Tuesday, June 12, 2007

Selamat hari hari..

Hai semua.. Nat takde semalam kerana tiada orang nak jaga Natasha Adilla nak dara ku itu. Nenek dia, mak tiri Nat, kurang sehat. Jadi Nat kene jaga Natasha. Pagi-pagi kitorang golek2 Nat bebuat tido, Natasha korek hidung Nat! huhuu... Nat buka mata jer, Natasha sengih... Ahaks..

Harini nenek dia dah beransur sehat tapi still tak berapa ok. Nat dipanggil untuk kerja gak. Nat mintak tolong abang Nat tolong tengok2 kan Natasha. Mintak2 ok lah, sebab nenek dia nampak dah bertenaga sket. Nat dah bagi Natasha makan semua.. siap dah. Cuma tinggal nak layan dia berjalan ke depan ke belakang umah jer. Baru dapat kaki la katakan. Gayat semacam la... Tak pon dia layan siaran Play House Disney la...

Nat bukannyer nak dera atuk nenek Natasha suh jaga. Tapi atuk n nenek Natasha yang beriya nak jaga Natasha. Walaupun ada orang lain leh jaga Natasha, Nat terpaksa lah bg atuk n nenek yang bela. Nak jaga hati punyer pasal.

Sebab itulah Nat tak apdate blog. Junkopile memandai je kata Nat melancung senyap2. Ni Nat nak bgtahu, bulan August nanti Nat akan ke Pulau Redang. Insyaallah, maybe time cuti Merdeka tuh. Sebab Natasha dah pandai jalan... baru 11 bulan! yeehaaa...

Friday, June 8, 2007

DOA KELUARGA

Hai wassup.. wassup... Malaysia Brunei Rusia (hai zeleo)! ahaks. Ops, silap! Assalamualaikum wbt. semua kengkawan. Hari ni Nat ada doa-doa untuk dikongsi bersama. Mungkin ada yang dah tahu, takpe Nat bagitahu lagi! huhuhu! Semoga ia dapat diamalkan oleh kita walaupun di mana jua kita berada. Nak berhijrah ke mana sekalipun kan? kan? Ujang? ingin bersamamu.. walaupun di mana jua... iklan DIGI! Ahaks! Sesiapa yang senasib ngan Nat, yang dah kehilangan emak atau ayah tetiba ingat kat E-jard. Hanya doa je dapat menjadi hadiah terindah untuk mereka di alam sana. Sebagai tanda kita ingat kat dia dan a way of balas jasa dia melahirkan dan membesarkan kita. Insyaallah...



Doa Untuk Ibubapa
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


Doa Kebahagiaan Sekeluarga
Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.


Doa Mendapat Keturunan Yang Baik
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.


Doa Untuk Mendapat Anak
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris.
~ ini doa Nabi Zakaria a.s yg tiada anak selama 10 tahun. Berkat doa ini isterinya mengandung. Sesuai untuk mereka yg jodoh lambat juga.

Doa Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan Solat dan begitu juga anak cucuku. Wahai Tuhan kami! Terimalah doaku, Wahai Tuhan kami! Ampunilah akan daku dan dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari tegaknya hisab.

~ selamat berdoa yer...Wassalam.

Thursday, June 7, 2007

KUANG KUANG KUANG...

Sekejap je dah bulan 6 kan? Bola pun dah habis.. sekarang layan tengok Maria Sharapova dengan Roger Federer dan Rafael Nadal plak. Sejak bila plak Nat layan tenis? Camne tak layan, dah Sham ngan abah Nat tu conquer TV. Kene lah tengok sama. Kalau siang plak abah Nat layan animal planet dengan Natasha. Kalau Natasha tidur plak WWF, Bola sepak, Pool/ Snooker, Tenis dan yang sejenis dengannya. Sham pulak suka tengok rancangan si cHIP Foose. Huwa... Tak merasa lah Nat nak tengok Emil Emilda lah, Nek Nak lah, Manjalara lah. Tapi CSI tu dapat lah gak tengok!

Pak Lah pon nak kawen dah. Raja Muda Perak pon dah kawen. So sesapa yang dah capai tahap 'wajib' kawen tu buat-buat la sesuatu! Elakkan dosa dan pembaziran benih! huhuhu... pepaham jelah yer!

Hari ni kan, Nat bengang!. Bengang sebab tudung Nat ni ha... terpenyek-penyek! Nyampah betul! Sabau jelar! Selalu ok jer.. harini tudung buat hal! So tadi sepanjang jalan nak ke opis. Tudung Nat kemek. hahahhaaa... Kenapa lah kemek? Mungkinkah kerana diriku begitu berharga! Ahaks...

Tapi sekarang dah ok. Dah berjaya di sekolahkan tudung ini!

~ Korang pernah tak rasa bengang!. tapi tak dapat nak lepaskan perasaan marah itu. Sabar jelah. Sabar itu separuh drpd iman. Gr..

Tuesday, June 5, 2007

HaRi Nat menceceh...


Assalamualaikum semua. Pagi ni KL sejuk wei. Nak bangun gi kerja pun cam 'sebek' jek. Tetapi Nat berjaya gak bangun memulakan hari dengan ceria. On the way nak ke KL Sentral, seperti jalan sesak kat Jalan Kuching. Layan jelah kan jam tu ngan roti! Yang paling tak paham, jalan tengah jam2 ni sebok lah minah ni tuptap tuptap bagi signal nak tukar lane kanan! Dah bagi signal terus masuk lak tuh!. Opocot mat rempit yang berderet-deret tengah lalu tu!. Seb baik tak kene langgar kereta minah tuh. Kesian lak Nat tengok pakcik ngan makcik yang naik motor tu!. Yelar kalau dia langgar kereta minah tu pon dia gak yg parah. Bukannyer minah tu kan? Tak paham tak paham... Minah tu berjaya lah menyelit kat lane kanan. Ingatkan laju dan cepat la konon... aleh2 Nat jumpa gak dia balik... sangkut gak! Menggelupur jek! Kui kui kui...

Sabtu lepas kan, Nat dengan Sham n Natasha sudah semestinya tak tahu nak gi merayap mana, kitorang telah sampai ke PD. PD lagih! huhuu... Khairi takde lak ek time tu. Dia gi tepeng! Jalan jam start dari tol Senawang sampai lah PD kat roundabout besar tuh!. Kuar umah dalam kul 12pm. Kul 3 lebih baru sampai. Tapi mmg itu target untuk sampai lah, sebab time tu cuaca pun dah mendung sket. Air laut pun tengah pasang time tu. Dalam perjalanan Natasha tidur dengan lena atas ribaan Nat. Mama Natasha pun tidur sama gak! huhuhu sapa ek? ahaks. Sampai PD pon Natasha tak bangun2 lagi!. Lena sungguh!. So kitorang tunggulah anak dara sorang tu bangun baru leh pi pantai mandi manda.... Bila dia bangun je, Nat terus cari tandas. Huhuhu... then gi usha pelampong... mama dia kene pau! Pelampong ada Winnie the Pooh nyer kepala da... siap ada bunyi-bunyi! hahaha!

Then kitorang pon berendamlah. Natasha bukan main suka lagi.. sengih jer dalam air masin tuh... first time la pulak dia mandi laut. Hari tu dia tak mandi laut, cuma tengok je. Kali ni dia merasa!. Siap main cak cak dengan ayah dia. Ayah dia menyelam, dia carik!. Sengih jer!. Nampak gigi bawah dia 2 batang tu. Natasha dah pandai jalan. Jalan jalan jatuh, so Nat lepaskan lah dia kat pantai, nak bg dia jalan kat pasir pantai lah konon. Sekali, Natasha leh jingkit kaki. Gayat.... jakun! huhuhu.. dia geli kot!

Mandi manda lebih kurang, then kitorang bersiap lah salin baju semua sebelum Maghrib. Then kitorang gi pasar malam yg kat Petronas tu. Teringat kat Khairi bila tengok Petronas tu!.. Ahaks..Kenapa ek? Adakah kerana diriku begitu berharga? hahahhaa.. Ronda2 pasar malam tu, akhirnya beli pau kaya ngan daging jer. Yang lain cam tak menarik and macam sama jer! Then, terus heading back to KL. Hari hujan pon ada yang ajak racing. Sham kata, woi kerete aku kalau tolak cc pon, aku kalah, watpe nak aku racing!. muaahahahahaaaaa... ingatlah orang tersayang!

Then, Natasha ngan mamanyer terlena lagi dlm perjalanan. Tahu2 dah sampai Jalan Ipoh, makan kat Tabung Haji..... pastu baru balik umah! Merehatkan diri dan tido.

Monday, June 4, 2007

2nd anni..



Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang
tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku

Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku

Ku ingin kau tau
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku

Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau

Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu


"tercipta untukku" dr kumpulan Ungu


Hari ini 4 June 2007 adalah hari ulangtahun perkahwinan Nat yang kedua. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Rasa macam sekejap jer.. Pahit manis, suka duka alam perkahwinan telah ditempuhi dan Nat masih belajar setiap hari untuk lebih memahami. Bahagia harus dicari! Ditambah dengan penyeri kehidupan kami Natasha Adilla ,11 bulan, yang memerlukan belaian. Nat berdoa semoga ikatan kasih sayang ini berkekalan ke akhir hayat; semoga bahagia ini milik kami selamanya. Usahlah diuji kami dengan dengan ujian yg mustahil kami harungi. Sabar dan tabahkan lah kami dalam menempuhi hari mendatang dalam ikatan sebuah perkahwinan yang suci! Amin.




Friday, June 1, 2007

RAHSIA??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harini Nat lewat sket update. PC buat hal ada anasir autoitAR melanda. Disyaki virus itu dibawa oleh orang branch. PC Nat terpaksa dipantau under safe mode. Lama betul... scan sana.. scan sini! Seb baik budak IT opis Nat ni baik hati nak tolong repairkan... huhuu... Mr. Azi Rizal namanyer. Selalu orang tersalah tafsir yang dia ni pompuan! huhuuhu... Okey lah. Harini Nat nak sebarkan rahsia yang bukan lagi rahsia biarpon biarlah rahsia. Amenda lah Nat merepek nih!


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

  • Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  • Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  • Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
  • Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  • Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
  • Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  • Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  • Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  • Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  • Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RAHSIA SUJUD


Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:-
  1. Sujud fizikal seperti ketika bersolat.
  2. Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Nat selalu berdoa waktu sujud.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia. (burut)
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis.
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  13. Mengurangkan kegemukan.
  14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.


Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Wallahualam.

"Yang buruk itu datang dari diri Nat, dan yang baik itu datang dari Allah swt."