Thursday, August 30, 2007

50 TAHUN MERDEKA!



Semalam Nat tengok bola (depan tv jek) Malaysia lwn Myanmar. Panas siut. Terkejut Tasha satu rumah menjerit bila Malaysia score goal.

First half player kita main keras. Second half, player Myanmar plak main LAGIK kasar. Yelarkan... time tu diorang kosong lagi. Berusung keluar player kita. Adatlah tu kan.. seb baik tak gaduh! 5050 siap gi stadium siap bawak botol air tuh! (nak buat apa yek? hehehehe!) sapa biasa gi stadium tengok bola, mesti dia tahu!

Papen pon padan muka player Myanmar no 4 dpt kad merah!
Malaysia menang 3-1!!!!

nota: malam ni gi tengok bunga api (depan tv) hehehe.. SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Monday, August 27, 2007

NISFU SHAABAN.. BUKU BARU!!!

Alhamdulillah!


Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam Selasa sebaik saja masuk Maghrib pada
27 Aug 2007 = (selepas Maghrib pada hari 15 Sya'aban 1428H).


Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.


Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.


Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Megerjakan Solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat

Waktu megerjakan pada selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, Isnin malam)

Rakaat 1 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Isnin malam)

i) Selepas Yasin pertama :
Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH SWT

ii) Selepas Yasin kedua :
Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH SWT

iii) Selepas Yasin ketiga :
Mohon ditetapkan iman & Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

3. Kemudian baca lah :-

i) Istighfar 11x
ii) Selawat 11x
iii) Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
iv) Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abdul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3.
Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH SWT Haramkan tubuhnya dari api neraka
& dia akan menjadi teman kpd Nabi ALLAH Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW): pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH SWT Turun ke langit dunia lalu berfirman:

adakah orang-orang yang meminta maka Aku Perkenankan permintannya,

adakah orang yang meminta ampun maka Aku Ampunkannya,

adakah orang yang bertaubat maka Aku Terima taubatnya & diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan,

melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita
akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahualam Bissawab.
wassalam...


Tuesday, August 21, 2007

MARI MENDERMA UNTUK ANAK YATIM

"THE COMPASSIONATE SQUAD"
The Faculty of Office Management & Technology
University Technology MARA Malaysia
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.




Salam kengkawan,

Cuba lihat logo di atas! Cute tak? hehehe... We Care, We Love!!

Nat sekarang sedang menjalankan projek amal untuk subjek Event Management yang akan diadakan di Uitm Shah Alam, Fakulti FPTP.

Kami Compassionate Squad sedang mengutip sumbangan untuk anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Bestari, Kampung Sungai Buaya, Banting, Selangor. Yang terdiri dari mereka yang berumur 9 tahun - 17 tahun.

Kami mengalu-alukan derma dalam bentuk wang, buku (pekse tak lama lagi!), pakaian (nak raya nikan!), canned food dan apa-apa yang lain-lain yang sesuai untuk diderma kepada mereka ini.

Jika anda berminat untuk berbakti serta menambahkan pahala kengkawan semua, sila email kepada Nat hasrat murni anda itu ke email address ini:-

Jangan lupa sertakan nama dan nombor telefon untuk Nat hubungi segera!

nota: menghulur tangan meringankan beban....

Thursday, August 16, 2007

TAKTIK CURI KERETA!

Ini Nat ada info kisah curi2 kereta ni. Ini adalah satu kes yang Nat amek dari forum kat http://protonmania.com/index.php?topic=24695.0

CARA MENCURI KERETA TERKINI!!

ini modus operandi si PENCURI.

DUA HARI LEPAS
kunci bonet kete member aku kena korek (kononnyer nak curi barang dlm bonnet saje) so member pong pegilaa tuko kuci bonnet baru... tapi..

SEMALAM
pencuri bawa kete macam kete dia sendiri.. SBB DIA DAH BUAT KUNCI COPY! so kawan2.. beware..

bersamalah kita menjaga "BIni" kita ini dengan sebaiknya.. (syer your story sebagai peringatan)

Thanks

nota: ini adalah kisah saudara PINOS paid member of Proton Mania Club (PMC)





Ini gambar Natasha yang terbaru... dekat rumah bujang mama nya dulu di Apartment Bangsar Utama.



lihat lah mata ku!


Biar Tasha tulung mama kemas kasut yg bersepah tu ye mama!




Wednesday, August 15, 2007

SATRIA JAJA DALAM KENANGAN...






INILAH KERETA KAWAN NAT YG HILANG SEMALAM...