Friday, June 29, 2007

29 JUNE YANG BERSEJARAH!!!

Hari ini 2 entry yer... harini spesel sket sebab harini ialah......

NATASHA ADILLA's

HAPPY 1ST BIRTHDAY.




Setahun yang lepas pada pukul 7:05 petang Natasha Adilla dilahirkan di Hospital Selayang!. Harini dia genap setahun. Sudah pandai jalan belum pandai minta adik. hehehe.. selamat! Nat rasa macam tak percaya, rasa sekejap jer masa berlalu. Ternampak2 dan teringat waktu dalam bilik operation, missy tu tunjuk Natasha Adilla kat Nat. Time tu mata Tasha dah bulat pandang kiri kanan. Missy tu kata "Tahniah, puan dapat anak perempuan!" Nat angguk jer senyum. Syukur kami berdua selamat. Natasha lahir waktu musim Piala Dunia dah nak final time tu. Mungkin sebab tulah dia suka tengok bola juga. Ahaks. Sekarang ni dia kalau nampak permainan kat shopping complex tu, dia usha lama jer kat benda yg dia berkenan. Seb baik lom pandai cakap lagi. Kalau tak, confirm melalak kat situ nak toy!. Nat bersyukur dan berdoa semoga Natasha Adilla sihat selalu, menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan segala yang terbaik untuk dia.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Tarikh lahir Islam & Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam.


http://www.islam.com/islamicdates.asp

klik kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam bulan islam

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...


Sekiranya korang dah tahu pada bulan Hijrah korang dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Bacalah untuk menambahkan pengetahuan sahaja. Wallahualam.

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Thursday, June 28, 2007

JUNE

Bak kata Junkopile semalam..'bila berpisah jangan salahkan perpisahan, pertemuanG pong dok saloh gak sebab ye dok ngaku saloh! hik2 donlie!'

Bulan June memang banyak kisahnya.

  • Awal June birthday anak buah Nat, Syaira Nur Qamarina.
  • Pertengahan June birthday adik ipar Nat, Haslinda.
  • 2 minggu lepas adik ipar Nat yang sebaya Nat, patah pergelangan tangan sebab cedera waktu main futsal. Kena masuk besi tangan kanan dia.
  • 25 June, Achik meninggal dunia sakit kanser paru paru.
  • 28 June Blog Ujangmd ditutup.
  • 29 June lak Natasha genap setahun.
  • 29 June jugak, hari terakhir tag board akan ada kat blog Khairi!. Lepas ni dia freez tag board dia sebab further study!
  • 30 June? Nat je yang tinggal dengan Mourieys dan Junkopile yg dot dot dot dot!

Bulan July bakal menjelma. Nat akan start kelas. Berkejaran dr KL Sentral ke Shah Alam setiap Khamis dan Jumaat sebab Nat ambil 2 paper je. Atas request Sham sebab Tasha tengah hyper perlukan perhatian lebih!. So next sem Nat ada 3 paper je lagi! Harap2 Nat berjaya menamatkan pengajian seperti dirancang. Doakan Nat yer kawan-kawan.

Buat Khairi dan Ujang, jangan lupa melawat Nat tau!. I will never say goodbye to both of you. I think its better that way. Tak lah rasa berpisah. Nat akan cuba update blog ikut kemampuan Nat. ok? Take care!

Salam.

Wednesday, June 27, 2007

TAK TAHU NAK TULIS HAPER?!

Harini Nat memang busy. Try register subjek untuk sem depan tapi tak boleh-boleh sejak dari hari Isnin lagi. Register untuk student PLK (pengajian luar kampus) dibuat secara online. Tapi hampehs haram nyer. Bukan banyak pon yang nak diregister. 2 subjek je!. Organizing Skill dan Business Math! Bengang ah!

Dalam bengang-bengang tu pun selera makan tetap ada. huhuhu... TAPI malam Nat tak makan tau. Siang je Nat belasah apa yang teringin. hehehe.. kerana diriku begitu berharga.

Esok dah 28 Jun kan? Esok dah takde tempat lepak dah. Lepas ni lepak kat umah sape la ek. Melawat Mourieys jela hari-hari. Umah Kak Jie n Kak Jun. Khairi pon nanti gi Penang!. huk huk huk...


Tak tahu apa nak pesan ke ujang. Pandai lah dia jaga diri. Bukan budak kecik lagi kan. Tiada kata-kata, tiada idea!. Never say goodbye. Better that way!

Salam.

Tuesday, June 26, 2007

ALFATIHAH BUAT ACHIK

Salam..

Isnin

Seawal lebih kurang 2 pagi handphone Sham berbunyi. Nat tengok kat screen handphone tu nama "Abah" yang naik. So Nat terus jawab. Hati ni berdebar lah. Mesti ada emergency nih!. Memang betul pon. Achik dah meninggal dunia. Abah dengan mak mertua Nat akan ke Ipoh pagi ni gak. Sham terjaga, Nat pon bagitahu yang Achik dah meninggal. Sham terdiam dan termenung. Nat pon sama. Macam tak percaya je. Siapa Achik? Achik ni adik lelaki mak mertua Nat yang bongsu. Pakcik kitorang, tokcik Natasha lah kiranya.

Achik baru berumur 38 tahun. Achik mengidap penyakit kanser paru-paru. Achik meninggalkan anak perempuan 2 orang yang masih bersekolah dan seorang isteri.

Terkedip-kedip, akhirnya Sham kata kat Nat, kita balik Ipoh jugaklah. So, kami bertiga menghala ke Gopeng sebab Achik meninggal di sana dan akan dikebumikan di Gopeng juga, Kampung Sg. Itek.

Sham dengan Achik memang rapat sebab umur Achik dengan cuma beza 7 tahun. Sham plak takde abang or adik lelaki. So, dengan Achik lah dia gang. Sham cerita, waktu dia kecik, Achik dating dengan Cik Ta (wife achik) Sham mengekor jugak. Macam tu lah rapatnya diorang.

Semoga Achik aman di sana.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Selasa

Nat baru masuk opis, lambat sebab bawak Natasha gi check up setahun. Imunisasi untuk setahun. Menangis kene cucuk kat bahu. Tapi bila keluar je dari bilik Dr. dia buat muka cool. Cover ayu! huhuhu... Sham tak kerja harini, Nat je keje.

Itu lah kisahnya untuk semalam dan hari ini.


Friday, June 22, 2007

LAWAK DI PAGI JUMAAT


~~Muahz... entry ini khas untuk mourieys, ujangmd, khairi yg runsing,
junkopile. kak jie dan tak lupa jugak Cikgu Mayang n Gurl!
^(_|_)^


Soal Jawab Guru dan Sin Chan...


Guru : Kenapa awak lambat?

Sin Chan : Kerana sebuah papan tanda.


Guru : Papan tanda mana ?


Sin Chan : Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan,
jalan pelahan."



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru     : Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?

Sin Chan : "B-O-O-W-A-Y-A"

Guru : Bukan, Salah tu.

Sin Chan : Mungkin itu salah, tapi Cikgu tanya saya macam
mana saya mengejanya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru     : Apakah formula untuk air?

Sin Chan : "HIJKLMNO"!!

Guru : Apa yang awak cakap tu?

Sin Chan : Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*--*

Guru : Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan
tunjuk mana Amerika Utara.

Sin Chan : Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat
kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!

Guru : Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa
yang jumpa Amerika Utara?

Kelas : Sin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


Guru : Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang
kita tak ada 10 tahun dulu.

Sin Chan : Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru : Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang
di sebabkan oleh gigitan serangga?

Sin Chan : Jangan kena gigit serangga.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang
kamu tahu berlaku secara kebetulan?

Sin Chan : Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada
hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai
ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi
berwarna merah berbintik biru!

Sin Chan : Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan
kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya
dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?

Sin Chan : Tidak Cikgu, Saya tak perlu buat begitu, kerana
saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah
sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak
meniru kerja dia?

Sin Chan : Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru  : Siapakah orang yang kita panggil, yang tak
henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?

Sin Chan : Seorang Guru, Cikgu!


KUANG KUANG KUANG

Thursday, June 21, 2007

ZAMAN SEKOLAH part 3

ok.. sambung kisah semalam ek.



Nat pun macam Mourieys. mengePau kawan-kawan tak kira kelas apa.. janji kenal. Brother senior pon kene gak lah. Cikgu je kitorang tak berani pau. Pau pun tak banyak 20 sen je!. Cukup rm2 stop la pau. Habis waktu sekolah, kitorang pon gi kantin makan nasi ayam. Nat dengan 5 lagi kawan Nat(leen, raja, ima, diana, lina)!. huhuhu... tapi tak buat setiap hari lah. Kadang-kadang Nat pon kene pau gak!. Give n take la kan.

Lepas makan kitorang tak terus balik rumah tapi singgah rumah Leen. Leen ni rumah dia dekat je ngan sekolah. Rumah kerajaan. Leen ni anak DO Gombak waktu tu.. kitorang lepak rumah Leen. Sepahkan bilik dia, karaoke, main kad (main tipu), tulis surat cinta plus makan kek coklat mak Leen buat. Macam2 lah. Tapi sebelum tu masing-masing call parent bgtahu lah balik lewat sket lepak umah leen. Kadang-kadang tu mak Leen hantar kitorang balik. hehehe... kalau tak, kitorang naik bas lah balik.

Waktu form 5, Nat dengan Leen dan Raja pisah kelas. Diorang amek lukisan kejuruteraan, Nat dengan Diana, Ima dan Lina amek prinsip akaun. Waktu rehat tetap bersama. hehehe. Beg sekolah Nat jarang lah berat sarat barat. Sebabnya ialah kitorang plan nak bawak buku apa. Selalunyer tukar-tukar dengan Leen n Raja lah. Pinjam meminjam. Tapi kalau cikgu tu loghat, particular pasal buku.. kitorang bawak lah jugak buku dia.

Nat dengan Diana jarang pakai stokin!. Dalam kelas, selalu bukak kasut!. Kasut Nat dan Diana selalu jadi mangsa kene sorok dengan budak-budak thamby kelas kitorang. Essembly setiap hari Isnin, so hari Isnin jelah kitorang pakai stokin! huhuhu... Ada suatu hari yang indah tu, hari hujan, kaki kain sekolah Diana basah la sikit, dia lak jalan laju sampai kain dia koyak. Ahak... jenuh la dia cover. Tengahari plak, tunggu bas bawah pokok. Sekali, ketepek kene taik burung sepelet kat tudung dia. Nat n gang ketawa sampai sakit perut n kluar airmata! huhuhu.. nasib Diana yang malang hari tu!.

Weekend plak, kitorang ada kalanyer merayap ke Star Hill, Bukit Bintang, Sg. Wang. Kalau nak carik benda pelik2 kitorang carik kat Central Market. Time tu tengah trend baju Maui& Sons , Billabong, Ocean Pacific, RIP curl selain Nike dan Adidas. kui kui kui! Kitorang merayap naik bas jela walaupun Leen ada supir.

Nat dengan kengkawan ada terlibat dalam pertandingan Dikir Barat. Menang lah nombor 3 je peringkat daerah Gombak. Nat lah tukang juara nyer. Tukang karut nyer kawan Nat, Ismarni Ramona aka Ramones. huhuhu..

Bila dah nak dekat SPM, masing2 insaf la. Berkelakuan baik. Terus involve dlm pameran sejarah, geng Nat semua jadi fasilitator. hik hik hik. Poyos.

Habis SPM, Nat keje NSTP. Leen further kat Uitm Melaka. Ima keje gak. Lina n Raja further kat Poli Perak. Yang belum kawen cuma Lina. Lina adalah yang paling skema n innocent dlm klik kitorang. Raja baru kawen bulan lepas. Leen kawen ngan sepupunya, Nizam, yang diminatinya sejak dari sekolah dulu. Sama cantik sama padan. Diana kat RHB KLCC anak sorang je baru-baby girl. Ima dah ada 2 orang anak- sepasang! Semoga diorang bahagia hendaknya...

-tamat-