Wednesday, June 20, 2007

BIARKAN BERLALU di RUANG RINDU

bila bersemadi warna cinta
pudarlah segalanya
tiada mentari lagi
yang mengiringi perjalanan

mestikah bersedih pada hakikat
dikurniakan padamu
bukankah cita-citamu
memperjudikan kasih sayang

kita mampu merancang
hanya tuhan menentukan
tak perlu dikisahkan

janganlah memburu
angin yang berlalu

kelak kau terima
jawapan yang kecundang
pulang saja
di mana permulaan langkahmu
biar saja angin itu terus berlalu!!!
biarkan berlalu
-WINGS-


~ ada sesapa yang tahu lagu ni ke? hayati maksud lagu ni!. Khas untuk UjangMd yang nak tutup blog tu!

cute kan gambar nih!

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan ku sentuh dia
Terasa hangat oh di dalam hati
Ku pegang erat dan ku halangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan selalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua ku terima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Bertemu

ruang rindu
-LETTO-

Monday, June 18, 2007

Nat Merapu

Ada ketika kita gembira ada ketika kita sedih. Kadang-kadang kita rasa kita yang paling malang atau sengsara. Hakikatnya ada orang lain lagi yang lagi merana. Rasa sedih tapi tahan airmata, rasa marah tapi tak terluah. Sabar itu ada indahnya. Ada orang memang nampak gembira selalu. Adakah betul dia gembira, ceria segala? Dalam hati dia, dia jelah yang tahu kan. Takkan dia nak cerita kat semua orang!. Mungkin dia buat-buat sibuk dengan kerja untuk lupakan masalah dia. Being hipocrite or disguise? Berpura-pura!

Masalah kalau dikumpul akan jadi sejenis penyakit. Kalau kita baja ia akan menular memakan diri kita juga. Kenapa tak cuba rawat penyakit tukan? Boleh ke buat tak tahu jer? hm? Setiap orang ada masalah sendiri bergantung kepada siapa diri dia! Perempuan masalah lain, lelaki punya masalah pon lain. Belum kahwin tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin tanya pulak bila nak ada baby? Bila dah ada baby pulak tanya bila nak tambah anak. Kalau anda lepas semua stage ok la. Apa kata kantoi kat stage 1 atau stage 2. Belum kahwin lagi or belum ada anak. Tak ke bohsan gilers nak jawab soalan bagai! Stess! Stress boleh mengakibatkan pertelingkahan, baran yang boleh melaratjadi perang besar! Bahaya siot!



Kalau dalam perhubungan takde komunikasi yang positif macam mana ek? Sorang cakap kucing sorang cakap anjing? Egois. Perlu ker? Lelaki jeke ada ego? Camne lak ngan perempuan? Kaum hawa ini takde perasaan ke? Kan mourieys? kuang kuang kuang! Dont take things for granted. Manusia hanya akan appreciate sumthin bila benda atau seseorang tu dah takde. Dah takde nak buat apa? ape ke j%^%& nyer lagi kan? Takde maknanyer kan? Dah meninggal baru nak menangis kat kubur minta maaf. Sorry seems to be the hardest word! Betul gak kan? Nasi dah jadi bubur boleh makan lagi, tapi kalau nasi basi? Bagi ayam makan jelar kan. Habis ke ayam tu makan? Kalau ada gandum, apa agaknya ayam tu makan ek? hm?

Kalau marah lebih baik diam. Elok ke berdiam? Sampai bila nak diam. Entah? Sabor jeler. Nobody is perfect rite. Anggap lah begitu. Put yourself at certain standard, that I dont wanna be like her or him. Kalau kita layan orang gila, mesti orang lain pulak kata kita gila kan? Bila marah kalau kita berkata-kata, tentunya kita emo. Not being rational! Tapi kalau kita diam, fikir dulu sebelum cakap lagi baik. (cakap mmg senang kan. TAPI. kalau asyik kene hentam je siapa tahan kan? mesti nak menjawab punyer!) Apapun.. kemaafan adalah dendam yang terindah. Salam.




nota: esok malas nak update blog. esok nak jadi belalang jer. noktah.

jalanG-jalanG


Sabtu lepas belah malam Nat ngan hubby dan Natasha gi merayap malam ke Putrajaya. On the way ke sana singgah makan dulu kat Kajang. Kalau kat Kajang tu makan satay la kan... Nat bukan gi yang kat Satay Samuri tu. Nat tak suka kat situ sebab environment nyer yg huru hara ditambah pula dengan pelayan yang berebut customer. Siap tepuk tangan tepuk meja bagai! Nyampah. Nat makan kat kedai tepi Highway. Restoran Yus. Ada screen besar tayang bola. Selangor kene 'titik' ngan Kedah.

Natasha pon makan satay gak. Nat suap sket sket la dengan nasi impit. Sambil makan tu, Natasha leh main cak-cak lak dengan awek meja belakang. Siap sengih nampak gigi! Friendly tul lah anak Nat nih!. Hish ikut perangai sapa tak tahu! hik hik hik! Yang tak tahan tu awek tu siap bangun gi meja kitorang hulur tangan nak dukung Natasha. Apa lagi... anak dara ku ini dengan rela hati hulur tangan untuk didukung. Ceh... dah agak dah. Ada la yang dia berkenan dengan awek tuh. Awek tu makan ngan pakwe dia lah. Sekali dengan pakwe dia pon Natasha main cak cak! Ala Hai anak dara ku!... Pastu Nat dukung balik la Natasha. Nat faham, Natasha tu hantap, borek! huhuhu!

Settled makan, kitorang gerak la ke Putrajaya. Hari hujan..sejuk. Natasha pakai sweater. Takpelah tu, sebab kuar rumah pon hari hujan. Mama ngan ayah Natasha sajer nak merayap sebenarnya... Hujan pon redah la sambil dalam hati berdoa jangan lah KL banjir. Nanti sangkut plak.

Kitorang mmg selalu buat kerja camni! Kenkadang leh gi PD balik hari. huhuuhu! On the way ke Putrajaya, Natasha membuta. Walau macam mana awal pon kitorang gerak ke Putrajaya tu, bila sampai je mesti Natasha tidur, tak pon hari hujan. So lepak jelah kat Dataran tu... bercinta.. borak borak suami isteri. Natasha tak bangun-bangun. Lena tidur. Ayah dia kata "Hai letih betul anak ayah. Keje angkat batu la ni siang tadi!" hik hik hik. Natasha hanya rehat waktu tidur shj!. Kalau dia jaga, dia akan berjalan satu rumah! Lagi kita kejar lagi dia laju jalan. Huwa...

Jam dah nak dekat kul 12mlm. Kitorang pon gerak balik umah.... sampai umah je, bagi Natasha susu sebotol. Pastu mama ngan ayah dia lak out of service!

-Tamat-

Friday, June 15, 2007

NAT LULUS


ALHAMDULILLAH...

DENGAN INI NAT BERASA GEMBIRA KERANA NAT LULUS SEMUA PAPER YANG NAT AMBIL FOR SEM 7 YANG LEPAS! 3 PAPER JE PON. CGPA JATUH 0.01 DARI 3.0= 2.99! TULAH SAPER SUH AMEK 3 PAPER JE. HUWA... TAK DAPAT LAH NAT MERASA HADIAH DARI KAK MIN. KAK MIN KATA KALAU NAT DAPAT 3.0 ABOVE JE DIA BG HADIAH! 2.99 KALAU BUNDARKAN JADI 3.0 KAN? TAPI YANG PENTING TAKDE REPEAT PAPER! KAK MIN..TAKLEH KE BUNDARKAN? HUHUHUHU.... berhenti berharap....






nota:gambar itu sajer jek buat semak!

Thursday, June 14, 2007

TENTANG LIA


Assalamualaikum semua, Nat mulanya nak sambung cerita pasal zaman sekolah semalam tu... tapi macam takde mood plak. Hati Nat terusik oleh berita yang Nat terima semalam. Semalam Nat tiba-tiba teringat dan terlintas untuk telefon Lia kawan Uitm pangkat adik. Selalunyer dia akan berYM dengan Nat bila ada kesempatan. Dah beberapa hari dia seperti hilang tanpa kesan. Bila Nat call office dia, Lia cuti!. Then call handphone pulak, pompuan simpanan dia lak yang jawab-answering machine la...

Nat try call lagi sekali selang 20 minit kemudian, seb baik Lia jawab. Dimulakan dengan salam dan bertanya khabar. Khabar tidak baik yang diterima. Lia ni mengandung anak sulung 5 bulan dah. Dia memang ada masalah dengan kandungannya. Lia dengan suara sebak bercerita yang dia sudah bersalin Jumaat yang lepas. Nat terkejut lah, sebab belum waktu lagi dia bersalin. Lia kata hari Rabu lepas adalah kali terakhir Lia rasa dia bergerak. Pergi check up, Dr kata, tak dengar nadi baby. Lia pulak dua kali pemeriksaan ibu mengandung berat badan dia tak naik. Pergi buat scan ultra sound, cek nadi bayi, rujuk kepada 3 pakar semua membuat kesimpulan yang sama iaitu baby dah meninggal. Lia kata Dr. cuba cari mana kedudukan baby tapi tak jumpa. Hancur nye hati. Lia kata dia redha. Dr. suh dia masuk wad untuk keluarkan baby tu. Yang menjadi masalah Lia ialah suaminya, yang seakan tak boleh menerima dugaan Tuhan yang satu ini. Lia minta masa dengan Dr. untuk berbincang dengan suaminya.

Dipendekkan cerita, hari Jumaat lepas, baby Lia berjaya dikeluarkan. Lia minta izin Dr untuk melihat bentuk rupa anaknya yang dah meninggal tu. Dr macam terkejut je Lia kata. Kemudian suami Lia pula. Dalam pada itu yang sedihnya sekali lagi Lia diduga, uri Lia tak berjaya ditarik keluar kerana tali pusat putus. Setelah dirawat oleh pakar, Dr itu membuat keputusan untuk operate pula. Lia terpaksa bersetujulah untuk kebaikan diri Lia jua. Sementara menunggu bilik OT free, Lia dibenarkan semula makan kerana sepatutnya Lia kena puasa sebelum operation.

Selepas minum air, Lia muntah dan kemudian pitam dua kali. Tiba ketika Lia rasa sakit lebih sakit dari proses mengeluarkan bayi tadi. Lia rasa hendak terkencing, Lia dibantu emaknya untuk ke bilik air. Tiba-tiba seketul darah keluar, Lia kata dia rasa lega sangat. Lia yakin yang keluar itu adalah urinya. Lia kutip uri tu.

Hari yang sama bila sampai masa untuk pembedahan. Lia pun beritahu Dr. yang dia rasa uri dia dah keluar tadi. Dr mintak tengok mana urinya, Lia pun tunjuk. Dr. buat keputusan tak jadi untuk operate Lia! Alhamdulillah. Rahim Lia pun Dr. sahkan tiada masalah. Nat pon lega dengar cerita Lia nih!.

Anak Lia dikebumikan pada hari Jumaat juga. Anak Lia sudah cukup sifat cuma size je kecil. Jantinanya lelaki! Nat rasa sedih sebab Nat adalah orang pertama Lia bagitahu berita gembira yang dia mangandung. Nat sebagai seorang emak dapat memahami perasaan Lia yang kehilangan anak yang dikandung. Pergi hilang meninggal tiba-tiba dalam kandungan setelah 5 lima bulan bersama. Pilu dan hiba...

Nat harap Lia dan suami tabah dan bersabar atas dugaan yang melanda. Sudah Qada dan Qadar Allah, kita harus terima dengan terbuka. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan? Lepas relax 3 bulan mintak2 Lia boleh conceive balik. Semoga dapat baby boy juga.

Sekian.







Wednesday, June 13, 2007

ZAMAN SEKOLAH...

Ha... harini kisah zaman sekolah Nat... yang telah bertahun ditinggalkan tapi masih segar dalam ingatan.

Nat waktu tingkatan 3 sekolah kat Gemas, Negeri Sembilan. Kenapa sekolah situ plak ek? Mungkinkah kerana diriku begitu berharga!. Waktu abah suh sekolah sana, Nat macam blur je. Tapi Nat ikut jer, sebab duduk ngan makcik kat Taman Sentosa, Gemas. Makcik Nat plak cikgu, lom kawen lagi time tu. huhuhu... So, kami berdua jela kat umah teres tu. Nat ni bukan fikir apa pun, cuma rasa adventure gak duk jauh dari parents. Anak bongsu lah katakan. Manja teramat, so belasah jelah. Selebihnyer Nat rasa abah n mak Nat risau ke Nat sebab ramai sangat pakwe yang tepon umah. Ahaks!

Hari pertama kat Sek Men Gemas ni Nat dengan bangga nye datang sekolah satu kereta dengan cikgu sekolah tu. Nat lupa nama dia sebab.. Nat dah delete sebenarnyer nama dia dari memory Nat. Maklong Nat minta tolong dia bawak Nat, kebetulan lak jiran then satu sekolah. Nat turun kereta je, ramai lah usha. Buat tak tahu jela kan... SMG ni atas bukit, sejuk gak la. Hari pertama Nat jejak sekolah tu, Nat siap cakap la," banyak nyer habuk kat sini! lemas rasa!". Sekali member yang Nat baru kenal ni kata apa tau! "itu kabus la... apo la!" kuang kuang kuang! basuh muko den!

Sekolah tu mmg waktu paginyer berkabus. Malu jer Nat time tu. Kemudian baru Nat tahu penyanyi Siti Haida tu asal dr sekolah ni. Penyanyi tu pon dah quit nyanyi kot! huahahahaa.


Nat punyer Cikgu Matematik adalah cikgu yang paling menggerunkan. Namanya, Cikgu Hashim! Garang gilers sebab dia merangkap cikgu disiplin juga. Gi memana mesti dia bawak rotan tebal dia. Nat penah kene sekali. Sakit wo.. Tapi Nat dengan 4 lagi member menjadi anak angkatnyer. Kenapa? adakah kerana diriku begitu berharga? Ahaks. Bukan. Sebab di sekolah itu ada sistem Mentor. Cikgu Hashim kami pilih jadi Mentor. Semenjak dari ketika itu, bilik disiplin adalah bilik favorite Nat n gang.

Kat sekolah tu Nat geng dengan budak dari KL 2 orang, budak Gemas 2 orang. Nama dia Umi Farziah, Nelly Azieda dan Reduan dengan Saiful (budak londah) hehehehe... Duan ni sebenarnyer minat kat Umi. Anak Cikgu Hashim plak minat kat Nat. Hafiz dgn Duan ni Pemain Bola Tampar Negeri Sembilan. Kira player dari sekolah SMG ni wakil SUKMA waktu tu la kan. Seperti biasa lah, Nat berkawan lah dengan Hafiz ni. Dia ni sporty tapi education pon ok gak!.

Sekolah kat Gemas ni lah Nat kenal budak2 felda. Felda Sungai Kelamah, Felda Palong 2, Felda Pasir Besar. Bagi Nat, keadaan remaja di sana waktu Nat sekolah sana lebih menakutkan! Sebab Nat bergaul dengan Cikgu Disiplin, so macam hal yg Nat tahu. Hidu gam, ponteng sekolah pegi kerja kilang, lari ikut boypren, projek blakang tandas!. Pergh.... cukup! Scary movie beb. Tapi yang paling Nat ingat ialah nama penuh Nat, seb baik takde binti sekali tempampang dlm bas. Budak yang tulis macam2 pasal Nat (pakai liquid paper) tu rasanyer, sawan jeles kot!. Nat abaikan jer. Apa kes ek?

Bila dah ada kawan, ada gak musuh. Seronoknyer ialah kitorang kan anak angkat cikgu disiplin saper berani lebih2! huhuhu! Pernah Nat bengang dengan sorang mamat ni, dia main2kan nama abah Nat!. Hape lagi... Nat gi amek kertas kotor, ponyok penyekkan jd ball. Nat pon cakap " Ni kepala bapak kau!" then Nat pijak paper ball tu! Buang dlm tong sampah!. AHaks! Kejam kah Nat waktu itu... kelas agama plak time tu!. Saper suruh bikin Nat paneh!

Kat umah maklong Nat ada telepon. Apa guna ada telefon kalau tak guna kan? Habes la Geng Nat yang 4 orang tu tepon! Yang paling rajin tepon Nat ialah Duan. Sebab Duan nak 'ejah' Umi! Maklong plak jenis yang tak berapa sporting bab-bab berkawan ni! Selalu je Nat kene sekolah ngan Maklong tapi Nat buat dek je sebab bukannyer Nat bercinta asyik masyuk ponG. Duan, Hafiz dan Saiful tu pon bukan nyer budak jahat, pengawas sekolah tu...

Nat pernah gi Sekolah Menengah Tampin, sebab ada perlawanan bola tampar dengan SMG. Nat pernah gi Felda Palong 2 sebab maklong Nat cikgu situ. Felda Sungai Kelamah pon ada pergi gak.

Lagi satu kan, pekan yang paling best kat situ kononnyer Gemas la. Pasar pagi Gemas tu best la. Macam-macam ada. Ada satu kedai makan, still ada jukebox yang letak duit singgit pilih 3 lagu. Nat selalu lepak situ. Budak-budak sekolah selalu lepak kat KTM. nguah nguah nguah!. Tengok orang gila nyanyi! ahaks!

Kalau nak best lagi gi Segamat. Tu pon kene naik bas kecik yang tua nampak nazak. Kebas lah segala-gala baru leh sampai Segamat. Tempat shopping paling grant kat situ, ketika itu ialah pasaraya Great Wall! huhuhu... Selain dari merayap kat Tampin or Soromban la kan...

Nat kene buat kajian tempatan merangkumi Felda-felda yang Nat sebut kat atas tu ler... for Geography. Tapi Nat ada out source, kami tiru jela.. edit and improvise la mana-mana yang patut kanG! huhuhu... Nat paling suka study dengan geng Nat kat tepi padang SMG. Banyak angin.. nyaman je rasa. Lepas tu tak jadi study, tapi tidur... ZZzzzz...

Kalau nak tahu, Nat setiap minggu balik KL. Naik bas ekpress SRT. Sampai Puduraya jalan gi Bangkok Bank ambil bas mini hala ke rumah Nat. Bukannya apa, boring ah duk umah maklong sensorang. Baik balik umah jumpa mak abah, leh makan sedap2 mak masak. huhuhu...



nanti Nat sambung kisah ni lagi yer.... sebab form 4 Nat sekolah Selayang plak.

~ mengenangkan kisah lalu ni... terpikir plak Nat, camne la Natasha bila sekolah nanti. Terpengaruh ke idak dia dengan budaya kuning yang menular sedari dulu. Takoot...