap perkara ini tidak diperbesarkan kerana kedua-duanya sudah tiada. Malah, saya juga kehilangan ibu, dua adik dan anak saudara,” katanya yang menyifatkan kejadian itu sebagai suratan takdir.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Wan Romlee bersama lima sekeluarga yang lain mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan tercampak keluar dalam nahas membabitkan tiga kenderaan itu.
Ketika kejadian, Proton Iswara dipandu Wan Romlee bersama enam penumpang lain dari Pekan menuju Segamat dan sebaik keluar dari simpang Paloh Hinai, kenderaannya dilanggar Hyundai Trajet dari Kuantan menuju arah sama.

Berikutan pelanggaran kuat itu, kereta Wan Romlee melambung sebelum menghempap bahagian depan sebuah pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Segamat menuju Kuantan.

Selain Wan Romlee, semua penumpang kecuali Mohd Hasbulah terbunuh dalam kejadian terbabit.
Mohd Hasbulah cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Terdahulu, jenazah lima mangsa sekeluarga itu dibawa ke Masjid Muadzam Shah untuk dimandi, dikapan dan disembahyangkan selepas dibedah siasat di Hospital Pekan (HP).- HARIAN METRO.
Aduhai, kenapa harus menipu isteri. Memula tu kesian.. bila baca berita yang ni plak aku cakap padan muka!! (ops!! sorry) korang baca nih!! Tipu kata gi memancing!!

KITA HARUS INGAT.. ALLAH BAYAR CASH SEKARANG NI... ALLAH HU AKHBAR!!