Friday, August 10, 2007




MINDA TERJEJAS...

.
.
.
.
.
.
.
.

PLUS KEBIZIAN TERLAMPAU!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nanti bila minda..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah tenang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan nyaman..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nat akan kembali ok.
.
.
.
.
.
.
.
.
Leave u all with this...'tot of the day...




bubbye....

Wednesday, August 8, 2007

OH ABAH!!


Macam mana yer Nat mulakan? Abah Nat harini dimasukkan teropong untuk melihat ke dalam bahagian perut. Doktor ada meminta kebenaran kami 4 beradik untuk mengambil air tulang sumsum abah. Huwa.... sungguh menyedihkan. But still tunggu keputusan teropong hari ni lah. Nat pening! Dilema! Kak Jie tolong lah bg pendapat dan nasihat untuk Nat ni!

Abah masih bertanyakan... mana Natasha.. kenapa tak bawak? huwa....


'tots for today'

Tuesday, August 7, 2007

OH ABAH OH TASHA


Semalam abah Nat kena tahan kat Hospital. Kena masuk wad juga. Tak boleh menolak dah. Semalam sebenarnya abah gi monthly check up dia. Abah ada penyakit package. Kencing manis, Darah tinggi & Lemah jantung ditambah plak dengan gastrik. Kena tahan sebab kurang darah dan kencing manis abah terlampau tinggi sampai tak boleh dibaca oleh Doktor. Nat pening!

Tapi abah nampak tenang je malam tadi waktu Nat tengok dia dengan Mak tiri Nat. Yang dia sibuk tanya ialah cucu dia.."Natasha mana? Naper tak bawak naik?". Hm... tak boleh la abah!. Tasha sebenarnya ikut tapi dia tak leh naik jumpa atuk dia. Pak Guard kata kalau datang petang je leh bawak Tasha jumpa atuk dia.

Malam ni sebenarnya Nat ada meeting for Event Management course tu lagi. Alamatnya bakal absent lagi lah! Keluarga lagi penting. Terutamanya abah. Mana yang tahu..Mak Nat dah meninggal. So tinggal abah jela... tempat mengadu hal. Kalau tak dapat mengadu pon, just leh nampak dia tergolek tengok WWF pon jadilah. Janji dia ada.

Semalam kereta Sham kene gesel dengan satu RAV4 pompuan cina gila. Cina ni bawak kereta macam dia sorang je ada kereta. Masuk simpang tak bagi signal pastu gesel kereta Sham. Agh!!! macam-macam hal lah!. Geram!!

Semalam jugak, on the way balik dari HKL, Nat bawak Tasha gi klinik. Cakap kat Doktor tu, Tasha nyer ubat batuk dah nak habis tapi batuk dia tak elok-elok lagi. Doktor tu angkat je stetoskop dia, Tasha pon menangis sekuat hati.... Haru.... Doktor kata ada bunyi sket. Doktor tanya dia ada Asma ke? Nat jawab takde tapi ada history kene Bronchopneumonia waktu umur 6 bulan. Terus Doktor suggest ambil gas untuk elakkan dari Tasha jadi makin teruk. Melalak lagi kuat waktu Tasha kene ambil gas tu. Doktor bagi ubat batuk dengan ubat asma. Nasib baik Tasha ni kategori berani makan ubat. Nat takde masalah bagi dia makan ubat. Bila dia dah makan ubat je, dia sendiri tepuk tangan... berjaya makan ubat... clever girl!

Cukup lah setakat ni harini. Doakan abah Nat cepat sembuh ye.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


~Thought of the day~


Monday, August 6, 2007

Kisah Natasha Adilla je




Jumaat lepas Nat takde. Natasha demam panas. So Nat amek cuti kecemasan lo... Kelas hari Jumaat pon tak pergi gak. Tasha dah baik demam tapi batuk still ada. Batuk-batuk then muntah. Peliknya time malam je Tasha camtu. Siang hari dia tak reti duk diam. Sampai atuk dia pening kata "tak pernah lah si Tasha ni penat! Tak reti nak duk diam. Berkemas je keje dia!" Huk huk huk... Natasha memang suka mengemas..Masuk dapur kemas pinggan mangkuk! Bukak almari kasut, campak satu-satu! Kalau rajin lagi kemas rak buku sambil selak buku. muahahaaaaaaa.....kerana diriku begitu berharga! Ahaks!

Thursday, August 2, 2007

CENDERAHATI UNTUK SEMUA!


Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.

1) Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

2) Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

3) Diam.
Seperti kata-kata. Di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang'. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebel!

4) Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5) Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6) Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7) Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??

Hadiahkanlah cenderahati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ini berikan...

Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.

Wednesday, August 1, 2007

Kesibukan bermula...



Dah lama tak menaip sesuatu untuk blog ku ini. huk huk huk. Sibuk memanjang dengan subjek Event Management. Tapi masih sempat gak melayan junkopile, khairi n mourieys plus oshin!
Kena cari sebut harga untuk caterer? Pilih rumah anak yatim mana? Email sana email sini, call sana call sini. Bila kerja in group, kalau ada yang perasan diri tu bagus sangat, terror sangat, itu pasti menjadi masalah. Bila meeting, bertekak, tinggi suara sudahnya takde keputusan. Kami yang bukan macam mereka2 yang masih kebudak-budakan itu berasa masa itu terbuang dengan sia-sia. Lebih baik aku balik rumah layan Tasha. Suami aku pon tak payah melanguk tunggu aku habis meeting. Hm... esok ada meeting lagi lepas kuliah. Kita tengok lagi sapa yang poyos! Kali ni tak tahu lah meeting ni habis kul berapa. Jangan Sham BERTUKAR menjadi raksasa hijau udah la. huwa... takoott....

Kepada Junkopile, terima kasih la sebab rajin tolong jaga umah nat ni...

Kepada Ujangmd, selamat kembali ke alam maya.

Kepada Khairi, buzz me when u online ok.. stay focus!

Kepada Mourieys, usah dirayu pada yang tak sudi!

Kepada Kak Jie, salam takziah sekali lagi.

Kepada Oshin, aku jumpa ko hari2 lah hawau! muahahahhaaa....


bye... muah.. (flying kiss)