Monday, January 7, 2008

MONDAY BLUES..


Di pagi Isnin yg buhsan...


Kul 9am dah meeting...


Tengok lah tips untuk survive ni yer...

Chow...

Friday, January 4, 2008

Lawak Bintang Capricorn!!

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:

" United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!!!"

ekekekkeeke!!! ok lah nak wat keje nih!!

Thursday, January 3, 2008

My Dak Jaja Wedding





Ni one of my adek angkat- geng satu kepala kat opis ... ala yg ni... cuba tgk ni..



Nama dia Norarliza Abusri.. aku panggil dia Dak Jaja.. org lain panggil dia Liza...Org Melaka lah katakan... Nikah pada hari Khamis 13 December 2007.. Majlis bersanding kedua-dua belah pihak dibuat di Dewan Felda pada 14 December 2007.

Aku dan Sham doakan dak Jaja bahagia ke hujung nyawa bersama Aidel. Semoga aman damai selalu.. cecepat dapat baby! ok? Amin.

New Born Baby - Guppy

Alhamdulillah...

Guppy aku yg nama dia Azlina, yg aku bela letak kat opis ni kan.. dah beranak...!!!! 5 ekor td aku kira..tapi aku musykil lah.. anak siapa ek?
Sebab yang lain semua dah mati!! Tinggal dia sekor je dlm balang aku tu hidup dgn aman! Mungkin bf dia sempat tinggalkan zuriat sebelum mati.. ekekek!
atau mungkin anak luar nikah? ekekekkeek...

Ia mengingatkan aku bahawa setiap ada kematian pasti ada jua kelahiran! vice versa!

Wednesday, January 2, 2008

Tasha @ Melaka on 22 Dec 2007

Apa aku buat?

Im back!!

Salam semua. Selamat tahun baru!!!

Lama aku coti ek. Sebenarnya aku amek cuti 3 hari je... 27, 28 & 31 selebihnya public holiday aku sambung je...

Cuti lelama aku kemana?

Aku kat rumah je.. jgn tak percaya ek!!

Aku jadi mama mithali... spend quality time ngan Tasha.

Bila dia bukak mata je... nampak aku ada, terus dia senyum lebar..then dia golek balik...

Syiok gilers takyah bangun pepagi gi kerja. 26 Dec haritu... ala..entry aku yg last thn 2007..haritu aku n Sham bwk Tasha gi klinik untuk imunisasi umur 1 tahun setengah. Demam lah anak aku tu sehari... cian dia.

27 Dec tu aku cuti. Memang sesuai lah dengan Tasha yg demam tu. Aku duk rumah ngan Tasha anak buah aku 3 orang.

Rutin nyer... terjaga kul 730a.m. Bg Tasha susu sebotol. Tasha tgk mama dia ada.. dia sambung tido.

Bangun kul 10a.m. Bukak tv. Channel 611 CERIA...

Salin diapers Tasha.. golek depan tv. Susu sebotol lagi...

Mandikan Tasha.. aku pon mandi sama... 2 in 1... boleh? BOLEH aje.. cepat sket. Lagipun kalau aku mandi nanti Tasha sure ketuk pintu bilik air.. mama! mama! panggil aku...

Baik aku mandi sekali ngan dia.. ekekeek...

Dah siap mandi...bagi Tasha makan.

Aku kejutkan anak-anak buah aku.. Diorang kene tolong aku layan Tasha sementara aku masak!

Korang jangan tak cayer ek.. aku masak tau! Masak nasik, masak air, masak sup sayur (Fav. Tasha nih) ekekek...

Tengahari pon tiba... makan lah kami anak beranak...

Nak bg Tasha makan.. aku kene follow je mana dia pegi.. makan sambil main. Dia tak reti duk dendiam kat meja then makan. Kat restoran mau pulak duduk diam... hm.. musykil..

Selalunya.. lepas Tasha makan... musti dia ngantuk.. meragam nak tido... buat susu sebotol lagi.. titun... dengan aku sekali titun...ekekekek... anak-anak buah aku.. merayap main entah memana.. lantaklah.. janji jgn tak reti nak balik sudah.. nak tengok acu dia bertukar jd otomen tiga.. cubalah buat...ekekeke

Bangun tido.. selalunya Tasha tido 3 jam je..

TV lagi.. Ceria.... 611.. Tom Tom Bak, Adi dan Ayah, Gerak Geri Gasing, Hikayat Putera Shazlan, Gang Bas Sekolah, Anak-anakku.. Kampung Boy, Ninja Boy.. Ultraman Tiga!!! ekekeke

Macam paham je ...

Selebihnya Tasha main je keje dia. Baca buku ABC dia tu.. conteng buku guna krayon.

Ada satu hari tu Tasha conteng kaki dia guna pen hitam. Habis dari betis sampai ke tapak kaki berceloreng. Aku biar tak cuci nak tunjuk kat Sham. Anak dia yg creative. ekekekek...anak ayah! manja ayah!

Petang tu bila ayah dia balik je.. tokojot tengok kaki anak dia berconteng.. ekekekek...

Buat nescafe untuk Sham dulu... (jangkit dengan aku lah ni)

After that baru aku mandikan Tasha.. ekekek..

Tasha dah lawa baru aku plak mandi.. Tasha pon mengada2 ngan ayah dia lah... tak heran aku dah kalau ayah dia ada... asyik panggil AYAH! AYAH! AYAH!

Pastu aku jenguk dapur lagi... ada ke lauk lagi ni. Anak-anak buah aku ni masak apa pon musti habis. Bagus! aku suka! Tak membazir. Janji ada telur.. pandailah diorang goreng sendirik!!

Malam plak... sesi lepak dirumah.. tak pon merayap tengah malam jalan-jalan carik makan ekekeke...

Harini aku gi kerja dengan lemah nye...

Sempat amek gambau Tasha pagi tadi.. nampak tak bantal Pooh dia tu? ekekek